Khamis, 11 September 2008

UMNO sanggup buang orang melayu kerana desakan daripada kaum lain.

Datuk Ahmad Ismail telah digantung keahliannya daripada UMNO hanya kerana memberikan fakta yang sebenar mengenai orang cina. Inilah keadilan yang dapat dibuat oleh MT UMNO hanya semata-mata ingin menjaga hati kaum lain. Kita perlu sedar bahawa kaum lain telah mula memecah belahkan orang melayu, dan mereka berjaya membuatkan orang melayu membunuh bangsanya sendiri. Pada pendapat sayalah jika GERAKAN ingin keluar BN sekalipun keluarlah, kita(melayu) yang mempunyai kuasa tertinggi dalam kerajaan, kenapa perlu kita takut? Jika kita tewaskan sekalipun kita tewas dengan hormatnya. Bukannya mengikut telunjuk kaum lain. Saya lihat kita ditekan hebat oleh kaum lain. marilah kita pemimpin melayu PAS, UMNO dan PKR duduk semeja dan kuatkan semula kaum kita. Beri peluang kepada PR untuk memerintah Malaysia. Jika mereka betul mereka akan membawa kejayaan kepada negara kita. Jika mereka salah maka kuasa kita lah yang akan menentukannya kelak.

Tiada ulasan: