Ahad, 22 Februari 2009

Berundur bukan bererti KALAH !!!

Nizar : Saya yakin kita akan kembali - Malaysiakini

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, his wife and their seven children loading up their family vehicle in preparation to move out of the Perak mentri besar's official residence today. – Pic by Choo Choy May >Read More

IPOH :-Tindakan Barisan Nasional merampas Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat disifatkan seperti Yahudi yang merampas hak orang Islam di Gaza, "Inilah dua kerajaan haram di bumi ini yang rakyat tolak mereka " Kata YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam majlis sempena meraikan para Petugas Unit Amal, Blogger dan wartawan di Kediaman Rasminya di sini.

Program yang diadakan itu adalah beberapa ketika beliau secara rasmi meninggalkan kediaman rasmi itu ke kediaman peribadi yang terletak tidak berapa jauh dari itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah ADUN Titi Serong, Drs, Khalil Idham Lim, ADUN Bercam, Sum Cheok Leng, Setiausah Akhbar, Hj. Anuar Hashim, Setiausaha Politik, Hj. Misbahul Munir dan Ketua Pemuda PAS Perak, Hj. Norazli Musa.

Pada kesempatan itu Ir. Nizar mengucapkan terima kasih kepada semua petugas Unit Amal yang mengadakan kawalan untuk nya, " Saya hargai pengorbanan tuan-tuan" Katanya.

"Terima kasih juga kepada para blogger yang berkampung di sini, melaporkan kepada dunia siber tentang kerakusan Barisan nasional merampas kuasa dari pakatan Rakyat" . Katanya.

Beliau juga menjelaskan UMNO yang mengapi-apikan semangat perkauman telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat telah melahirkan rakyat yang saling menghormati antara satu sama lain, katanya.

Ir. Nizar mengimbau selama ini beliau tidak jemu membaca ayat-ayat Al Quran yang mengajak kita untuk melaksanakan pelbagai prinsip keadilan dan sebagainya.

Disamping itu beliau melahirkan kekesalan dan rasa sedih kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang ingin membela mereka di tumbang dan dirampas.

"Saya yakin kita akan kembali" tegas Nizar.

Ir. Nizar menegaskan selagi DUN tidak dibubarkan, pelabur tidak akan percaya untuk melabur di Perak.

"Kita akan berhadapan dengan mereka, kita akan jumpa dengan mereka di Bukit Gantang, kita jadikan ini sebagai isu supaya sokongan bertambah bergantang-gantang kepada Pakatan Rakyat".

Mengulas antara kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan pakatan Rakyat di Perak iaitu kutipan cukai tertinggi yang tidak dicapai sebelum ini sebanyak RM 263 Juta pada akhir Disember lepas. "Oleh kerana mereka tahu apa bila mereka membayar cukai dan dikembalikan kepada rakyat ". Katanya.- DRS. KHALIL IDHAM LIM

petikan dariapda blog :
http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/02/
nizar-saya-yakin-kita-akan-kembali.html

Anak Pengerusi SPRM lagi jijik ....

Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."

"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik.

"Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini. - Greenboc (link)

Sabtu, 21 Februari 2009

BN/ UMNO jijik dan busuk ...UMNO parti perkauman...

Salam,

1. UMNO telah lama hidup mewah, dan apabila mereka merasakan kemewahan itu tidak berpihak kepada mereka maka mereka akan mencari apa jua kesalahan pemimpin PR untuk menghentam kerajaan PR yang sedia ada.

2. Rakyat bukan bodoh lagi, dan rakyat tidak akan percaya bulat2 dengan tomahan dan kata-kata nista pihak UMNO/ BN untuk menjatuhkan kerajaan PR.

3. Saya pun telah bersedia dengan parang dan barang2 keperluan asas di dalam rumah mahupun kereta. Persediaan awal itu penting.

4. Kita dapat lihat sendiri, UMNO memainkan isu perkauman sungguh maha dahsyat di malaysia ini. Sehingga mereka menidakkan kebebesan suara rakyat. UMNO ialah parti kafirun yang mementingkan bangsa melayu semata-mata. Kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan ISA kepada mereka ?

5. PR memahami kehendak perlembagaan malaysia dan oleh sebab demikian, saya tidak kisah jika negara ini di tadbir oleh semua kaum ada di malaysia, yang penting mereka mendapat majoriti di dalam membentuk kerajaan.

Khamis, 19 Februari 2009

UMNO menghapus kekebalan institusi beraja.

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993


Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya — iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.

11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan.Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.

13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.

14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara. Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.

15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.

16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja.Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.

17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.

18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971. Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja.Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.

19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.

20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.

21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.

23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja.Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.

25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.

27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar- benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.

29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal — satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri — `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.

33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitu- tional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi En- gland peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty can- not sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan
tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi.Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.

37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capac- ity`.

38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.

41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.

45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu.Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.

50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.

51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?

52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.

54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.

55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.

Tuan Yang di-Pertua,

56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik.Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.

57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda - (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: “(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,”.Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: “(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini - (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja”.

58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.

59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.

60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.

62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.

63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.

65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan Sistem
Beraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tuan Yang di-Pertua,

66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit- sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.

68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden- insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua,

71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.

Tuan Yang di-Pertua,

73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata.Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.

74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua,

75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.

77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.

78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau im- mune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang- undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

Tuan Yang di-Pertua,

80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan dari
takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.

81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja- Raja dan Sistem Beraja.

82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.

Tuan Yang di-Pertua,

83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud. Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.

84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja. Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?

85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang. Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.

86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.

87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira. Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud. Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira. Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud. Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.

88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.

89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.

Tuan Yang di-Pertua,

91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja. Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan. Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihat
Kerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan. Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik. Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum — iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah. Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.

93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.

94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya.Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan.Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.

95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja.Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.

96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda- tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.
Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993

petikan daripada : http://lailagmi.blogspot.com/2009/02/
tempat-jatuh-lagi-dikenang-inikan-pula.html
Saya juga masih ternanti-nanti sehingga kini bukti-bukti yang sahih, empirikal serta tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa berkerjasama dengan Umno lebih ringan mudaratya.

Saya juga tercari-cari sejauh manakah penerimaan kepada putar-belit bahawa Sultan terpaksa menjatuhkan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin kerana kononnya dia dilembukan oleh DAP dan memberi tanah tapak rumah sebanyak 3,000 ekar kepada orang-orang Cina (tiga ribu ekar). Saya tahu Sultan marah dengan tindakan itu. Ada rakan dari Kelantan yang memberitahu bahawa perkara itu dinyatakan oleh Sultan dalam pertemuan dengan seorang kepala NGO yang dicipta selepas Umno dan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi dan peluang mentekedarah duit dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu.

Semua orang tahu Umno sedang berusaha keras untuk merampas kembali Selangor dan Perak terutamanya. Semua orang tahu bahawa Selangor adalah jelapang duit bagi Umno.

Perak juga jelapang duit Umno. Parti itu kerugian besar apabila kalah dalam pilihan raya 8 Mac lalu dan hilanglah peluang buat duit. Mestilah marah apabila terkubur peluang buat duit dengan menggadai tanah-tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor serta dalam daerah Kinta dan Perak Tengah sedangkan perkara itu telah mereka janjikan kepada tauke-tauke untuk memuktamadkan penggadaian tersebut selepas pilihan raya 8 Mac tahun lalu.

Marah sangat sebab bagi 3,000 ekar tanah tapak rumah kepada Cina? Kalau marah sangat, kenapa tak sebak dan menangis apabila melayangnya entah berapa ribu ekar tanah kerajaan dan tanah rezab Melayu di Perak semasa zaman pemerintahan Umno Barisan Nasional sebelum 8 Mac 2008 lalu? Antaranya:

1. 22,000 ekar - Ya! dua puluh dua ribu ekar - tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung

2. 5,000 ekar di Beruas

3. 500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor

5. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin Umno kepada YTL. Ini tanah rezab melayu di Padang Rengas!

6. Dan, banyak lagi jumlah keluasan yang kecil di sana-sini di seluruh Perak.

Ketika kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional membuat pesta melelong tanah kerajaan dan tanah rezab Melayu tersebut, di mana air mata? Di mana budak-budak yang diupah semurah RM50 seorang untuk menunjuk perasaan? Itu bukan "mencuri hak tanah kepunyaan Melayu". Adakah Cina yang mencuri atau Umno yang mencuri?

Marah sangat sebab bagi 3,000 ekar tanah tapak rumah kepada Cina? Sila baca petika berita Utusan Malaysia yang berikut:
(Setiausaha Perhubungan Umno Perak, Datuk) Ramly (Zahari) berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah berusaha memastikan penduduk di 134 kampung baru di Perak memiliki suratan hak milik secara sah.

Katanya, usaha ini dilakukan sehingga sanggup memberi diskaun premium beberapa kali bagi penyambungan tempoh hak milik.

"Semasa BN dahulu kita telah berjaya mengeluarkan sebanyak 48,183 hak milik mukim dan 4,672 hak milik berdaftar.

"Kita percaya tidak sampai 10 peratus daripada jumlah lot kampung baru yang belum memiliki suratan hak milik. 10 peratus ini pun sebenarnya hanya tinggal di peringkat untuk membuat pendaftaran sahaja," katanya.
Sekurang-kurangnya sudah 90 peratus suratan hak milik yang sah diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional Umno kepada penduduk kampung baru di Perak. Kenapa istana tak gunakan isu itu sebagai alasan untuk menghambat Menteri Besar Perak ketika itu?

Come on la! Bukan semua orang boleh diperbodohkan seperti mereka yang telah berjaya diperbodohkan. Kulaan suruh takut dan taat perintah yang mana? Kalau di zaman Revolusi Islam Iran dahulu, Imam Khomeini quddisa sirruh mengarahkan para pendukung Revolusi Islam mencampakkan serban ulama jahat ke dalam longkang! Babi lebih mulia dari depa, itu aku kata!!

(Nota: Saya tak suka sakitkan hati Sultan Perak. Dia lebih tua dari saya dan Islam menyuruh saya supaya hormat yang tua dan kasih yang muda. Saya juga sentiasa menyanjungi dan mengenang jasanya menandatangani pindaan Perlembagaan 1993. Tapi, ada masanya saya tak mampu duduk diam macam lembu kenyang. Saya memohon maaf kepadanya dan sentiasa menghormatinya sebagai seorang yang lebih tua dari saya. Saya juga akan sentiasa menyanjungi jasanya menandatangani pindaan Perlembagaan itu.)

petikan daripada : blog sokong PR

NAJIB pembohong besar !!!

Sepertimana biasa Najib mencabar pihak pembangkang supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penyebaran gambar bogel Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Elizabeth Wong baru-baru ini.

Sambil menegaskan BN tidak terlibat sama sekali dalam insiden itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata pembangkang sewajarnya tidak menuduh sembarangan jika tidak mempunyai bukti, lapor Bernama.

Sama seperti kes terdahulu, Najib telah pernah membuat penafian beliau terbabit dengan laporan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi apabila diunjukkan foto Saiful bersama pegawainya yang berlatarbelakang pejabat TPM akhirnya Najib mengaku bahawa kehadiran Saiful pada 12 Februari lepas untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran.

Persoalan kini sampai bila Najib boleh menipu?

Sama seperti beberapa orang ADUN PKR yang "hilang" dan "ghaib" yang tiba-tiba muncul bersama beliau tatkala mengumumkan rampasan kuasa di Perak.

Najib yang tertekan akibat dari kekalahan demi kekalahan pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala terengganu setelah "bercakap besar" sewaktu berkempen perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan maruahnya dari terus menerima aib. Entah berapa juta peruntukan digunakan untuk tujuan itu hanya Allah saja yang tahu.

Tetapi malang bagi Najib, kali ini di Perak situasinya berbeza. Segala pekung terdedah. Hubungannya dengan pihak istana juga dibongkar habis-habisan oleh rakyat. Gambarnya dipijak-pijak oleh rakyat Perak. Itu baru bayangan yang dia sudah mula dihina di dunia. Malah ada yang menunggu ketibaan Najib di Perak dengan sepatu buruk.

Budaya "mafia" yang digunakan oleh Najib tidak mungkin bertahan lama. Kerosakan yang dibawa olehnya sebelum menduduki kerusi PM lagi sudah menunjukkan bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang jahat lagi tidak bermaruah.

Hukum alam akan berlaku juga, yang zalim akan pasti mendapat balasan.

Patah tangan kerana accident yang menimpa seorang timbalan menteri baru-baru ini sekalipun beliau tidak zalim pada zahirnya sepatutnya menyedarkan mata Najib bahawa nasib sedemikian boleh menimpanya apatah lagi kalau pada yang terang-terangan telah berlaku zalim. Doa orang yang terkena zalim terlalu makbul. Hukum Allah menetapkan pula jika tidak menerima hukuman di sini, di sana pasti perolehi jua.

Khir Toyo lindungi penzina.

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa mengamalkan sikap "cakap tidak serupa bikin" apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan penyebaran foto kurang sopannya.

Bekas menteri besar itu berpeluk tubuh apabila dimaklumkan tentang dakwaan skandal Senator Datin Paduka Norhayati Onn beberapa tahun lalu, kata suami pemimpin Wanita Umno itu, Mohd Suffian Abdul Aziz.

"Wajarkah Datuk Seri Khir meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?

"Saya sendiri pernah berjumpa Datuk Seri Khir di pejabat menteri besar, mengadu masalah (dakwaan) hubungan sulit saya dengan (bekas) ahli parlimen Gombak," kata Mohd Suffian.

Bekas ketua penerangan Umno Klang itu mengulas desakan ketua pembangkang Selangor itu selepas tersebar foto-foto Elizabeth yang dirakam tanpa kerelaannya dan sewaktu wakil rakyat PKR itu sedang tidur.

Mohd Suffian, yang menemui Malaysiakini hari ini, berkata Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya dan sebaliknya meminta beliau "menyelesaikan sendiri" isu rumahtangganya "sedangkan segala bukti termasuk rakaman suara, mesej SMS, video dan foto" diserahkan kepadanya.

"Tetapi tiada tindakan daripada Datuk Seri Khir. Bila timbul isu (foto) YB Elizabeth, dia (Dr Khir) bercakap," kata Mohd Suffian.

"Saya hairan kenapa kes Norhayati tidak disiasat walaupun sembilan laporan polis dibuat oleh saya? Bahkan Norhayati dilantik semula sebagai senator walaupun adalah masalah moral."

Jawatan Norhayati sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas walaupun kontroversi mengenai membuak sejak 2007.

Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno pada pemilihan parti bulan depan.

malaysiakini

petikan daripada :http://greenboc.blogspot.com/2009/02/
khir-toyo-cakap-tak-serupa-bikin.html

Kes Senator BN/UMNO wanita berkhalwat dengan AHLI PARLIMEN GOMBAK

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Biarpun telah menarik balik tuntutan fasakh cerai ke atas suaminya Mohd Suffian Abd Aziz sejak 11 September lalu, sehingga kini beliau belum kembali menjenguk anak-anak dan merujuk kepada suaminya.

Iklan

Demikian menurut sumber keluarga yang kecewa dengan sikap Senator Datin Paduka Norhayati Onn yang pernah menggemparkan negara dua tahun lalu berhubung isu gambar kontroversinya dan dakwaan khalwat bersama Ahli Parlimen Gombak Dato' Dr Rahman.

"Ramadan, ini tidak sekali pun dia datang menjenguk apatah lagi menelefon anak-anaknya bertanya khabar.

"Dia tarik balik tuntutan fasakh itu, bukan atas dasar mahu rujuk kembali ataupun sudah insaf, tetapi takut kisahnya dengan Ahli Parlimen Gombak itu terbongkar kerana nak jaga kerjaya politiknya dan nak jadi calon pilihan raya akan datang," dakwa sumber yang menghubungi Harakahdaily.net pagi tadi.

Norhayati tidak layak jadi pemimpin rakyat

Malah adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana Norhayati sanggup melupakan tanggungjawabnya terhadap anak-anak dan sudah tidak kembali kepada keluarga semenjak dua tahun lalu.

"Sedangkan jarak antara rumah Norhayati dengan rumah anak-anak yang tinggal bersama suaminya Suffian hanya kira-kira 5 minit sahaja, apalah salahnya singgah sekejap," kata sumber yang pernah mendengar luahan rasa kecewa ketiga-tiga anak Norhayati itu.

Selain anak-anaknya, bapa mertua Abdul Aziz Yusof, 85, dan ibu mertua Ramlah Rentah, 75, turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap menantunya yang sudah lupa diri sehingga membabitkan diri dengan perbuatan tidak bermoral malah sanggup menuduh suaminya sebagai tidak bertanggunjawab untuk menutup kes sebenar.

"Kami nak katakan, Norhayati tidak layak jadi pemimpin rakyat kerana dia melakukan perbuatan tidak senonoh dan telah mengabaikan keluarga termasuk anak-anaknya sendiri," kata mereka berdua.

Beberapa sumber memaklumkan, Norhayati (anak kepada Pengerusi Tetap Umno Malaysia Tan Sri Onn Ismail) menarik balik kes tersebut kerana tidak mahu rahsia salah-lakunya terbongkar memandangkan beliau tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kes mahkamah menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 kerana dikatakan akan bertanding di Pelabuhan Klang menggantikan Dato'Zakaria Deros pada pilihan raya umum akan datang tersebut.

Difahamkan bapa Norhayati, Tan Sri Onn Ismail sedang berada dalam keadaan yang uzur dan dipercayai akan digugurkan daripada memegang sebarang jawatan penting dalam parti memandangkan masalah kesihatan yang dihadapinya, kata sumber lagi.

"Seorang pemimpin tertinggi Umno memberitahu bahawa Norhayati tidak akan disenaraikan dalam pilihan raya akan datang kerana isu kontroversinya itu dan bapanya tidak akan diberi sebarang jawatan kerana masalah kesihatannya," katanya lagi

Sebelum ini, dilaporkan bahawa sudah ada beberapa bukti untuk mengaitkan Norhayati dengan kes salah-laku seperti 9 laporan polis dibuat semenjak Disember 2005 yang sehingga kini belum mempunyai perkembangan terkini dengan beberapa keping gambar berlainan lokasi hotel.

Ahli Parlimen BN buat hal lagi

Dalam pada itu setelah isu skandal tiga pemimpin Umno Selangor terbongkar, terbaru status perkahwinan seorang ahli parlimen BN yang pula diragui kerana dipercayai mengahwini pasangannya yang masih bergelar isteri orang sehingga kini.

Lebih mengejutkan mengundang persoalan kedudukan anak yang dilahirkan memandangkan tarikh perkahwinan dengan pasangannya itu di Thailand pada bulan Mac dengan kelahiran anak tersebut pada bulan Julai tahun yang sama hanya berjarak empat bulan sahaja.

Dalam satu salinan sepucuk surat bertarikh 5hb Disember 2006 seorang warga prihatin dan dipercayai ahli Umno kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan kebimbangannya jika perkara ini diketahui oleh pihak pembangkang untuk dijadikan isu.

"Kita tidak mahu dalam pilihan raya umum nanti pihak pembangkang yang beragama Islam mengambil kesempatan menemui bekas suami...untuk dijadikan bahan kempen yang boleh memalukan pemimpin Islam dan pemimpin Umno,"demikian luahannya dalam surat kepada Abdullah baru-baru ini. - mks. _

petikan daripada :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=
com_content&task=view&id=10155&Itemid=50

PM akui tidak mahu pilihanraya umum di Perak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

"Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk rakyat negeri Perak," kata Perdana Menteri.

Katanya, kedudukan kerajaan negeri juga boleh stabil, dan yang penting, apa yang diharapkan oleh rakyat akan dapat dilaksanakan, lapor Bernama.

Sehubungan itu, beliau menganggap tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar melarang Menteri Besar , Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri persidangan dewan itu selama 18 bulan sebagai membantah dan menentang keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Turut digantung daripada menghadiri sidang dewan ialah enam exco kerajaan negeri BN. Mereka digantung selama 12 bulan.

Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Perak bagaimanapun akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat dan mendakwa sebagai kerajaan yang sah.

"Speaker tidak boleh menghalang. Pelantikan MB dan exco diperkenan oleh Sultan dan (mereka) mengangkat sumpah di hadapan baginda. Mereka dilantik secara sah. Dakwa PM.

"Maka, bagi saya, tindakan speaker itu boleh disifatkan sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Bagi Kanak-kanak Gaza di kediamannya, Seri Perdana, di Putrajaya hari ini.

Abdullah menuduh tindakan speaker itu sebagai satu cara untuk mengguling kerajaan Barisan Nasional di Perak.

"Kita tahulah apa dia punya rancangan dan muslihat sebenarnya. Apabila dewan bersidang dan jika exco itu tidak boleh hadir, bermakna pihak BN tinggal 21 ahli, dan jika ada undi, mereka berharap kemenangan akan berpihak kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ia satu muslihat...tidak ada niat baik, cuma niatnya untuk menggulingkan kerajaan BN yang telah diwujudkan," katanya.

Abdullah menuduh tindakan Sivakumar itu tidak disenangi rakyat negeri Perak.

"Mereka tentu sekali tidak senang hati dengan apa yang berlaku sehingga ke peringkat ini. Dulu bila mereka (pembangkang) menang, kita beri jalan kepada mereka untuk memerintah. Apabila situasi telah berubah dan sokongan kepada BN telah melebihi, maka BN pula yang akan memerintah.Dakwa Pak Lah.

"Saya harap kerajaan tidak akan diganggu dengan permainan politik untuk apa jua niat dan tujuan mereka itu," katanya.

Kenyataan dan dakwaan dari Pendana Menteri itu dilihat berat sebelah tanpa dia menyedari atau sengaja menyembunyikan fakta sebenar bahawa BN lah yang memulakan tindakan yang melanggar undang-undang yang ada di Perak.

Tindakan yang disifatkan oleh banyak pihak termasuk oleh wartawan dari luar negara sebagai satu kudeta di Negeri Pewrak.

petikan daripada : http://idhamlim.blogspot.com/2009/02/pm
-dedah-bn-tidak-cadang-adakan-praya.html

Persoalan isu di Perak ...

MENGAPA DUN PERAK PERLU DIBUBARKAN?

Sebanyak 97 peratus rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka 'meraikan' demokrasi.

Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan, penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.

"Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi.

"Dun Perak sekarang ini dianggap sebagai telah 'mati'. Kedua-dua pihak mempunyai ruang dan juga tanggungjawab untuk mempertahankan apa keadaan sekalipun. Sebagaimana dilihat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan, maka sekaligus SPR menggunakan ruang pilihan raya ini untuk mengadakan pilihan raya di seluruh negeri Perak dengan andaian kedudukan Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Sementara itu beliau berkeyakinan kehadiran media baru yang dikenali sebagai 'kewartawanan sukarelawan' akan terus menjadi medium yang paling berpengaruh dan paling berpengaruh sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Selambau.

Jelasnya media tradisi seperti akhbar merupakan media yang sangat berpihak yang mana hanya bersifat satu sisi dan satu arah.

"Internet adalah media yang tidak berpihak berbanding akhbar. Jika Harakah ia akan melihat daripada sisi PAS, jika Suara KeADILan daripada sisi KeADILan, Utusan Malaysia dan Berita Harian akan melihat daripada sisi Barisan Nasional. Maka bagi rakyat tidak ada medium lain yang mempunyai pelbagai sisi dan tidak berpihak ialah media baru iaitu internet.

" Blog merupakan kewartawanan individu di mana mereka meluah perasaan individu sebagai ahli masyarakat bukan seperti sebuah akhbar yang mempunyai ramai pengarang. Jika ada 5,000 blog rakyat di Perak, mereka dapat membaca 5,000 blog daripada sisi orang Perak. Ini berbeza dengan media sekular yang satu arah," tegasnya.
Sehubungan itu beliau tidak meragui bahawa media baru ini akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu.

petikan daripada : http://addy89bagandatoh.blogspot.com/

UMNO cuba heret institusi raja lagi.

Bagaimana kerajaan negeri Perak akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran kalau Dewan Undangan Negeri tidak berani mengadakan sidangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh perlembagaan undang tubuh negeri?

Menurut peruntukan yang ada, Dewan Undangan Negeri hendaklah bersidang dalam tempoh setiap 6 bulan sekali.Untuk mengatasi kemelut ni semua, rakyat Perak mahukan satu pilihanraya baru diadakan. Serahkan kepada rakyat untuk menentukan.Kalau mereka mahukan Umno, silakanlah.Pakatan Rakyat dengan senang hati merelakannya.Tak usah buat kerja haram jadah macam ini!

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Datuk Ramly Zahary berkata , Sivakumar telah membuat satu keputusan di luar bidang kuasanya sebagai Speaker.

Apa yang menariknya ialah , beliau mengakui tentang langkah Sivakumar itu menepati kehendak undang-undang apabila berkata :

"Sivakumar tidak boleh melihat hanya daripada aspek perundangan sahaja tetapi perlu mengambil kira kesetiaan kepada sultan."

Begitulah perangai puak-puak Umno nih! Mereka cari jalan nak mengheret institusi Raja apabila teloq mereka tersepit!

Mereka sedang bercelaru dan kecamuk dan dapat dilihat melalui kenyataan bodoh mereka :

“Kerajaan Barisan Nasional di Perak sepakat mengatakan keputusan yang dibuat oleh Speaker Sivakumar tidak sah,”

Tetapi pelik pula bila mereka katakan pula begini :

“Mereka (MB dan Exco) boleh hadir mesyuarat DUN macam biasa tiada masalah. Umno dan kerajaan BN sedang meneliti apakah langkah dan kaedah yang boleh diambil untuk menafikan keputusan Speaker. Perkara tersebut akan turut dibincangkan dalam mesyuarat Umno Negeri dalam tempoh masa terdekat.

Lawak betullah depa tu! Isy nak gi siap-siap ke rumah MB - ada solah hajat malam ni...Aku nak minta Umno lingkup!

petikan daripada : http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/02/
umno-sedang-bercelaru-dan-buat.html

Aminuddin Baki - Pemikir PAS

SALAH satu nama yang diisytiharkan sebagai ahli PAS oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kalangan tokoh-tokoh pemikir bangsa Melayu selain Prof Tan Sri Ahmad Ibahim dan Prof Dr Ungku Omar Ahmad ialah Aminuddin Baki yang digelar sebagai “Bapa Pendidikan Malaysia”.

Walaupun beliau lebih terkenal kerana sumbangan besarnya dalam bidang pendidikan di negara ini, Aminuddin Baki ialah seorang ahli PAS pada akhir 1956 iaitu setelah pemimpin pujaannya, Dr Burhanuddin al-Helmy memimpin PAS. Dalam PAS, nama beliau tidak pernah menonjol kerana lebih selesa dengan strategi Dr Burhanuddin untuk meletakkan figur-figur PAS memegang jawatan utama kerajaan.

Aminuddin Baki selepas menyertai PAS, terlibat dalam penggubalan dasar pelajaran seperti Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Beliau telah memainkan peranan besar dalam memberikan kedudukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan juga peranan bahasa Melayu dalam pendidikan.

Kepada PAS sumbangan beliau disalurkan kepada ahli-ahli Parlimen seperti Dr Burhanuddin, Prof Zulkifli Mohamed, Hassan Adli dan lain-lain. Berdasarkan maklumat-maklumat beliau, wakil rakyat PAS dapat terlibat aktif dalam memperkatakan isu-isu pendidikan orang Melayu di Dewan Rakyat.

Aminuddin Baki juga sentiasa menyalurkan pemikiran-pemikiran beliau kepada PAS tentang politik negara sehingga wakil rakyat PAS dilihat berkualiti dalam memperkata isu semasa.

Aminuddin bin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di Chemor, Perak. Pada 1932, beliau memasuki Sekolah Melayu Chemor selama lima tahun sebelum menyambung pengajian di Sekolah Anderson, Ipoh antara 1936 hingga 1941.

Apabila perang meletus pada 1942, pelajaran beliau terganggu. Sepanjang pemerintahan Jepun, Aminuddin Baki telah berkhidmat sebagai jurubahasa di Mahkamah Ipoh kerana beliau fasih berbahasa Inggeris. Selepas perang berakhir, pada 1947 beliau telah melanjutkan pengajian di Raffles College, Singapura sehingga mendapat Diploma Sastera.

Pada 1949, beliau diterima masuk ke Universiti Malaya, Singapura untuk mengikuti kursus Sarjana Muda Sastera (BA) dalam bidang sejarah. Beliau berjaya mendapat ijazah kepujian pada 1951. Pada 1952, Aminuddin memenangi Queen Scholarship untuk membolehkannya menyambung pengajian peringkat sarjana di University of London dalam bidang Pedagogi Pendidikan dan lulus pada Julai 1953.

Latar belakang kehidupan beliau sebagai intelek muda Melayu pada zaman transisi ini telah membuka kecenderungan Aminuddin untuk membangunkan pendidikan bangsanya. Penglibatan beliau yang pertama di bidang pendidikan ialah sebagai guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu di Singapura antara 1949 hingga 1951.

Beliau kemudian berkhidmat sebagai guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusof, Batu Gajah sebelum bertugas di alma maternya, Sekolah Anderson pada 1952 tetapi hanya beberapa bulan sahaja kerana berhijrah ke London pada Julai 1952.

Setelah mendapat ijazah MA pada pertengahan 1953, beliau terus dilantik sebagai pensyarah di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Ketika di Tanjung Malim ini beliau telah memperkenalkan subjek Sejarah Islam kepada para pelajar walaupun subjek ini tiada dalam sukatan.

Pada 1955, Aminuddin Baki telah dipilih menganggotai Jawatankuasa Razak dalam mengkaji dasar pendidikan yang menghasilkan Laporan Razak. Laporan ini telah mencadangkan supaya SAR diberikan bantuan oleh kerajaan selain mewajibkan bahasa Melayu diajar di semua sekolah untuk tujuan integrasi nasional.

Ketika Jawatankuasa Rahman Talib dibentuk pada 1960, Aminuddin Baki dilantik sebagai Jawatankuasa Penasihat. Kerana kecemerlangan beliau, pada 1962, Aminuddin Baki telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Pelajaran Selangor dan pada tahun yang sama beliau dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran Malaysia iaitu satu jawatan yang setaraf dengan Ketua Pengarah Pelajaran hari ini.

Dalam masa yang sama beliau turut berkhidmat sebagai anggota Senat Universiti Malaya dan memberi sumbangan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Antara usaha penting Aminuddin Baki sebagai Ketua Penasihat Pelajaran adalah mengasaskan peperiksaan awam Malaysia bagi menggantikan peperiksaan Cambridge yang beraliran penjajah. Selain menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada 1963 untuk mengendalikan peperiksaan awam, beliau juga telah memperkenalkan Sijil Rendah Pelajaran (LCE), Sijil Pelajaran Malaysia (MCE) dan Sijil Tinggi Pelajaran (HSC) bagi menggantikan Junior Cambridge dan Senior Cambridge.

Selain itu juga, Aminuddin Baki turut terlibat aktif dalam aktiviti budaya dan bahasa Melayu termasuk pernah dipilih mewakili Tanah Melayu atas nama Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 1956 ke Persidangan Persuratan Melayu di Medan. Tetapi kerana halangan tertentu beliau digantikan oleh timbalannya, Ustaz Baharuddin Abdul Latif.

Dalam bidang kemasyarakatan, Aminuddin Baki juga sangat terkenal kerana aktif dalam gerakan pelajar. Kerana tertarik dengan penubuhan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu di Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur pada 1945, beliau telah menyertainya.

Pada 1946, ia bertukar menjadi Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu yang bersifat nasional dengan Aminuddin Baki sebagai setiausahanya.

Pada April 1946, Aminuddin Baki memubuhkan pula Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) yang berpusat di Perak. Apabila berhijrah ke Singapura pada 1947, beliau menyertai Persatuan Pelajar Islam Raffles College dan Medical College. Penubuhan Umno yang menggabungkan pertubuhan-pertubuhan Melayu telah memberi idea kepada beliau untuk mewujudkan gabungan 11 buah badan pelajar Melayu dan menubuhkan GPMS pada Ogos 1948. Aminuddin Baki merupakan Yang Dipertua-Pengasas GPMS. Beliau juga terlibat dalam Persatuan ar-Rahman dan Persatuan Sejarah Tanah Melayu.

