Isnin, 8 September 2008

Pemimpin Tertinggi PKR Melaungkan Dewa Dewi Hindu

Hari ini masuk hari ke-6 kita telah berpuasa. Saya ingin menarik perhatian pembaca kali ini terhadap sesuatu isu yang saya fikir penting, dan perlu dihebah kepada semua yang menyokong dan juga ahli PKR yang beragama Islam khususnya.

Jika kita perasan, Anwar selaku ketua/penasihat PKR selalu menyebut perkataan "Makkal Shakti" didalam ceramah-ceramahnya sebelum dan juga selepas kemenangan besar PRU lepas. Tapi adakah beliau faham maksud disebalik perkataan itu?

Secara umum ramai yang berpendapat Makkal Shakti membawa maksud kuasa rakyat, tetapi tahukah kita maksud sebenar perkataan tersebut? Atau mempunyai propaganda daripada mereka yang beragama Hindu? Mengikut Wiki, Shakti membawa maksud

'The Divine Mother'. Shakti represents the active, dynamic principles of feminine power. In Shaktism, Shakti is worshiped as the Supreme Being.

However, in other Hindu traditions of Shaivism and Vaishnavism, Shakti embodies the active energy and power of male deities (Purushas), such as Vishnu in Vaishnavism or Shiva in Shaivism. Vishnu's shakti counterpart is called Lakshmi, with Parvati being the female shakti of Shiva.


Rujukan: Wikipedia
Ianya adalah nama seorang dewa didalam ajaran Hindu! Malah ianya juga merupakan satu lagi cabang didalam ajaran hindu yang dipanggil Shaktism. Saya tidak mahu membuat andaian melulu tentang pegangan agama Anwar, tetapi samada dia sengaja ataupun tidak perasaan, Anwar telahpun menyekutukan Allah dengan melaung-laungkan mereka ini adalah 'Rakyat Shakti'. Rakyat kepada dewa hindu bernama shakti.


Petikan daripada : http://wacanapascapru12.blogspot.com/2008/09/propaganda-ajaran-hindu-didalam-pkr.html

Tiada ulasan: