Ahad, 29 Mac 2009

Bermula Pertandingan 2 Kuasa Besar Parti Politik Tanahair PR dan BN...

Salam,

Maaf, lama tidak menulis di blog ini, PAS, PKR dan BN akan berentap untuk membela nasib rakyat di negara ini, Semestinya jika di izinkan ALLAH SWT PR akan menguasai kesemua kerusi di dalam pertembungan ini.

Kita nantikan episod penuh mencabar di dalam pilihanraya kecil kali ini. Kita berharap semua parti politik menggunakan idea dan isu yang baik serta positif agar semua rakyat akhirnya mendapat kebenaran di dalam kempen mereka nanti..

Sekurang-kurangnya ada cahaya ILLAHI di akhir kalam mereka nanti..amin...

Sampai Jumpa Lagi...

Khamis, 26 Mac 2009

Mampus Khir Toyo, segala bukti sudah jelas...

SHAH ALAM, 26 Mac (SK): Jawatan Menteri Besar Selangor semasa dalam kerajaan Barisan Nasional soalah-olah menghadiri majlis dan memenangi cabutan bertuah tempat pertama pada hampir setiap hari.

Mana tidakanya bila mantan Menteri Besar itu sentiasa mendapat cabutan nombor bertuah istimewa dan menang hadia mewah yang mahal-mahal belaka.
Antaranya seperti jaket Summer Man yang berharga RM3,600, jam tangan Patek Philip RM156 ribu, percutian mewah dan segala macam cenderahati yang nilainya cukup atau bersamaan dengan pendapatan mewah sesebuah keluarga enam anak berbelanja selama setahun!

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Khim telah melabelkan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) umpama ‘juruwang’ kepada Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Dalam siasatan Selcat, Ketua Eksekutif PNSB, Khairiyah Abu Hassan mengaku bahawa Khir Toyo sentiasa menerima hadiah mahal daripada PNSB ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Pada sesi petang pendengaran awam terbuka petang semalam, Khairiyah berkata PNSB telah menaja cenderahati berjumlah RM4,200 kepada Balkis termasuklah hadiah jaket Summer Man bernilai RM3,600, bayaran keraian sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2004 dan pembelian cokelat sebagai cenderahati berharga RM25,000.

Beliau juga bersetuju bahawa PNSB menghadiahkan sebuah beg tangan bernilai RM23 ribu kepada Zaharah manakala Khir Toyo diberi jam tangan bernilai RM159 ribu.

Menurutnya, jaket itu dihadiahkan oleh badan itu dengan menggunakan dana sumbangan PNSB.

Khairiyah juga mendedahkan PNSB membayar dua tiket kapal terbang kelas bisnes bernilai RM14 ribu untuk membolehkan beliau mengiringi isteri Khir Toyo, Zaharah Kechik melawat anaknya yang sedang menuntut di Melbourne.

Perbadanan itu juga bertindak sebagai “juruwang” kepada Balkis dengan menganjurkan majlis makan malam, minum petang, melancong ke luar negara dan serta mengadakan kegiatan sukan.

Balkis turut menggunakan dana PNSB sebanyak RM121 ribu bagi membeli kain batik untuk orang kenamaan wakil rakyat dan isteri mereka.

Antara yang dibangkitkan oleh Teng ialah arahan Khir Toyo untuk membeli cederahati bernilai RM45 ribu bagi isteri Perdana Menteri Jean Abdullah dan Najib Razak serta isteri beliau Rosmah Mansur pada tahun 2007.

Ahli panel Selcat, Saari Sungib membandingkan perbelanjaan itu dengan langkah PNSB berbelanja hanya RM4 ribu membeli kain batik dan kain pelikat untuk golongan miskin dan ibu tunggal pada tahun sama.

“Adakah ini memenuhi tanggungjawab sosial bagi sebuah badan korporat yang mempunyai modal pusingan 25 juta ringgit setahun?, tanya Saari.

Seorang lagi ahli panel, Azmin Ali, berkata Balkis membuat pelbagai lawatan teknikal yang membabitkan kos 1.2 juta ringgit tetapi tiada laporan mengenai hasil lawatan itu.

Ini termasuk lawatan ke Komboja pada 2002, Indonesia pada 2004, Hong Kong dan Tokyo pada 2006 dan Melbourne, Australia pada 2007.

Hanya secebis daripada dana RM1juta yang disalurkan oleh PNSB kepada Balkis setiap tahun diguna untuk membantu golongan kurang berupaya seperti anak yatim, fakir dan ibu tunggal.

“Keputusan menghadiahkam jam ini dibuat oleh pengurusan tanpa pengetahuan lembaga pengarah,” kata Khairiyah. “Ia diberi sebagai menghargai khidmat bakti Pengerusi.” tambah beliau.

Khairiyah akan menyambung semula sesi keterangannya pagi esok.

petikan dripada : selangorkini online.

Pemimpin UMNO umpama KAMAL ATATURK

Turki pimpinan Kemal Ataturk, menjauhkan Islam dari kepimpinan hidup manusia. Negara dua wajah ini adalah bencana yang paling dahsyat dalam sejarah manusia dan kemanusiaan. Meminggirkan agama (deen) ini dari fungsinya sebagai pedoman dan petunjuk jalan kehidupan manusia adalah tikaman yang paling memedihkan dan menusuk jantung umat.

Mereka meruntuhkan bangunan yang agung ini dan merobohkan menara yang menjadi petunjuk jalan bagi generasi Islam serta memusnahkan lembaran besar mengenai kebenaran, kepahlawanan dan keluhuran yang dinukilkan kaum Muslimin dengan jihad dan amal solehnya selama tiga belas abad.

Bagaimana bangunan ini runtuh? Bagaimana menara cahaya dan penyuluh itu dirobohkan? Bagaimana negara Islam yang gemilang, iman dan ketamadunan luhur itu hilang? Bagaimana pula kekhilafahan itu runtuh?

Buku ini mrngupas seluruh upaya Yahudi untuk meruntuhkan kekhilafahan Islam terakhir melalui bonekanya yang dikenal sebagai Mustafa Kemal Ataturk - Sang Manusia berhala yang berjiwa serigala.

petikan daripada : http://www.nufairshop.com/product_info.php?products_id=96

Soal Jawab Bloggers PAS Siri 1.

Wartawan : Apakah PR yakin akan menang pada pilihanraya kecil di 3 kawasan nanti?

PAS :

Kita sebagai komponen di dalam PR akan menyokong sesiapa sahaja yang menjadi calon pada pilihanraya kecil di 3 kawasan nanti, setelah melihat turun ke padang kita lihat 99 % rakyat menyokong dasar-dasar dan isu-isu yang kita nyatakan. Jika di izinkan Allah SWT kita akan menang di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Wartawan : PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan ISLAM sebagai perkara utama di dalam semua perkara. Jika PR berjaya memerintah Malaysia adakah hukum HUDUD akan dilaksanakan ?

PAS :

Kita melihat persoalan ini sebagai perkara yang global, YA kita akan memohon kepada PM PR untuk menjelaskan kepada semua rakyat yang beragama ISLAM mengenai kebaikkan HUDUD, setelah semua umat ISLAM di Malaysia faham mengenai HUDUD ini, maka pelaksanaannya akan di jalankan ke seluruh negara. Kita perlu melihat ini sebagai tanggungjawab kita sebagai hamba kepada ALLAH SWT, dengan izin ALLAH jika hudud dilaksanakan maka semua gejala sosial akan terhapus sama sekali di negara tercinta ini.

Wartawan : Bagaimana pandangan kaum lain mengenai HUDUD ini?

PAS :

HUDUD hanya untuk orang ISLAM dan ianya tidak akan menganggu undang-undang orang yang bukan ISLAM. Kita juga tidak akan menganggu keinginan kaum bukan ISLAM untuk berhibur seperti konsert, minum arak, berjudi dan lain-lain perkara haram, cuma kita akan menguatkuasakan satu undang-undang untuk menyekat orang ISLAM untuk tidak membenarkan mereka melakukan perkara-perkara haram. Kita akan memastikan semua pengurusan berteraskan ISLAM sebagai bentuk cara hidup harian.

Wartawan : Apa pendapat anda mengenai perjuangan UMNO ? Bukankah UMNO telah banyak meningkatkan ekonomi Malaysia di mata dunia?

PAS :

Perjuangan UMNO ialah perjuangan bangsa semata-mata dan mereka mengamalkan perlembagaan sekular dan kafir. Itu kenyataan, kita tidak perlu berselindung dengan perkara ini, memang tidak dinafikan ekonomi kita baik, tetapi kita perlu melihat kesimbangan antara zahir dan batin, iaitu antara dunia dan akhirat. Kerajaan UMNO/ Islam Hadhari laknatullah, perlu kemabli kepada ALQURAN dan HADIS sebagai panduan rujukan utama dan bukannya menjadikan perlembangaan kafir sebagai rujukan utama.

Wartawan : Akhir kata dan harapan anda.

Kita perlu minat kepada perkembangan politik negara kita, hanya itu sebagai wadah kita untuk menjayakan hukum ISLAM di negara ini. Ingat ini ialah NEGARA MALAYSIA dan bukannya negara UMNO/BN maka saya mengamalkan pendekatan tidak kisah jika PM itu daripada ISLAM, CINA, INDIA dan lain-lain kaum menerajui negara ini jika mendapat sokongan majoriti, kenapa? ini adalah kerana perlembagaan membenarkannya. Walaubagaimanapun saya hanya menyokong ISLAM sebagai pemimpin utama saya.

Akhir kata,
Jika sesebuah parti politik itu mampu merubah seseorang itu menjadi insan yang beriman dan insan yang baik akhlaknya, maka ikutlah perjuangan parti tersebut asalkan perjuangannya berlandaskan ALQURAN dan HADIS.

UMNO rebah selamanya...

Orang Umno kan pemalas...

Dahlah pemalas nak kaya cepat pulak tu...

Sebab nak kaya cepatlah dia orang masuk Umno...

Kalau dia nak kaya dan kena kerja kuat...orang tak masuk Umno...

Tak masuk apa-apa parti pun...asalkan bersedia untuk kerja kuat dan ada sedikit akal...boleh kaya jugak...

Tiba2 dengan malas2 boleh jadi kaya...Najib suruh berubah.

Najib suruh orang Umno jadi rajin...suruh orang Umno kena kerja kuat macam orang lain...kena bersaing dengan orang lain...mahu ke dia?

Najib suruh orang Umno berhenti terima rasuah...pendek kata dalam pemilihan Umno ke Pilihanraya ke...kira2 tak ada upah...tak ada hadiah...tak ada duit saku...mahu ke dia?

Teman boleh kerat jari lah yob. Kalu tak ada fulus...satu posterpun tak naik. Tak ingat PRU12 di Bukit Indah dulu. ?

JADI yang paling mudah ialah option kedua yang Najib bagi....REBAH. Tak payah buat apa2... teruskan macam biasa. Harta rakyat jadi macam harta mak bapak dia...Ikut Suka Aku... biasiswa untuk orang Umno. AUKU...Aku Janji..PPSMI...fitnah..penjara..liwat... buatlah apa2 yang patut.

Teman gerenti REBAH punya. Tak payah berubah yob.

petikan daripada : http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com
/2009/03/orang-umno-berubah-atau-rebah.html

Pakar politik luar negara memberi gambaran kemenangan PR..

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.
"Saya ramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang lebih sikit dari yang mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu....mungkin 2,000 majoriti," kata Welsh kepada Siasah.
Menjelang beberapa hari mengundi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, Welsh meramalkan PAS akan menang 2,000 undi. Dalam pilihan raya itu, PAS menang 2,613 undi.
Welsh memberikan tiga sebab kenapa beliau meramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang dan PKR akan menang di Bukit Selambau.
Pertama, memang kerusi itu kini dipegang oleh PAS dan PKR dan dengan suasana politik yang ada, belum ada tanda-tanda pengaruh kedua-duanya merosot sejak pilihan raya Mac 2008 lalu.
"Walaupun PAS berdepan dengan Kuala Terengganu yang telah di menangi oleh Umno dalam pilihan raya umum lalu, dia boleh menang di Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil baru-baru ini," katanya.
Sebab kedua yang diberikan oleh Welsh adalah para pemimpin Umno sedang berada dalam mood berperang sesama sendiri sekarang iaitu menjelang perhimpunan agung mereka Mac depan.
Mereka hanya akan fokus ke kedua-dua pilihan raya ini selepas itu yang sudah pasti sudah agak lewat berbanding dengan PAS dan PKR.
Sebab ketiga yang diberikan oleh Welsh adalah kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kelihatan semakin baik selepas Kuala Terengganu.
Ini akan membolehkan pemimpin mereka bekerjasama dengan baik dalam dua pilihan raya kecil ini, katanya lagi.
Bagaimanapun, Welsh memberikan beberapa cabaran yang seharusnya ditangani dengan baik oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.
"Mereka perlu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat dalam pilihan raya ini. Oleh kerana ini kawasan luar bandar berbanding Kuala Terengganu, politik wang sangat berkesan di sini," katanya.
Khususnya di Bukit Gantang, Welsh mengingatkan, Umno akan menggunakan isu Melayu dan derhaka kepada sultan dalam pilihan raya ini.
"PAS khasnya perlu menggunakan kempen yang positif dalam hal ini dan berhati-hati," katanya.Beliau juga berkata, calon PAS dalam pilihan raya Bukit Gantang sangat penting kerana PAS memerlukan sokongan penuh dari DAP dan PKR di Bukit Gantang bagi memenangi hati semua pengundi.
"Jika PAS tersalah memilih calon, ia akan menyukarkan DAP dan PKR untuk bekerja sepenuhnya untuk memenangkan PAS," kata Welsh lagi.

petikan daripada :
http://www.mahasiswamalaysia.blogspot.com/

Komen terbaik mengenai PPSMI ....

Saudara Halim bertanya,

“Anda cuma memperkatakan dari satu sudut sahaja. Adakah anda sudah pasti
semua atau kebanyakan rakyat menentang PPSMI? Fikirkan isu globalisasi. Fikirkan isu kemelesetan ekonomi, isu graduan menganggur tidak berdaya saing. Adakah para akademik, DBP, GAPENA dan pejuang bahasa sanggup menterjemahkan ribuan buku-buku ilmiah terkini ke BM secara sukarela? Pejuang mesti rela berkorban utk memastikan BM layak digelar bahasa ilmu (spt yg dilakukan di Jepun) Sekiranya anda sebagai ketua syarikat antarabangsa adakah anda akan mengambil graduan yg tidak mampu berbahasa inggeris? Sekiranya kementerian pelajaran mewujudkan semula SRK (aliran Inggeris PPSMI) dan SK (aliran Melayu) adakah anda pasti SRK akan mengalami kekurangan murid? Adakah anda pasti para ibu bapa akan menyekolahkan anak-anak mereka di SK? Sudah tentu ibu bapa mahu yg terbaik utk anak-anak mereka. Oleh itu pernyataan anda bahawa PPSMI ditolak oleh ibu bapa tidak boleh diterima.”


Itu luahan saudara Halim dalam posting saya bertajuk " Komen Mahasiswa Malaysia Mengenai Dasar PPSMI dan " 3 KEBODOHAN " ". [ klik tajuk tersebut untuk membaca artikel saya ]Sebelum itu, jutaan terima kasih atas kesudian memberi komen ke atas tulisan saya juga kerana sudi mengunjungi blog saya.

Saudara halim,

Saya faham dan sedar hasrat ibu bapa di Malaysia. Ibu bapa di Malaysia banyak yang menginginkan anak- anak mereka mendapat pendapatan dengan gaji lumayan di syarikat- syarikat bertaraf multinasional raksaksa umpama Petronas, Sime Darby, Siemen AG, Intel Corporation, Samsung Corporation, Honda, Seagate dan seumpamanya. Ibu bapa di Malaysia juga menginginkan anak - anak mereka mendapat tempat pengajian di universiti ternama baik di dalam mahupun luar negara. Dan semua ini memerlukan penguasaan yang baik dalam bahasa inggeris.

Pendirian saya secara peribadi, saya menolak dasar PPSMI ( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ) tetapi dalam masa yang sama saya sokong hasrat kerajaan memantapkan bahasa inggeris pelajar- pelajar. Bahkan saya sendiri secara peribadi menggalakkan agar pelajar - pelajar mempelajari sebanyak mungkin bahasa. Saya sendiri menguasai 3 bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris dan arab walaupun mungkin penguasaan saya dalam bahasa tersebut biasa- biasa sahaja.

Apa yang merisaukan saya mengenai perlaksanaan dasar PPSMI ini ialah ia akan mewujudkan 3 penyakit atau 3 kebodohan. Pelajar yang lemah bahasa Inggerisnya akan juga lemah dalam mata pelajaran matematik dan sains. Itu yang saya bimbangkan oleh kerana Sains dan Matematik adalah subjek yang lebih penting berbanding bahasa inggeris itu sendiri. Jika dasar ini diteruskan, yang malangnya pelajar - pelajar melayu kita terutama mereka yang bersekolah biasa di luar bandar. Bagaimana kita mahu perbanyakkan jurutera, juruukur, akitek, doktor, ahli farmasi jika pelajar - pelajar kita lemah sains dan matematik yang puncanya oleh kerana medium bahasa yang salah iaitu bahasa inggeris. Sains dan matematik menurut pakar- pakar sebaiknya diajar dalam bahasa ibunda atau bahasa yang mudah mereka fahami.

Saudara boleh semak dalam artikel saya. Saya tidak menentang bahasa inggeris tetapi yang saya tentang adalah mengginggeriskan sains dan matematik. Hujah - hujah saya anda boleh semak dalam artikel saya bertajuk " Komen Mahasiswa Malaysia Mengenai Dasar PPSMI dan " 3 KEBODOHAN " " . [ sila klik tajuk untuk membaca artikel ]

Oleh itu sebagaimana saya terangkan dalam artikel saya tersebut, untuk memperkasakan bahasa inggeris pelajar- pelajar kita, maka cara terbaik atau kaedah terbaik adalah melalui memperkasakan sendiri bahasa inggeris itu. Ia bukan dengan kaedah mengorbankan mata pelajaran sains dan matematik yang pada pendapat saya cara salah untuk memperkasakan penguasaan bahasa inggeris pelajar -pelajar kita. Untuk itu, kerajaan harus mencari kaedah untuk memupuk minat pelajar- pelajar dalam bahasa inggeris. Ia boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah tanpa mengorbankan subjek lain, saya ulangi tanpa mengorbankan subjek lain.

Kaedah yang boleh dipraktikkan samada dengan memperkenalkan sastera inggeris berkualiti tinggi, memperuntukkan jumlah jam yang lebih banyak bagi mata pelajaran inggeris, mengubahsuai modul bahasa inggeris supaya lebih menarik dan santai, meletakkan guru- guru bahasa inggeris berkuali tinggi di sekolah- sekolah luar bandar, mewujudkan program mewajibkan pelajar membaca bahan bacaan inggeris, mensyaratkan gred minimum bahasa ingeris untuk kemasukan ke IPTA tertentu dan seumpamanya.

Jika kerajaan tetap ingin mengorbankan mana- mana subjek untuk memperkasakan bahasa inggeris pelajar, kenapa ia bukan mata pelajaran pendidikan jasmani atau aktiviti korikulum yang bagi saya jika dikorbankan mata pelajaran ini ia adalah lebih baik. Pertamanya kerana ia sendiri bukanlah satu subjek utama dan keduanya sudah tentu ia tidak sama sekali menjejaskan mata pelajaran tersebut. Bahkan pelajar dan guru lebih selesa berkomunikasi menggunakan medium bahasa inggeris berbanding sains dan matematik yang melibatkan pelabagai istilah pelik bin ajaib. Sasterawan negara, tokoh bahasa, ahli akademik, ahli politik dan ibu bapa saya yakin tidak akan menentang kerajaan.

Saudara Halim mengatakan " Fikirkan isu globalisasi. Fikirkan isu kemelesetan ekonomi "

Apa yang saya faham saudara memberi hujah penguasaan bahasa inggeris yang tidak baik akan meberi kesan kepada ekonomi negara. Jika hujah saudara begitu, bagaimana negara- negara seperti Jepun, China, Korea, Taiwan, Jerman, Perancis, Sepanyol jauh ke hadapan meninggalkan Malaysia. Negara tersebut untuk makluman saudara majoritinya tidak reti berbahasa inggeris. Bahkan Perdana Menteri dan barisan kabinet mereka juga tidak fasih berbahasa inggeris. Tetapi hakikat yang saudara harus percayai negara - negara tersebut adalah kuasa ekonomi masa kini. Bagi saya, tidak perlu 100% rakyat fasih berbahasa inggeris. Cukuplah kelompok2 profesional dan pentadbir kerajaan menguasai bahasa inggeris dengan baik. Walaupun begitu, jika sekalipun mereka kurang fasih berbahsa inggeris, peluang mereka masih terbuka luas asalkan pandai merebut peluang di depan mata.

Seterusnya saudara Halim menyuarakan " isu graduan menganggur tidak berdaya saing ". " Sekiranya anda sebagai ketua syarikat antarabangsa adakah anda akan mengambil graduan yg tidak mampu berbahasa inggeris? "

Untuk itu, saudara halim boleh merujuk sendiri artikel saya bertajuk " Komen Mahasiswa Malaysia Mengenai Dasar PPSMI dan " 3 KEBODOHAN " "[ sila klik tajuk untuk membaca artikel ].

Saya petik beberapa hujah saya dalam artikel tersebut yang mungkin boleh membantu menjawab pertanyaan saudara.

1] " Profesor Diraja Ungku Aziz pernah menyebut pada awal- awal penubuhan asasi UM ( pusat persediaan sebelum ijazah), bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu.
Apa yang menariknya menurut pak Engku Aziz, bekas graduan pada tahun- tahun awal penubuhan asasi UM majoritinya pada hari ini berpendapatan melebihi RM 45, 000. 00 sebulan. Ia adalah satu angka lumayan pendapatan seorang profesional di Malaysia. "

2] " Seterusnya mari kita lihat hasrat dan tujuan penubuhan UKM. UKM diilham dan ditubuhkan atas semangat mendaulatkan bahasa melayu di negara kita. Oleh kerana itu hingga hari ini UKM masih menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar termasuklah bagi kursus- kursus kritikal dalam bidang sains dan teknologi seperti kejuruteraan, perubatan, farmasi, optometris dan seumpamanya. Soalan yang harus kita tanya, adakah graduan UKM dalam bidang sains dan teknologi seperti jurutera, doktor, ahli farmasi tidak laku di pasaran kerja ???? Saya kira dalam bidang perubatan dan sains kesihatan bersekutu, UKM adalah antara 3 IPTA terbaik di Malaysia "

3] " Soalan yang sama kita tanya mengenai pelajar- pelajar UiTM secara jujur yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Saya kira berdasarkan maklumat dari banyak sumber - sumber sahih, graduan UiTM adalah graduan yang paling tinggi penganggurannya termasuklah graduan dalam bidang kejuruteraan.."

dan saya tambahkan lagi hujah - hujah saya untuk menyokong hujah saya di atas

1] Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia menggunakan bahasa inggeris 100% sebagai medium pengajaran dan pembelajaran bagi kursus- kursusnya termasuklah kursus kejuruteraan.

2] Universiti Teknologi Malaysia tidak mewajibkan bahasa inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran sebaliknya menyerahkan kepada tenaga- tenaga pelajarnya samada untuk memberi kuliah dalam bahasa inggeris mahupun melayu atau dwibahsa.

Sumber - sumber sahih yang anda sendiri boleh rujuk mengesahkan bahawa mahasiswa UTM lebih laku di pasaran kerja berbanding mahasiswa UIAM dan termasuklah juga UiTM. Bahkan kebanyakan sumber mengesahkan mahasiswa UTM adalah mahasiswa yang paling laku di pasaran kerja dibanding IPTA - IPTA lain dalam negara termasuklah dalam kursus kritikal seperti Jurutera dan Juruukur.

Bagi saya, bahasa inggeris bukanlah pra syarat utama untuk seseorang graduan layak diberi pekerjaan. Apa yang lebih penting, gaduan tersebut perlulah mahir dalam bidangnya, boleh bekerja secara berkumpulan, mempunyai pengetahuan am yang baik, mempunyai ciri- ciri kempimpinan, aktif dalam kerja sosial, khidmat masyarakat dan kebajikan, aktif berpersatuan, berani memberi kritikan dan pandangan, sedia dikritik dan ditegur dan sedia belajar benda baru. Sebagai ketua eksekutif dan sememangnya itu matlamat saya jika diizinkan Allah, ciri- ciri begitulah yang saya perlukan bagi pekerja saya. Bahasa Inggeris hanyalah bonus. Cukuplah pekerja saya boleh berkomunikasi sedikit - sedikit dalam bahasa inggeris. Saya penuh yakin itulah ciri- ciri pekerja yang dicari oraganisasi antarabangsa, multinasional ataupun perkhidmatan kerajaan.

Saudara Halim juga menambah hujah berikut bagi menyokong dasar Tun Mahathir iaitu " Adakah para akademik, DBP, GAPENA dan pejuang bahasa sanggup menterjemahkan ribuan buku-buku ilmiah terkini ke BM secara sukarela? Pejuang mesti rela berkorban utk memastikan BM layak digelar bahasa ilmu (spt yg dilakukan di Jepun) ".

Mudah saja untuk saya menjawab soalan anda. Apakah yang anda lihat pada perhimpunan 100000 rakyat menentang dasar PPSMI. Jelas sekali barisan hadapan perhimpunan ini ialah ahli akademik, bekas ketua pengarah DBP, sasterawan negara dan pejuang bahasa. Jadi sudah tentu mereka sedia membantu dan berkorban untuk bahasa tercinta. Tetapi secara sukarela, mungkin tidak banyak yang sudi tetapi saya yakin masih ada yang rela melakukan kerja memartabatkan bahasa secara sukarela.

Walaupun begitu, matlamat kita adalah untuk menyuburkan ilmu dalam negara tetapi dengan cara tidak meminggirkan kedudukan bahasa melayu. Bahasa melayu pada masa sama harus dimartabatkan sebagai bahasa ilmu. Untuk itu, kerajaan harus mengambil langkah drastik menubuhkan pusat terjemahan terulung yang aktif. Konsep rumah penterjemah di zaman ketamadunan Islam di Baghdad dan Cordova boleh dijadikan contoh. Rumah penterjemah tersebut telah berjaya menterjemah buku- buku pelbagai genre dari segala pelusuk dunia hingga Baghdad dan Cardova di bawah pemerintahan Islam muncul sebagai pusat keilmuan terulung di dunia ketika itu. Tokoh - tokoh hebat keilmuan Islam dalam lapangan sains dan matematik hidup pada ketika itu. Justeru sekali lagi ia membuktikan bahasa bukan satu halangan untuk kita menguasai sesuatu ilmu. Samalah dengan al quran, adakah kita perlu mahir dalam bahasa arab untuk mengetahui isi kandungan al quran.
Cukuplah kita mengkaji terjemahan dalam bahasa kita.

Seterusnya saudara Halim mengatakan

"Sekiranya kementerian pelajaran mewujudkan semula SRK (aliran Inggeris PPSMI) dan SK (aliran Melayu) adakah anda pasti SRK akan mengalami kekurangan murid? Adakah anda pasti para ibu bapa akan menyekolahkan anak-anak mereka di SK? Sudah tentu ibu bapa mahu yg terbaik utk anak-anak mereka. "

saya akan menjawab dengan menanyakan soalan ini.

Apakah pelajar cina dan india minat memasuki sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar?

Sudah tentu tidak oleh kerana meraka mahu anak - anak mereka menguasai bahasa ibunda mereka dengan baik. Saya berpendapat begitu jugalah kehendak ibu bapa melayu di Malaysia. Sudah tentulah mereka mahu anak - anak mereka baik pertuturan melayunya. Oleh itu saya yakin majoriti ibu bapa di Malaysia akan menghantar anak - anak mereka ke sekolah kebangsaan atau sekolah agama.

Majoriti ibu bapa pelajar melayu menetap di luar- luar bandar, semestinya dengan keadaan persekitaran luar bandar, seolah kebangsaan akan tetap kekal sebagai sekolah pilihan ibu bapa - ibu bapa ini.

Sejarah juga telah membuktikan sebelum sekolah kebangsaan diwujudkan, majoriti ibu bapa melayu memilih sekolah agama yang menggunakan medium bahasa melayu sebagai bahasa pengantar berbanding sekolah aliran inggeris. Bahkan sebaik sekolah kebangsaan diwujudkan, bahasa melayu dituntut oleh rakyat untuk dijadikan medium pengantar di sekolah kebangsaan. Bahkan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dipersetujui dalam laporan - laporan pendidikan termasuklah laporan Barnes, Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

Saudara Halim juga berhujah " Oleh itu pernyataan anda bahawa PPSMI ditolak oleh ibu bapa tidak boleh diterima. "

Jika ibu bapa berkeinginan PPSMI dikekalkan, sudah tentu perhimpunan PPSMI gagal mendapat sokongan ibu bapa. Sebaliknya Gabungan Persatuan Ibu bapa dan Guru Semenanjung yang mewakili semua PIBG - PIBG seluruh negara menyokong penuh perhimpunan anti PPSMI ini. Kehadiran lebih 100 000 rakyat sudah tentu cukup menyokong hujah- hujah saya bahawa majoriti ibu bapa menolak dasar Tun Mahathir ini iaitu PPSMI.

petikan daripada :
http://www.mahasiswamalaysia.blogspot.com/

UMNO Pahang kuat merasuah rupanya...

KUANTAN - Apa sudah jadi dengan politik UMNO di Pahang agaknya. Jika dulu nama popular dari negeri ini yang pernah dikaitkan dengan politik wang dan dikenakan penggantungan oleh Lembaga Displin UMNO iaitu Shahiruddin Moin yang ketika itu merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang. Beliau dikaitkan dengan politik wang agen kepada bekas Naib Presiden UMNO yang turut digantung iaitu Isa Samad. Selepas kejadian memalukan itu, kita sangkakan gejala politik wang dalam UMNO akan pulih. Ternyata kes tersebut tidak menjadi pengajaran kepada puak-puak UMNO Pahang sebenarnya. Biarpun kita dikecohkan dengan tindakan Lembaga Displin UMNO menghalang Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bertanding gara-gara dikatakan terlibat dengan politik wang. Namun setelah diamati betul-betul ternyata satu perkhabaran yang lebih memalukan lagi buat UMNO Pahang sebenarnya. Siasatan kami mendapati seramai lima dari dua belas orang pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO semalam adalah dari negeri Pahang. Tambah memilukan ialah seorang digantung tiga tahun, seorang digantung satu tahun dan tiga diberi amaran. Bertambah parah lagi ialah apabila mereka yang terlibat itu ialah seorang bergelar Ahli Parlimen dan tiga lagi bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri dari bahagian yang sama iaitu Paya Besar. Manakala seorang lagi dari UMNO Bahagian Maran. Nama-nama mereka yang dikenakan tindakan itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran iaitu Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan berkuatkuasa 12 Mac lepas. Ahli UMNO dan Ahli Parlimen Bahagian Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail (foto) yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Najib Razak (1986-1994) pula digantung keahliannya selama setahun. Manakala tiga lagi yang juga bersalah tetapi hanya diberi amaran ialah Timbalan Ketua UMNO bahagian Paya Besar yang juga ADUN Sungai Lembing iaitu Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, AJK UMNO bahagian Paya Besar yang juga ADUN Panching iaitu Mohd Zaili Besar dan Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar yang juga merupakan ADUN Lepar iaitu Mohd Sohaimi Jusoh. Sesungguhnya ini adalah merupakan sejarah paling pahit untuk dikenang buat UMNO Pahang sebenarnya. Biarpun ada yang diberi amaran dan sebagainya, namun ternyata dan terbukti bahawa mereka sebenarnya memang terlibat dengan rasuah dan tidak layak untuk bergelar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang lagi sebenarnya. Mereka menghampakan harapan rakyat yang memilih mereka dulu. Apakah kita mahu terus bersekongkol dengan pemimpin yang ternyata pengamal rasuah yang ditegah oleh agama Islam Harapan rakyat semoga Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dapat memantau dan mengambil serius akan perkara ini. Kesemua mereka jelas sekali telah memalukan UMNO Pahang dan dengan itu mereka tidak layak lagi untuk dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang. Daripada keempat pemimpin terbabit hanya YB Md.Sohaimi Mohamed Shah (ADUN Sg.Lembing) sahaja yang sudah beberapa penggal menjadi Wakil Rakyat. Sementara yang lainnya adalah muka baru yang dicalonkan dalam pilihanraya umum yang lalu. Apapun, kami amat bersimpati dengan Ketua Pemuda UMNO Maran yang telah dikenakan tindakan penggantungan selama tiga tahun oleh Lembaga Displin UMNO semalam. Ini memberi sedikit kelegaan kepada lawannya yang dikatakan telah menghabiskan wang sebanyak RM130,000 semata-mata untuk berkempen menentang Ketua Pemuda Maran itu sebenarnya..

petikan daripada : http://www.mahasiswamalaysia.blogspot.com/

Malaysia/ UMNO hancur jika NAJIB memerintah ...

"Datuk Zaid Ibrahim membuat gempar dengan merayu kepada Agung agar jangan melantik Najib sebagai PM sebaliknya melantik individu lain dari UMNO agar UMNO tidak lumpuh dek perpecahan dan pergaduhan. Mengapa?
"Malaysian Insider, KUALA LUMPUR, March 18 - Datuk Zaid Ibrahim has made an impassioned plea to the King to not appoint Datuk Seri Najib Razak as prime minister, and instead appoint someone else from Umno "to bring us back from the brink."The former de facto law minister urged the King to used his judgment to appoint as PM someone who is "beyond reproach in his dealings both official and private," in a scathing attack on his former Cabinet and party colleague."A prime minister must have the confidence of the majority of the rakyat…For this to be the case there cannot be anything in the mind of the greater public that, correctly or otherwise, associates him with matters of criminality, wrongful action, improper conduct or abuses of power," he said in a speech to the Rotary Club here today. "Hujah Zaid Ibrahim bolehlah disimpulkan sebagai berikut:
1. Jangan lantik orang yang jelas kaitannya dengan pelbagai kes jenayah berat termasuk kes bunuh, skandal seks dan sebagainya.
2. PM perlulah dilantik dari individu yang mendapat kepercayaan masyarakat. Pak Lah sendiri sewaktu dilantik mempunyai imej "Mr.Nice Guy". Semua PM sebelum ini begitu. Hanya Najib yang mempunyai imej Mr.Altantuya merangkap Mr.C4.
Kritikan Zaid ini menyusuli kritikan keras Tun Mahathir ke atas Najib berikutan tindakan kejam Najib yang menyerang dan melumpuhkan Perak serta menggulingkan Menteri Besar Perak yang sah dengan cara keji. Bak kata Tun Mahathir, kita tak wajar guna monarki untuk menjatuhkan MB dengan cara yang tidak mengikut perlembagaan.
Populariti Najib yang serendah 41% menunjukkan bahawa majoriti (59%) rakyat Malaysia tidak yakin pada Najib. Pakatan Rakyat yang cukup meluat dengan BN pun sanggup bekerjasama dengan BN melalui kerajaan perpaduan dari membiarkan insan penuh ambisi ini dari menjadi PM Malaysia.
Justeru, Zaid merayu kepada Agung agar tidak melantik Najib agar UMNO boleh terus hidup.
Penulis menyedari bahawa dalam PAS, yang paling hampeh ialah pengikut bawahan seperti penulis dan yang paling kemas ialah pemimpin atasan PAS seperti Tok Guru. Dalam UMNO pulak, lagi atas jawatannya, lagi hampeh.. Yang bawahan pun perangai dah macam mun@wir, jadi bayangkan teruknya kepimpinan UMNO..
Dahsyat betul...

petikan daripada : http://www.mahasiswamalaysia.blogspot.com/

Khir Toyo, Sial penyapu masih menghantuinya ...

Arakian, maka menanglah KJ dengan bergayanya merebut jawatan Ketua Pemuda Umno mengalahkan mantan MB Selangor Khir Toyo dan anak kesayangan mantan PM Tun Mahathir iaitu Mukhriz. Sekalung tahniah buat KJ, pertamanya kerana menumbangkan Khir Toyo yang namanya semakin jelek di mata rakyat. Sekarang barulah Khir Toyo sedar siapakah diri beliau untuk menjadi jaguh kononnya di Selangor sedangkan partinya sendiri menolak beliau meskipun telah di`bersih’kan oleh Lembaga Disiplin Umno. Syabas, KJ kerana walaupun nama mu tercalar sedikit oleh gara-gara Lembaga Disiplin Umno, tetapi seteruk mana pun Umno, KJ masih dianggap seorang pemuda yang berani.

Sebenarnya bukan niat saya untuk menyokong KJ menjadi Ketua Pemuda Umno, tetapi niat saya yang lebih utama adalah untuk melihat Khir Toyo jatuh terduduk untuk kali keduanya. Kali pertama Khir Toyo terlentang selepas Pilihanraya Umu ke 12 di mana sebuah negeri terkaya kini menjadi milik PR. Setelah jatuh, Khir Toyo cuba untuk bangun dengan mencipta berbagai isu bagi menjatuhkan kerajaan pimpinan Tan Seri Khalid tetapi akhirnya beliau sendiri terlondeh. Sehingga kini, kerajaan negeri Selangor sedang giat `melondehkan satu demi satu pakaian’ Khir Toyo. Khir Toyo kini sudah menjadi seperti wayang kulit yang dipertontonkan oleh kerajaan PR di Selangor untuk tatapan seluruh masyarakat dan kadang kala kita tertawa dengan persembahannya. Beliau cuba untuk naik kembali dengan menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda Umno. Sekali lagi untuk kali kedua, Khir Toyo terlentang dan terduduk bukan disebabkan oleh pembangkang, tetapi oleh majoriti perwakilan Pemuda Umno sendiri. Syabas untuk KJ.

Kekalahan Mukhriz anak kepada tokoh yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan DS Anwar dalam Umno, beliau sememangnya patut kalah walaupun tiada siapa yang menjatuhkannya secara konspirasi sepertimana ayahanda beliau pernah lakukan pada DS Anwar. Beliau kalah secara `anak jantan’ kepada KJ yang juga menang secara `lebih jantan’. Slogan `Berani Berubah’ yang dibawa oleh Mukhriz kini lebih sesuai ditukar kepada `Berani Kalah’. Sememangnya beliau berani kalah walaupun diberitakan beliau menangis ketika mendapat tahu beliau tewas. Benar atau tidak berita itu saya tidak tahu, tetapi sejarah pernah memperlihatkan betapa ayahandanya juga menangis teresak-esak di atas pentas di PWTC ketika mengumumkan untuk `bersara’ dari menjadi Presiden Umno. Jika benar Mukhriz juga menangis, maka tiada salahnya kerana `kuah akan tumpah ke nasi’ jua.

Walau sekuat mana pun jeritan penyokong-penyokong Khir Toyo dan Mukhriz mengatakan KJ menang kerana rasuah, yang nyata KJ tetap menang. Jangan salahkan KJ jika beliau dianggap merasuah untuk menang, tetapi salahkan perwakilan yang mungkin terlalu `lapar’ ketika itu. Pada saya, KJ tidak mungkin melakukan rasuah untuk menang kerana sememangnya beliau layak untuk menang jika dibandingkan dengan Khir Toyo dan Mukhriz. KJ wajar berterima kasih kepada penganjur program Wacana Politik di Kelantan baru-baru ini yang memberi peluang kepada beliau menunjukkan keberaniannya berdebat dengan YB Husam Musa. Tidak dapat dinafikan program tersebut telah menyumbangkan bonus buat KJ. Berlainan dengan Khir Toyo yang cuba mendapatkan bonus dengan mencari berbagai isu di Selangor untuk menunjukkan beliau kononnya pejuang rakyat di Selangor dan berani mendedahkan penyelewengan kerajaan PR di Selangor. Malangnya, semua isu tersebut memakan diri bahkan ahli-ahli Umno sendiri tidak percaya dan mentertawakan beliau. Ternyata isu lembu yang dibawa oleh Khir Toyo seolah-olah menjadikan beliau kini seperti makhluk berkaki empat itu juga.

Selepas ini, tugas utama KJ adalah berdepan dengan rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Ketika itu, KJ jangan tersalah langkah seperti apa yang telah beliau lakukan di Permatang Pauh. Rakyat di Perak bukannya seperti perwakilan Pemuda Umno yang seronok melihat keris ditatang, dihunus dan dicium. Apalah ertinya keris `telanjang’ tanpa sarung itu pada rakyat Perak. KJ juga kena pastikan sebelum melangkah ke bumi Bukit Gantang, tentukan beliau `mandi bunga’ terlebih dahulu untuk menghilangkan `badi’ beliau bila berdepan dengan PR di sana. Jika perlu untuk membawa Raja Sesumpah Ezam, pelawalah Ezam untuk `mandi bunga’ bersama-sama. Rakyat di Bukit Gantang bersedia menanti dan menyambut Ketua Pemuda Umno yang baru ditabalkan ini.

Kepada mereka yang tewas, Khir Toyo dan Mukhriz saya amat simpati dengan kedua-duanya. Sekarang anda berdua tentu boleh berfikir mengapa orang yang disabitkan bersalah dalam politik wang boleh menang di dalam pemilihan Umno sedangkan kamu yang dikatakan bersih boleh tewas? Jika begitu, maksudnya Umno masih belum berubah dari tabiat lamanya. Apakah tabiat lama Umno itu? Mungkin KJ dan Ali Rustam lebih arif untuk menjawabnya untuk kamu ketahui.

WFAUZDIN NS

petikan daripada :

http://pinkturtle2.wordpress.com

/2009/03/26/17843/

Ini pejuang melayu Islam sebenar !!!

FOTO BULAN INI
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"

petikan daripada :
http://kerabubersuara.blogspot.com/
2009/03/terpanas-blog-tok-guru-nik-aziz.html

PESALAH RASUAH, memimpin pemuda UMNO 2009

Kalau Pemuda melantik kaki rasuah sebagai pemimpin tertinggi mereka, wanita Umno pula melantik pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak bermoral sebagai pemimpin.
Bayangkan seorang yang penuh dengan kontroversi yang terbukti tidak bermaruah, tidak bermoral telah dilantik sebagai Exco Pergerakan Wanita walaupun gambar beliau tersebar di mana-mana.

Malah suaminya sendiri membuat banyak laporan kepada pihak berkuasa tentang salah laku tidak bermoral isterinya yang memang Exco Wanita semalam. Saya pasti tetamu blog ini tahu siapa Exco Wanita yang saya maksudkan tersebut yang didapati menjalinkan hubungan dengan bekas Ahli Parlimen.
Jelas terbukti bahawa pimpinan dan ahli Umno sudah buta dan tidak nampak apa itu rasuah, maksiat, maruah dan harga diri.

petikan daripada :
http://mutaligat.blogspot.com/2009/03/
pemuda-lantik-kaki-rasuah-wanita-lantik.html

Rabu, 18 Mac 2009

Akhirnya MELAYU merempat...

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

· 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

· 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

· 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

· Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

· 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

petikan daripada : http://pinkturtle2.wordpress.com
/2009/03/16/17356/

BN/ UMNO guna parlimen gantung MP Gobind

GOBIND TUDUH NAJIB MEMBUNUH - The Edge

Ahli parlimen Gobind Singh Deo (Puchong-DAP) telah di gantung satu tahun dari berfungsi di parlimen.

Ini kerana dia melaku kan stau kesalahan yang amat berat.

Gobind telah menuduh Najib Razak sebagai pembunuh.

Mengikut Nazri Aziz pengantungan Gobind setimpal dengan kesalahan menuduh Najib h melakukan satu jenayah yang kejam.

GOBIND DI GANTUNG SETAHUN - malaysianinsider

petikan daripada : http://pinkturtle2.wordpress.com
/2009/03/16/17356/

Dewan Rakyat hari ini telah menggantung Gobind Singh Deo satu tahun kerana memanggil Najib Razak seorang pembunuh dan menghina penolong Sepeaker. Ini berlaku minggu lalu.

Pada hari Khamis lalu Gobind telah menjerit memanggil Najib yang mencelinap lari meninggalkan dewan .

Gobind telah menlaungkan “ Jawab kepada saya ! Awak pembunuh!”. Najib lesap meninggalkan Dewan.


THE EDGE

Member of parliament Gobind Singh Deo (Puchong-DAP) deserved the punishment meted out to him today and his most serious offence was to accuse the Deputy Prime Minister of murder.

Explaining the rationale for the length of the suspension, Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz said it was a fair sentence.

“This is a fair sentence for him as this is about accusing the deputy prime minister of a heinous crime. So, he must be punished for the severity of the accusation made.

MALAYSIAN INSIDER

The Dewan Rakyat today suspended DAP’s Gobind Singh Deo for one year for calling Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak a murderer and insulting the House Deputy Speaker last week.

On Thursday, Gobind was asked to leave the House by Deputy Speaker Datuk Ronald Kiandee after he shouted: “Answer me, you murderer!” to Najib as the latter was leaving the House.

kah kah kah…. ADALAH MENJADI SATU KESALAHAN YANG AMAT BESAR JIKA BERTANYA ?... kah kah kah..

kah kah kah… KALAU DI PARLIMEN TAK BOLEH BERTANYA…. NAK TANYA DIMANA ?…kah kah kah

kah kah kah…. BERITA SATU PUN SURAT KHABAR MELAYU TAK LAPOR… kah kah kah…

woit… HENTIKAN LAH PROJEK MEMBODOHKAN MELAYU… kah kah kah…

woit…. CUKUPLAH…. DAH RAMAI MELAYU BODOH…. kah kah kah
http://tukartiub.blogspot.com

Dikirim dalam News & Politics

GERAK sila isytihar harta ...

Sejak kebelakangan ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang pernah saya terlibat mengasaskanya sedikit masa dahulu begitu hebat muncul sebagai hero membenteras rasuah terpilih. Malangnya GERAK yang kemunculanya awalnya digeruni dan dikagumi dengan menyerang kes serta melakukan pembongkaran - pembongkaran besar tetapi kini mula melakukan kerja menyerang kes - kes terpilih.

Ini semua berkait rapat dengan penyumbang 'kewangan' kepada GERAK untuk bergerak.

GERAK di asaskan dengan nama Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi kemudian telah menukar nama kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi dengan mengekalkan singkatan GERAK. GERAK bukan sebuah pertubuhan yang berdaftar dibawah akta pertubuhan tetapi sebaliknya berdaftar dibawah akta Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Gerak Agenda Sdn. Bhd. Pada satu ketika GERAK yang didaftarkan sebagai syarikat ini hanya punya lembaga pengarah yang terdiri dari Ezam dan ahli keluarganya sahaja.

GERAK ditubuhkan dengan dana Ezam sendiri dan sumbangan orang ramai. Pada ketika itu hanya saya seorang kakitangan tetap GERAK. Di awal usia GERAK banyak aktiviti dianjurkan dari ceramah, diskusi hinggalah penyebaran risalah dan pembongkaran rasuah dilakukan. Selepas Ezam mengisytiharkan masuk Umno GERAK diserahkan kepada seorang kakitangan Dato Norza Zakaria, Mohd Nazree Mohd Yunus yang dilantik mengepalai Gerak merupakan ko ordinator dalam Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA) yang dibiayai oleh Norza.

Semua tahu Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan Abdullah. Umum dalam Umno tahu juga Norza, seorang anak muda yang amat dipercayai Abdullah sehinggakan dia dilantik sebagai MKT termuda Umno oleh Abdullah. Adakah Gerak juga dipakejkan sekali dalam 'borang' pemohonan ahli Umno Ezam dan kawan-kawannya ?

Pada ketika itu juga Gerak punya Pejabat tetap di Kelana Jaya, seorang kerani dan Nazri pula selaku Pengarah berbayar. GERAK selaku NGO tidak mendapat geran bantuan dari mana - mana badan dalam dan luar negara secara rasmi. Adakah Dato Norza terlibat dalam 'menyara' Gerak untuk terus bergerak dalam jinak ?

Kemudian beberapa bulan yang lalu ketika kem Abdullah menjadi sasaran. Dato Norza dan orang-orangnya telah disiasat. Maka seperti yang Najib pernah umumkan bahawa polisi Umno ialah sesiapa saja didakwa akan hilang hak bertanding. Maka pendakwaan pada ketika itu kelihatan dekat dengan Norza. Maka jika Norza tidak boleh mempertahankan jawatannya selaku MKT Umno maka tidak ada gunanya dia terus menyalurkan wang untuk menjinakkan Gerak maka lebih malang lagi kemungkinan INSKA juga akan ditutup.

Maka pada ketika itu Gerak harus bergerak segera mencari penanggung kewangan baru untuk menanggung gaji kakitangan termasuk Pengarahnya, sewa pejabat, bil air/api/astro/telefon/internet, sewa mesin photostat dan banyak lagi. Maka sudah tentu satu tuan baru perlu dicari.

Ada yang mengatakan Gerak telah menemui Santa Clause, bekas pemimpin Kerajaan Negeri Selangor. Oleh kerana itu Gerak kini tidak bergerak keluar seperti disaat kemunculannya sebaliknya sibuk menjaga lembu di Selangor.

Dengan ini Gerak yang sibuk menyiasat korupsi terpilih dicabar untuk mendedahkan akaun syarikat dan menjelaskan berapa kos operasi ? Bagaimana kos operasi Gerak ditanggung dan siapa yang menanggungnya ? Selaku NGO yang 'kononya' mementingkan integriti dan ketelusan. Maka GERAK bukan sahaja perlu telus tetapi perlu dilihat telus.

Posting ini ditulis dalam keadaan amat serba salah kerana kasih pada Gerak yang sama saya dibidankan kelahiranya masih ada. Namun bukan saya saja tetapi kebelakangan ini terlalu ramai ahli aktivis Gerak yang pernah memohon memasuki Gerak merasakan kecewa dengan Gerak yang lemah malah laman sesawang yang pernah saya bina dengan menyimpan bukan sedikit fakta serta salinan bukti rasuah juga sudah terpadam mati. Tiada lagi aktiviti diskusi, forum terbuka dan penyebaran risalah meningkatkan kesedaran rakyat. Sebaliknya Gerak hanya muncul sebagai pertubuhan kenyataan media yang aktif.

petikan daripada : http://chegubard.blogspot.com/2009/03/
cabaran-buat-gerak-istihar-harta.html

UMNO masih UMNO tiada yang berubah....

Tok baru je tengok berita panas hari ni. Ali Rustam tak boleh bertanding Timbalan Presiden UMNO. Bermakna peluang Muhyiddin untuk menang kerusi nombor 2 dalam UMNO makin cerah kerana Mat Taib bukanlah tandingannya.

Spekulasi tentang cantas-mencantas sedang berlaku dalam UMNO antara kem Najib dengan Pak Lah tok tak nak ulas.

Tok heran macamana Khairi dan Ali Rustam yang melakukan kesalahan yang serupa tapi Khairi kena amaran tapi Ali Rustam dikenakan hukuman tak boleh bertanding. Paling pelik dulu Isa Samad kena gantung beberapa tahun kerana politik wang. Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah tidak pula digantung oleh jawatankuasa tatatertib UMNO.Begitu juga dengan Azalina Othman Said yang sedang disiasat SPRM.

Khalayak ramai semakin keliru dengan UMNO yang tengah bergolak sakan sekarang.Eloklah kita sediakan sebanyak mungkin borang PAS, PKR dan DAP di Melaka. Mana tahu ramai yang nak join.

Ali Rustam dulu pernah melarang kakitangan awam negeri melawat Kelantan dan siapa sangka hayat politiknya berakhir begini.

Cuma tok nak rakan bloggers perhatikan tadi AJK Jawatankuasa Tatatertib UMNO, Hasfarizam Harun banyak buat statement. Mamat ni kan peguam bela menteri pasola di negeri pasir dua butir. siapakah gerangan mamat ni sampai begitu berpengaruh. Cuba kengkawan bloggers luangkan sikit masa siasat latar belakang mamat ni dan dedahkan kat blog masing-masing.

Tok juga nak ulas tentang kerajaan perpaduan dengan UMNO-BN. Eloklah kita dengar nasihat Tok Guru Nik Aziz yang serik untuk bergabung dengan UMNO-BN. Ramai yang meragui keikhlasan UMNO.

Kerajaan PAS di Perak ditumbangkan dan Nizar dimalukan.Kerajaan PAS di Terengganu pernah ditarik royalti minyaknya dan kerajaan PAS di kelantan selama 18 tahun diberikan bermacam-macam tekanan.

Buat apa kita menaiki kapal yang hampir karam. Jika benar-benar ikhlas, MP-MP UMNO patut keluar parti dan jadi bebas atau serta PAS ataupun PKR.Jika tidak,lupakan sahaja kerajaan gabungan dan kepada mana-mana pemimpin PAS yang berminat dengan idea sebegini, ingatlah Tok Guru Nik Aziz seorang MP PAS ketika PAS ditendang keluar BN.

Tok percaya majoriti ahli PAS akan bersetuju dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz.

petikan daripada :http://perisik-rakyat.com
/2009_03_17_archive.html

Apabila Sasterawan Negara Berucap....

Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILan yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,

Ini kata2 yg keluar dari Pak Samad sendiri... dan Pak Samad mencabar pemimpin kerajaan Umno/BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Tidak mustahil isu PPSMI ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

“Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris,” tegas A Samad.

“Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris,” ujar pejuang bahasa itu lagi.

“Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris,” kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, “Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur”.

Wahh... Pak Samad betul2 punya marah ni... amacam sekelian warga umno... ada berani ke sahut cabaran Pak Samad kita ni...???

Dan sekarang gelombang TAK NAK UMNO/BN... tapi ummi tergelak bila Zambry kata UMNO pun sedang menerima gelombang perubahan... memang la gelombang tak mahu kan BN... kuang... kuang... kuang...

petikan daripada : http://perisik-rakyat.com
/2009_03_16_archive.html

UMNO munafik penipu besar !!!

Aku baru balik dari Bukit Gantang pergi buat survey jentera pilihanraya Bukit Gantang. hari ni aku sempat celah masuk ke 3 Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN dalam kawasan Bukit Gantang. ada cerita yang menarik dari ke 3-3 Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN. cerita yang sama dari jentera parti yang sama.

Setakat hari ni, UMNO/BN dah bukak lebih kurang 10 (atau lebih) Bilik Gerakan Pilihanraya untuk menghadapi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. tapi sampai hari ni, bajet untuk jentera gerakan pilihanraya masih belum sampai ke Bukit Gantang. kalau ada pun cuma untuk majlis besar-besaran yang melibatkan pimpinan tertinggi UMNO.

Jadiknya buat masa ni jentera-jentera UMNO/BN berada dalam keadaan "kekurangan". tak macam dulu. kalau dulu (sebelum PRU-12 dan 2 PRK sebelum ni), bajet datang mencurah-curah sebulan sebelum hari penamaan calon. tapi sekarang di Bukit Gantang, keluar "duit poket" dulu.

Parah...

Lepas tu aku teringat pulak dekat berita dekat bawah ni yang aku cilok petikannya dari [sini].

* Umno berjaya dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya yang diperoleh sebuah syarikat yang membekalkannya barangan pilihanraya bernilai lebih RM218 juta.

* Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.

* Syarikat itu mengemukakan invois sebanyak RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.

Kesimpulan yang aku dapat buat lepas aku perhatikan beberapa perkara ialah UMNO/BN sekarang kekurangan sumber kewangan. 5 negeri utama yang menjadi sumber kewangan UMNO/BN tumpas ditangan Pakatan Rakyat dalam PRU-12. jadi UMNO/BN dah kehilangan 1 sumber kewangan yang amat besar yang selalunya diperolahi dari kontrek-kontrek "atas angin".

Aku difahamkan jugak bahawa kesan dari kejatuhaan UMNO/BN di 5 negeri dalam PRU-12, 2 PRK sebelum ni dan jugak Krisis KUDETA di Perak, tokey-tokey atau kantung-kantung besar yang selalunya menaja perbelanjaan UMNO/BN sebelum ni jugak, dah ambik keputusan untuk tidak lagi menaja perbelanjaan UMNO/BN dalam PRK 3 PRK kali ni. dah serik katanya.

Ada yang mengaku dah serik dengan janji-janji "lepas habis PRK, akan dapat balik pulangan", dan ada jugak yang tak berminat untuk menaja sebab tak setuju dengan cara UMNO/BN mengambil alih Kerajaan Negeri Perak dengan cara KUDETA.

Yang menariknya, tokey-tokey atau kantung-kantung besar kemungkinan akan membelanjakan sejumlah wang untuk jentera-jentera pilihanraya Pakatan Rakyat dalam usaha mereka "mengajar" UMNO/BN dan menjatuhkan Najib.

Jadi kedudukan mata sekarang 2-0... Pakatan Rakyat 2, Najib 0... perang belum bermula, awal-awal dah kene "set".

*teringat pulak aku sumpah laknat Najib depan perwakilan UMNO dan jugak di Permatang Pauh...

petikan daripada : http://perisik-rakyat.com/
2009_03_15_archive.html

UMNO laknatullah !!!

Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak. Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis. siap dengan hukuman yang bakal diterima.

Tok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai. dahlah paper dan tv pro UMNO-BN. susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.

Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya "Kami mahukan deris, natang".

Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia. segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu. Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu. takkan pendam je kes yang berat macam tu. Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu. tok bagi tips sikit. cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.

Jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan, tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis. Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan. MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.

Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008. Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A. Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu. Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.

Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS. Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan. Kecemerlangan merentasi parti politik. Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan. Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.

Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya. Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM. Nik Madihah juga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.

MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan. Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan. Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran. Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI. Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa. Itulah persepsi ramai orang ketika ini.

Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.

Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSM nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset. Bukannya sedikit duit tu. Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.

Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat. Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat. bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya. asal kalah aje cakap pasal perpaduan. itulah umno. dulu, kini dan mungkin selama-lamanya.

Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi. Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati. jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

petikan daripada : http://perisik-rakyat.com
/2009_03_15_archive.html

KM MELAKA sedia letak jawatan...KALAU ....

'' saya berasa malu yang teramat sangat kerana kesalahan yang telah saya lakukan..maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa akan meletakkan semua jawatan saya..demi menjaga nama baik UMNO." kata Ali Rustam dalam satu temubual

''memandangkan YB Elizabeth Wong telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan beliau hanya kerana gambar tidurnya tersebar dan ADUN Bukit Selembau sanggup meletakkan jawatan kerana masalah peribadi.Saya pula yang telah didapati bersalah kerana politik wang berasa amat malu kerana telah memburukkan nama parti UMNO...maka saya rela melepaskan semua jawatan saya.'' beliau membuat kenyataan itu dengan perasaan yang sedih dan bercampur geram.

'' Di sini saya juga menyeru kepada rakan2 saya yang telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan berpolitik wang..tak kira yang digantung keahliannya 3 tahun..1 tahun atau yang telah diberi amaran, agar mengikut jejak langkah saya bagi memulihkan nama baik parti kita UMNO..dan kemungkinan juga selepas ini SPRM akan mengejar kita untuk disoalsiasat..maka sebaiknya kita pakat2 letakkan jawatan dengan bermaruah..'' rayu Ali Rustam kepada teman2nya yang telah disabitkan kesalahan yang sama iaitu politik wang.


Alangkah bagusnya KALAU kenyataan media diatas terpapar di dada2 akhbar...rasanya Ali Rustam boleh dianggap orang yang bermaruah...itupun KALAU dia ada maruah la...tapi tak mustahil KALAU ianya benar2 akan berlaku...dan KALAU jenis yang takde akai...mungkin kenyataan akhbar yang 'KALAU' diatas depa pandang hujung mata aje...

wallahualam..doakan ia menjadi KENYATAAN....

petikan daripada : http://haninasution.blogspot.com/2009/03/
ali-rustam-sedia-letak-semua-jawatan.html

Letak semua jawatan wahai pesalah rasuah dituduh dan didakwa silakan...

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta semua jawatan mereka dalam kerajaan.

Dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Ali Rustam dan Khairy didapati bersalah kerana terlibat dengan politik wang bagi tujuan merebut jawatan sempena Perhimpunan Agung Pemilihan Umno tahun ini.

Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan dan Khairy pula hanya diberikan amaran dan masih boleh bertanding.

Walaupun ianya hanya melibatkan perwakilan Umno dan dalam organisasi Umno, mereka wajib letak jawatan dan melepaskan semua jawatan yang disandang sekarang dalam Kerajaan.

Ini selaras dengan tindakan Tan Sri Mohd Isa Samad yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

Politik wang adalah bahasa yang digunakan dalam Umno tapi rakyat secara keseluruhannya melihatnya sebagai rasuah. Walaupun ia dilakukan sesama ahli Umno tetapi ia juga tertakluk di bawah undang-undang negara kerana dilakukan dalam negara ini dan sekaligus menunjukan perlakuan jenayah yang wajib dibanteras.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak dan mendakwa mereka dimahkamah kerana perbuatan mereka itu adalah satu jenayah.

Umno mempunyai Lembaga Disiplin untuk menghukum dan mendidik ahlinya, tapi mereka juga perlu patuh pada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan dan Peraturan Disiplin Umno. Selagi perbuatan itu dianggap jenayah maka tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan di bawah kuasa SPRM wajib dilaksanakan.

SPRM tidak boleh menutup mata dan melihat itu sebagai isu dalaman Umno kerana rasuah tetap rasuah walaupun ia dilakukan sesama ahli parti sama seperti apa yang dilakukan oleh SPRM dalam pendakwaan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Dato’ Norza Zakaria yang dituduh terlibat politik wang.

Kami juga melihat bahawa tindakan mereka itu tidak sesuai dengan taraf mereka sebagai wakil rakyat dan pemimpin dalam kerajaan kerana jenayah itu dilakukan ketika mereka memegang amanah rakyat.

Jika dalam pemilihan parti pun mereka boleh berlaku curang dan tidak amanah, apakah jaminan bahawa mereka boleh menunaikan amanah rakyat melalui jawatan yang disandang sekarang tanpa sebarang penyelewengan.

Oleh itu mereka wajib meletakkan semua jawatan yang disandang untuk memberikan laluan buat rakyat memilih pemimpin yang lebih bersih dari mereka.

Kami bertegas untuk mendesak mereka letak jawatan. Sekiranya mereka enggan, Perdana Menteri wajib memecat mereka bagi menjaga nama baik kepimpinan negara ini.

http://www.harakahdaily.net

Tindakan Speaker Perak Sah ....

Tindakan 1 - mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering & Jelapang

Berdasarkan Fasal 35 Perlembagaan Negeri Perak, Speaker berkuasa penuh mengisytiharkan kekosongan 3 kerusi DUN itu berikutan wujud surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sebarang keraguan berkaitan status kekosongan itu, termasuk kesahihan surat perletakan jawatan yang berbangkit, hanya boleh diputuskan oleh DUN melalui persidangannya atau mana-mana jawatankuasanya.

“ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad” - Fasal 33(1) Perlembagaan Negeri Perak."

SPR tiada kuasa dan tidak berhak membuat keputusan berkenaan kekosongan kerusi DAN kesahihan surat perletakan jawatan tersebut.

Tindakan 2 - mengeluarkan saman kepada 7 ADUN BN supaya hadir mengadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN

Tindakan 3 - menggantung 7 ADUN BN daripada menghadiri sidang DUN

Speaker membawa aduan yang diterima daripada ADUN Canning ke mesyuarat Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN berdasarkan tanggungjawabnya mengikut Peraturan Tetap DUN.

Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN mendapati wujud kes prima facie bagi aduan terhadap 7 ADUN BN itu berkaitan hak mengadap Sultan menurut Fasal 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa mutlak kepada Speaker untuk menjalankan tanggungjawabnya berkaitan urusan DUN tanpa boleh dicabar melalui sebarang prosiding jenayah atau sivil di mana-mana mahkamah.

Fasal 44(1) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan kuasa penuh kepada DUN untuk menetapkan sebarang peraturan atau prosedur berkaitan semua pengurusan dan perjalanan dewan itu. Peruntukan ini memberi kuasa mutlak kepada DUN untuk melaksanakan semua prosedur yang ditetapkannya, dan urusan dalam DUN itu tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak lain.

Perintah Tetap 43 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):

“Tuan Speaker dalam Dewan atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah bertanggungjawab bagi menjaga supaya peraturan-peraturan Dewan atau Jawatankuasa dipatuhi, dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh dirayu, ditimbangkan semula atau diulangkaji oleh Dewan kecuali dengan dikeluarkan usul tersendiri dengan tujuan sedemikian. Usul sedemikian itu tidak berkehendak kepada notis lebih daripada dua hari.”

Tindakan 4 - memanggil Sidang Tergempar DUN

Tindakan 5 - menjalankan Sidang Tergempar DUN di luar bangunan DUN

Speaker memanggil Sidang Tergempar DUN pada 3 Mac 2009 berdasarkan Fasal 36(1), 36(2) dan 44(1) Perlembagaan Negeri Perak serta Perintah Tetap 10(2), 11, 15, 16, 17, 88 dan 90 Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak.

Notis memanggil Sidang Tergempar 3 Mac tidak memerlukan perkenan Sultan kerana siding itu adalah sambungan kepada sidang yang ditangguhkan pada November 2008. Sidang November itu hanya ditangguhkan (adjourned), bukan diberhentikan atau ditamatkan (prorogued).

Perkenan Sultan bagi memanggil sidang DUN yang dimestikan oleh Fasal 36(1) hanya merujuk kepada sidang sebelumnya yang telah diberhentikan atau ditamatkan (prorogued). Fasal itu tidak menyebut berkenaan sidang sebelumnya yang hanya ditangguhkan (adjourned).

Fasal 44(1) memperuntukkan kuasa mutlak kepada DUN untuk menetapkan apa-apa peraturan berkaitan urusan DUN yang tidak diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri. Tafsiran perkataan “mesyuarat” (meeting), “persidangan” (sitting) dan “penggal” (session) bagi persidangan DUN termaktub di dalam Perintah Tetap 88 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak).

Perintah Tetap 15 dan 16 memperuntukkan kuasa kepada Speaker untuk menangguhkan (adjourn) satu persidangan (sitting) dan memanggil persidangan (sitting) berikutnya selagi dalam satu penggal (session) persidangan.

Kuasa memanggil sidang selepas sidang yang ditangguhkan pada November 2008 tidak tertakluk kepada Sultan kerana Fasal 36(1) hanya berkenaan dengan “satu penggal persidangan” (one session) dan “penggal persidangan berikutnya” (next session).

Perintah Tetap 11 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):

“Mesyuarat-mesyuarat Dewan dalam tiap-tiap penggal hendaklah diadakan pada hari-hari tertentu dan bermula dari suatu waktu sebagaimana yang ditetapkan oleh Tuan Speaker.”

Jika timbul keraguan berhubung kuasanya, Speaker boleh bergantung kepada kuasa-kuasa terhad yang diperuntukkan kepadanya di bawah Perintah Tetap 90 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak).

Mengikut Perintah Tetap 89 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak), keputusan dan arahan Speaker adalah muktamad. Semakan kepada keputusan dan arahan itu hanya boleh dibuat melalui usul di dalam sidang DUN.

Perintah Tetap 89:

“Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-Perintah Tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker, dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara ini.”

petikan daripada : http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/03/5-
tindakan-speaker-dun-sah-atau-tidak.html

Selasa, 17 Mac 2009

KOLEKSI PENDERHAKAAN UMNO

BUKTI UMNO PENDERHAKA SEBENAR !


* derhaka Ghazali Jawi *

* derhaka Dato' Onn & keluarga *

* krisis perlembagaan 1983 *

* krisis perlembagaan 1990 - 1993 *

* derhaka 2008 *



Selayang pandang kemelut Perak


Istilah ‘Sembah derhaka’ bukan bermaksud ‘menderhaka’ dalam konteks menentang dan memberontak terhadap Raja. Ia adalah ‘sembah sopan lagi beradab’ yang termaktub dalam adat istiadat dan budaya Melayu.


Mainan istilah ini hanyalah angkara UMNO demi hajat politik yang songsang dan tak beretika. UMNO tergamak berdiri di belakang Raja dan menolak baginda ke hadapan agar berkelahi dengan rakyat jelata.


Setelah berjaya memangsakan Raja, UMNO terus merosakkan imej istana di mata dan di hati rakyat jelata melalui provokasi media cetak dan elektonik yang mereka kuasai. UMNO berlagak mempertahankan Raja dengan mencerca rakyat yang dilabelkan sebagai penderhaka. Sebenarnya pertembungan itu ciptaan UMNO. Rakyat dirangsang supaya mengherdik istana. Apabila istana terguris, UMNO melompat jadi juara sembah taat dan sembah setia yang penuh pura-pura. Matlamat menghalalkan cara. Divide and rule. Itulah cara UMNO.


UMNO Penderhaka Sebenar - UMNO tipu Sultan - Ghazali Jawi enggan letak jawatan MB (1974 - 1977)


UMNO terlupa kisah penipuan dan derhaka mereka kepada Sultan Perak selepas pilihanraya umum Ogos 1974. Ketika itu Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengemukakan nama Ghazali Jawi untuk diperkenankan menjadi Menteri Besar. Sultan Idris Shah II enggan memberi perkenan kerana Ghazali Jawi telah ditangkap atas tuduhan rasuah sewaktu kali pertama menjadi Menteri Besar Perak pada tahun 1960.


Perlantikan Menteri Besar Perak tertangguh hingga bulan September 1974. Tun Razak melantik Ishak Tadin menjadi perunding untuk menyelesaikan krisis antara Sultan Idris Shah dengan Ghazali Jawi.


Ishak Tadin memujuk Sultan dengan mengatakan bahawa Tun Razak memohon Baginda melantik juga Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar tetapi lantikan itu hanya untuk tempoh dua tahun sahaja. Selepas tempoh itu Sultan boleh melantik ADUN lain sebagai MB. Akhirnya Ghazali Jawi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 4 September 1974.


Dua hari selepas Ghazali Jawi mengangkat sumpah, Sultan memanggil Mokhtar Petah mengadap Baginda di Istana Tambun, Ipoh. Mokhtar Petah memaklumkan kepada Sultan bahawa tiada termaktub dalam Perlembagaan yang Sultan boleh melantik seorang Menteri Besar untuk dua tahun sahaja. Apabila maklum akan hal itu, Sultan amat kesal dan terkilan kerana UMNO telah memperdaya Baginda dengan janji yang tidak mungkin boleh ditunaikan.


Setelah berlalu tempoh dua tahun, Ghazali Jawi tidak mahu berundur. Oleh itu Sultan membangkitkan janji Perdana Menteri mengenai tempoh jawatan Ghazali yang dipersetujui sebelum perlantikannya.


Ghazali Jawi dan pemimpin UMNO Perak menyanggah titah Sultan dengan berkata “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak bahawa Sultan melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun sahaja”.


Pergerakan Pemuda UMNO berkeras dengan pendirian:


“Sultan Perak mempunyai hak memberi perkenan melantik seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah diperkenankan perlantikan itu, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan Menteri Besar supaya meletakkan jawatan.”


“Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, adalah hak Presiden UMNO.”



Krisis itu berlarutan sehingga tahun 1977. Oleh kerana tidak dapat berbuat apa-apa lagi untuk menyingkirkan Ghazali Jawi maka Sultan telah bernazar selagi Ghazali Jawi tidak meletak jawatan, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai serta tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sultan tidak bekerjasama dengan MB dan Exco Kerajaan selama dua tahun.


Pada tahun 1977, Ghazali Jawi melepaskan jawatannya atas kehendak Perdana Menteri baru iaitu Tun Hussein Onn. Selepas itu Sultan Idris Shah melantik Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh sebagai Menteri Besar baru.


UMNO Penderhaka Sebenar - Derhaka Dato’ Onn


Melayu derhaka hanya muncul setelah lahir UMNO di bumi beradat ini. Di bawah pimpinan UMNO, Melayu jadi kurang ajar dan celupar terhadap Raja sehingga Raja hilang wibawa di mata rakyat. Sejarah membuktikan UMNO berulangkali mengajar rakyat mentertawakan Raja. Namun di celah-celah pengkhianatan itu, UMNO licik dengan lakonan sebagai pahlawan yang membentengi kedaulatan Raja.


Derhaka Melayu moden abad 20 bermula dengan kritikan terbuka Dato’ Onn Jaafar terhadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim) pada tahun 1920. Dato’ Onn marah apabila Sultan melelong harta bapanya (Dato’ Jaafar) kerana kegagalan melunaskan hutang negeri Johor ketika memegang jawatan Menteri Besar negeri itu. Sultan Ibrahim murka lalu memecat Dato’ Onn daripada jawatan Menteri Besar dan menitahkan hukum buang negeri ke Singapura pada tahun 1927.


Pada tahun yang sama, abang Dato’ Onn iaitu Dato’ Abdullah Jaafar turut dipecat daripada jawatan Menteri Besar dan dilucut semua gelarannya, diikuti hukuman buang negeri bersama Che’ Dara Jaafar iaitu kakak kepada Dato’ Onn.


Derhaka itu diteruskan oleh Dato’ Onn dengan cara mengkritik dan menghina Sultan Johor sepanjang menjadi Pengarang Warta Malaya di Singapura sekitar tahun 1930.


Dato’ Onn kembali ke Johor pada tahun 1936 dan berjaya mendapat semula kedudukan dalam pentadbiran negeri Johor sehingga dilantik memangku tugas Menteri Besar pada Oktober 1946. Ketika itu Dato’ Onn adalah Presiden UMNO yang pertama.


Pada tahun 1947, Dato’ Onn atas kapasiti Presiden UMNO, telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang diisi oleh seorang Melayu bukan dari Istana. Cadangan itu mengakibatkan kemurkaan sekelian Raja-Raja Melayu kerana nyata ia bermaksud meletakkan seorang Melayu bukan Raja di kedudukan lebih tinggi daripada Raja-Raja. Sekelian Raja-Raja terutamanya Sultan Badlishah (Kedah) mengisytiharkan Dato’ Onn sebagai penderhaka.


Isu itu membawa kepada pertembungan terbuka di antara UMNO dengan Raja-Raja Melayu. Kemuncak perbalahan itu ialah serangan UMNO terhadap Sultan Kedah dengan cara menghina baginda semau-maunya pada tahun 1948. Akhirnya Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-Raja Melayu supaya menolak cadangan UMNO.


Selepas itu UMNO meneruskan derhaka yang lebih melampau dalam pelbagai isu. Dato’ Onn berulangkali menuduh Raja-Raja mungkir janji dan tidak bertindak mengikut perlembagaan. Mesyuarat Agong UMNO di Butterworth pada 27 Ogos 1949 telah melemparkan tuduhan bahawa Raja-Raja lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan rakyat Melayu biasa. UMNO juga menuduh Raja-Raja telah berkomplot dengan British untuk melemahkan UMNO melalui penguatkuasaan larangan berpolitik terhadap pegawai kerajaan bangsa Melayu.


UMNO menderhaka pada tahap paling melampau apabila menuduh Sultan Kedah sebagai ‘kacang lupakan kulit’ dan mengugut untuk menggerakkan rakyat menamatkan sistem pemerintahan beraja. Sultan Kedah kemudiannya bercadang mengharamkan UMNO di negerinya manakala Sultan Johor memaksa Dato’ Onn meletak jawatan Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949.


UMNO menderhaka kepada raja seawal umurnya yang masih bayi di zaman Presiden yang pertama lagi.


UMNO Penderhaka Sebenar - Krisis Perlembagaan 1983


Pada 1 Ogos 1983, UMNO membentangkan Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan 1983 di Parlimen dan diluluskan secara tergesa-gesa. Ia melibatkan 22 pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, termasuk 3 perubahan besar yang menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu;


Pertama - menghapuskan keperluan mendapatkan perkenan Yang DiPertuan Agong bagi sesuatu rang undang-undang sebelum boleh digazetkan sebagai undang-undang. Sebaliknya, ia memperuntukkan bahawa, jika Yang DiPertuan Agong tidak memberi perkenan baginda dalam tempoh 15 hari, baginda hendaklah dianggap telah memperkenankannya, dan undang-undang tersebut boleh dikuatkuasakan.


Kedua - memperkenalkan peruntukan selari yang menghapuskan keperluan mendapatkan perkenan Sultan untuk undang-undang negeri.


Ketiga - memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat daripada Yang DiPertuan Agong kepada Perdana Menteri, yang tidak terikat untuk mendengar nasihat dari sesiapapun. (Untuk rekod, sebelum pindaan ini dibuat pun, Yang DiPertuan Agong hanya bertindak mengisytiharkan darurat berdasarkan nasihat jemaah menteri).


Setelah berbincang dengan Raja-Raja yang lain, Yang DiPertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan ( pindaan ) itu. Raja-Raja Melayu bertegas bahawa rang undang-undang itu bercanggah dengan Artikel 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa ’tiada undang-undang yang secara langsung memberi kesan kepada kemuliaan, maruah dan keistimewaan Raja-Raja Melayu’ boleh diluluskan tanpa perkenan Majlis Raja-raja.


Raja-Raja Melayu juga faham sepenuhnya implikasi perundangan apabila perkenan DiRaja untuk sesuatu undang-undang dihapuskan. Ini bermakna, apabila ahli-ahli Parlimen telah mengundi untuk menghapuskan sistem beraja, Duli-duli YMM Sultan tidak ada kuasa untuk menghalang mereka.


Pindaan itu telah mencetuskan krisis perlembagaan yang parah. UMNO menganjurkan siri rapat umum menghentam Raja-Raja di seluruh Negara dan telah meletakkan kedudukan Raja di pandang amat hina oleh rakyat. RTM dan TV3 menyiarkan bermacam-macam cerita perihal kezaliman Raja-Raja Melayu. Filem dan dokumentari yang menonjolkan kezaliman Raja-Raja disiarkan berulangkali sepanjang tempoh krisis itu.


Akhbar-akhbar kawalan UMNO menyiarkan gambar pentas DiRaja di Stadium Merdeka digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan bolasepak, dengan tujuan menunjukkan kepada rakyat bahawa Raja sudah tidak perlu dihormati lagi.


UMNO menggunakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengarahkan sekatan penyiaran berita (press blackout) tentang rang undang-undang (pindaan) perlembagaan itu. Walaupun berita mengenai kelulusan rang undang-undang itu disiarkan, tetapi kandungannya tidak dimaklumkan rakyat. Langkah itu ditentang hebat oleh Lim Kit Siang ketika perbahasan di Parlimen.


Sepanjang 2 bulan berikutnya tiada sebarang laporan berhubung undang-undang itu media massa, tetapi suara mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu tetap kedengaran di kalangan rakyat peringkat bawahan.


Aliran (sebuah pertubuhan) mengeluarkan satu kenyataan mengutuk rang undang-undang (pindaan) perlembagaan tersebut dan menyifatkan pindaan yang dicadangkan itu membuka pintu kepada salahguna kuasa.


"Perdana Menteri diketahui sebagai seorang personaliti politik yang banyak terlibat dalam konflik dan kompromi politik kepartian. Tiada mekanisme perlembagaan yang dapat memastikan Perdana Menteri tidak akan menggunakan kuasa mengisytiharkan darurat untuk menindas mana-mana musuh politiknya."


"Sememangnya mustahil untuk menghalang seorang PM yang bernafsu besar dari bertukar menjadi 'supremo' selepas sesuatu darurat diistiharkan pada masa depan."


Rakyat Malaysia secara umumnya hanya menyedari krisis itu selepas Oktober 1983 apabila Dato’ Senu Abdul Rahman mengedarkan satu surat kutukan ke atas pindaan-pindaan tersebut. Ini diikuti oleh Tunku Abdul Rahman yang ingkar kepada sekatan berita JPM dengan menulis bantahannya di akhbar The Star.


Gordon P. Means dalam buku bertajuk 'Malaysian Politics : the Second Generation' telah menyatakan " Banyak pihak yang tertekan disebabkan isi kandungan pindaan itu dan perangai konfrontasi yang digunakan oleh UMNO terhadap Raja-Raja Melayu."


Krisis ini menjadi bukti UMNO adalah penderhaka kepada Raja-Raja Melayu yang tiada tolok bandingnya. Mujur UMNO sudah tiada majoriti 2/3 di parlimen. Jika mereka masih memiliki majoriti itu, penggubalan akta baru yang memberi kesan lebih teruk kepada Institusi Raja mungkin berlaku lagi. Tidak mustahil jawatan Yang DiPertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan UMNO.


Namun begitu jika tersepit, UMNO cukup licik bersandar kepada Raja-Raja Melayu untuk melepaskan diridaripada masalah yang dihadapi. Ketika UMNO mengalami kemerosotan sokongan rakyat akibat pertambahan kecenderungan sokongan kepada PAS, mereka cuba menggunakan Majlis Raja-Raja untuk mengharamkan penggunaan nama Islam pada semua parti-parti politik. Mujur Raja-Raja tidak menerima desakan UMNO itu.


Dulu, kini dan selama-lamanya - inilah wajah sebenar UMNO. Sejarah akan tetap menceritakan perkara sebenar walau pun UMNO cuba membohonginya.




UMNO Penderhaka Sebenar - Krisis Perlembagaan 1990 - 1993


Selepas kalah teruk di Kelantan dalam pilihanraya umum 1990, UMNO sekali lagi bertembung dengan Raja-Raja. Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1991, pemimpin dan perwakilan UMNO menghamburkan kritikan-kritikan yang pedas, tajam , kurang ajar dan tidak beradab terhadap Raja-Raja melayu.


Istana Kelantan dihentam secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN. Raja-Raja negeri lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan termasuk menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan pelbagai kelebihan dan peluang perniagaan serta mencampuri hal ehwal pentadbiran. (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m/s 13).


Ahli MT UMNO, Ibrahim Ali mengetuai demontrasi di hadapan Bangunan UMNO Kelantan membantah Sultan yang dituduh melibatkan diri dalam urusan politik sehingga mengakibatkan kekalahan UMNO. Antara sepanduk yang dijulang ketika demostrasi itu tertulis kata-kata penghinaan:


“Hei Smail (Sultan Ismail Petra) kalu berani masuklah politik …, Anis (Raja Perempuan) di atas Smail di bawah”


Dalam Perhimpunan Agung UMNO, Dato’ Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan UMNO Kelantan) memberi amaran kepada Sultan Kelantan agar jangan mencampuri urusan politik.


Media kawalan UMNO menyiarkan berita bergambar tentang tindakan Sultan Kelantan melarikan kereta Lamborghini Diablo milik baginda dari stor simpanan kastam.


Seterusnya UMNO menggerakkan usaha besar-besaran menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan bagi meminda perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri dalam hal yang berkaitan dengan keistimewaan tertentu Raja-Raja.


UMNO Selangor pimpinan Mohd Mat Taib telah menetapkan resolusi empat perkara untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agong UMNO 1991:


Pertama - Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja sama ada secara langsung atau melalui 'Kapitan Cina'.


Kedua - Meminta Presiden UMNO supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka sedangkan mereka terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan diri sendiri.


Ketiga - Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah, iaitu bukan dalam bidang kuasa Raja-Raja.


Keempat - Memberi mandat dan sokongan penuh kepada Presiden UMNO dalam menghadapi dan mengetuai isu Raja-Raja Melayu secara umumnya, samada menerusi pindaan perlembagaan atau apa juga langkah yang perlu.


Pada 18 Januari 1993 UMNO membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang bertujuan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu.


Berikut adalah petikan sebahagian daripada butiran ucapan Perdana Menteri (UMNO) ketika membentangkan Rang Undang-Undang tersebut:


Perenggan 3. “ .... semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.”


Perenggan 7. “ .... selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas Negara. ”


Perenggan 9. “ .... Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan. “


Perenggan 21. “ .... sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. ”


Perenggan 25. “ .... dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku. “


Perenggan 50. “ .... Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`. “


Perenggan 51. “ .... Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini? ”

Perenggan 52. “ .... Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik. “


Majlis Raja-Raja meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut. Keputusan itu tidak disenangi oleh UMNO. Berikutan penangguhan itu, pemimpin UMNO menyerang istana dengan mendedahkan salah laku Raja-Raja dan anggota Kerabat DiRaja hampir semua negeri. UMNO mengulangi taktik mengaibkan Raja-Raja seperti yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983. TV, radio dan akhbar diheret mencerca istana setiap masa. Raja-Raja tidak berpeluang mempertahankan diri kerana mereka tidak menguasai media. Kelebihan itu digunakan oleh UMNO untuk mengasak Raja-Raja supaya segera menandatangani rang undang-undang perlembagaan (pindaan) yang telah diluluskan di Parlimen itu.


Siri perhimpunan haram diadakan di seluruh negara untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap kemahuan UMNO. Rapat umum raksaksa di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka tercatat dalam sejarah sebagai medan paling hebat mencaci Raja-Raja Melayu.


UMNO Kelantan bertindak menghina Sultan dengan amat dahsyat. Pada 29 April 1993, Annuar Musa mengetuai perarakan dari Kuala Lumpur ke Kelantan membawa Tengku Ibrahim Petra (sepupu kepada Sultan Kelantan) dan mengadakan upacara pertabalan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu diadakan dengan matlamat menunjukkan kuasa UMNO kepada rakyat dan Sultan.


Ketika Program SEMARAK di Lubok Jong Pasir Mas, Tan Sri Mohamed Yaacob memimpin perarakan ke istana dan menyerahkan memorandum mendesak Sultan Kelantan turun daripada takhta.


Shahidan Kassim turut menghina Sultan Kelantan dengan kenyataanya “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta” dan “saya ada bukti Ismail Petra tak layak”. (Berita Harian 11 Jun 1993)


Sepanjang Perhimpunan Agong UMNO 1993, hampir semua pembahas telah mengecam Raja-Raja dan mendesak supaya kekebalan Raja-Raja dihapuskan. Kecaman dan penghinaan itu disambut dengan sokongan lebih seribu perwakilan yang hadir. Seorang perwakilan daripada Bahagian Raub iaitu peguam Zainal Abidin Ahmad telah berucap membantah usul itu. Malangnya dia di’boo’, dimarahi, dikutuk dan dicap sebagai pengkhianat lalu diusir keluar daripada dewan persidangan.


Selepas perhimpunan itu, UMNO meneruskan langkah menghina Raja-Raja tanpa rasa belas kasihan dan di luar adat budaya Melayu. Media kawalan UMNO menyebarkan kisah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan menyimpan minuman keras di istana baginda, menjelang perlantikan baginda sebagai Yang DiPertuan Agong. Langkah memalukan bakal Yang DiPertuan Agong itu bertujuan memberi tekanan kepada baginda berhubung krisis cadangan pindaan perlembagaan menghapuskan imuniti Raja-Raja.


Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Mohd Mat Taib lebih biadap lagi apabila tergamak bertindak ‘kahwin lari’ dengan Tengku Puteri Zahariah, anakanda Sultan Selangor. Sultan Sallahuddin Abdul Aziz amat terluka dengan biadab dan derhaka boss UMNO Selangor itu. Dalam satu siaran berita TV, apabila ditanya oleh wartawan tentang Menteri Besar itu, Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam”. Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda terhadap Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu.


Sultan Pahang turut dimalukan oleh media kawalan UMNO. Baginda digambarkan sebagai seorang Sultan yang mempunyai harta kemewahan melampau dan membazir, kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi ketika itu. Gambar kapal terbang itu disiarkan dalam hampir semua media kawalan UMNO.


Sultan Johor dimalukan dengan pendedahan pelbagai tuduhan dan skandal melibatkan baginda dan beberapa orang kerabat baginda. Antaranya, kisah Tengku Majid memukul penjaga gol pasukan hoki Perak selepas satu perlawanan di SUKMA 92. Tengku Majid ketika itu mewakili pasukan hoki Johor. Berita itu dipaparkan dengan penuh sensasi atas kehendak UMNO.


UMNO mengenakan tekanan yang cukup dahsyat kepada Sultan Johor sehingga baginda terpaksa membubarkan Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi yang sejak lama berkhidmat kepada baginda.


Sultan Terengganu, Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh UMNO untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali. Dengan sokongan UMNO, Tengku Ali mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan takhta Sultan kepadanya dengan dakwaan pemecatan beliau sebagai Sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah. Kes itu akhirnya ditolak oleh mahkamah.


Beberapa orang menteri UMNO turut mendedahkan skandal pemilikan harta oleh Raja-Raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada Raja tertentu. Turut didedahkan bahawa tiap-tiap Sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom.


Pada 10 Disember 1993, UMNO mengemukakan usul khas di sidang Dewan Rakyat mengenai kes Douglas Gomez yang telah dicederakan oleh Sultan Johor di Istana Bukit Serene pada 30 November 1992. Pendedahan yang mengaibkan Sultan Johor itu dilakukan untuk memberi tekanan kepada Raja-Raja supaya tidak menentang cadangan pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang dikemukakan oleh UMNO.


Shahidan Kassim mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor dengan dakwaan melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat termasuk memukul, mencedera dan merogol sejak tahun 1972. Keburukan semua Sultan didedahkan secara terang-terangan.


Selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat oleh UMNO, Mahkamah Khas Raja-raja Melayu ditubuhkan untuk membolehkan Raja-Raja diambil tindakan undang-undang oleh sesiapa saja. Peristiwa ini berjaya menghakis martabat dan keagungan Raja-Raja yang asalnya bebas daripada sebarang kuasa untuk dikenakan tindakan undang-undang.


Kelantan yang dikuasai PAS adalah satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu ketika itu.


UMNO Penderhaka Sebenar - Derhaka 2008


Pada 23 Mac 2008, UMNO mengadakan demonstrasi di perkarangan Sri Iman, kediaman resmi Menteri Besar Terengganu, menentang keputusan istana tidak memperkenankan pelantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Mereka menyanggah Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Antara slogan pada kain rentang yang disediakan oleh UMNO ialah “Kami Nak Idris, Natang! (binatang)” yang disiarkan secara meluas oleh TV.



Kes yang hampir sama turut berlaku di Perlis apabila Raja Perlis tidak mahu memperkenankan perlantikan Menteri Besar yang dinamakan oleh Presiden UMNO iaitu Shahidan Kasim. Raja berkenan melantik Dr. Mat Isa Sabu. Shahidan Kassim memboikot majlis angkat sumpah Dr. Isa sebagai Menteri Besar. Pertembungan di antara UMNO dan Istana berlaku selama dua minggu dengan pelbagai kenyataan derhaka oleh pemimpin-pemimpin UMNO terhadap Istana Perlis.

petikan daripada : http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com
/2009/03/v-behaviorurldefaultvml-o.html