Walaupun perjuangan Umno begitu popular ketika itu, sebagai pemimpin terpelajar, Aminuddin Baki lebih cenderung kepada perjuangan politik antipenjajah Dr Burhanuddin yang membawanya menjadi penyokong PKMM dan menganggotai API bersama Ustaz Baharuddin Latif, Ustaz Othman Hamzah dan lain-lain.

Apabila Dr Burhanuddin menyertai PAS, Aminuddin Baki memilih untuk menjadi ahli PAS tetapi tidak aktif di barisan hadapan, sebaliknya menjadi pemikir PAS di belakang tabir.

Walau bagaimanapun, usia perjuangan Aminuddin Baki tidak panjang kepada pada 25 Disember 1965, beliau mengalami serangan jantung yang membawanya menemui Ilahi selepas solat ketika baru berusia 39 tahun.

Kerana jasanya yang besar, banyak institusi pendidikan di negara ini mengabadikan namanya termasuk Institut Aminuddin Baki, Kolej Aminuddin Baki di UKM dan UPSI, Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Yayasan Aminuddin Baki, Aminuddin Baki Center for Global Studies UPSI dan lain-lain.- tajdid

petikan daripada : http://dppwp.wordpress.com/2009/02/19/
aminuddin-baki-tokoh-pendidik-dan-pemikir-pas/

Speaker ada kuasa gantung MB Perak

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Sungguhpun Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.

Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.

“Speaker ialah ketua Dewan…pada asasnya,” katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum

“Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel,” katanya dalam sebuah laman web.

Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap ‘tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya’.

“Kali ini giliran BN pula merasa,” katanya.

Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab ‘posisi kabur kerajaan Zambry.’

Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker. -azm/mks.

petikan daripada : http://dppwp.wordpress.com/2009/02/19/
speaker-ada-kuasa-gantung-mb-enam-exco-dr-aziz-bari/

YB Elizabeth Wong letak jawatan dan tetap letak jawatan.

Malaysiakini - Elizabeth Wong hari ini menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan exco kerajaan negeri dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan.

“Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya - sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti. Saya berharap mereka dapat memahami kesukaran yang sedang saya hadapi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa komitmennya terhadap perjuangan PKR tidak pernah luntur.

“Saya akan kekal sebagai ahli parti dan meneruskan perjuangan bersama parti ke arah sebuah masyarakat yang adil,” katanya.

Elizabeth membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam 15 Februari lalu, mengenai penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Dengan kenyataan terbaru Elizabeth hari ini, maka ia bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Bukit Lanjan.

Pada 7 April depan, pilihanraya kecil akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah.

Kerusi Bukit Gantang kosong selepas penyandangnya, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Februari lalu, manakala kerusi Bukit Selambau kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, V Arumugam dari PKR pada awal bulan ini.

Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini tidak menolak kemungkinan - jika berlaku kekosongan di DUN Bukit Lanjan - pilihanraya kecil di situ akan diadakan serentak pada 7 April.

Menurut kenyataannya hari ini, Elizabeth berkata beliau telah berlepas keluar negeri untuk bercuti.

Menurutnya, walaupun beliau telah menawarkan untuk meletak jawatan exco dan Adun, namun pihak media dan laman-lamanweb masih terus menceroboh kehidupan peribadi dan privasinya.

“Saya telah dimaklumkan oleh beberapa pihak media bahawa mereka akan terus menyiar berita-berita yang lebih sensasi mengenai kehidupan peribadi saya.

“Saya juga telah diberitahu bahawa terdapat satu serangan baru, dengan lebih banyak foto dan video diedarkan untuk memalu dan memusnahkan saya.

“Ini adalah satu episod yang paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah merasa begitu keseorangan, terdedah pada serangan dan begitu hina. Saya perlu berihat dan mencari ketenangan jiwa dari semua yang berlaku terhadap saya,” katanya.

Menurut Elizabeth lagi, beliau amat menghargai sokongan semua pihak, terutama para pengundinya, golongan wanita khususnya dan rakan-rakan seperjuangan dalam parti.

“Perkataan tidak cukup untuk mengungkap penghargaan saya terhadap kebaikan hati anda semua,” tambahnya.

Dalam kenyataan itu juga, Elizabeth berkata negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.

“Kadar pengangguran semakin meningkat, manakala rasuah masih berleluasa. Saya berharap perbincangan umum hendaklah tertumpu kepada isu-isu penting ini, dan bukannya menganalisa kehidupan peribadi saya. Prinsip saya tetap kekal.

“Saya tidak akan menjawab sebarang soalan mengenai kehidupan peribadi saya,” katanya.

Sehubungan itu, Elizabeth berkata kehidupan peribadinya bukan untuk tatapan awam kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang atau menyusahkan sesiapapun.

Beliau juga merayu kepada pihak media serta penyokongnya supaya membiarkan beliau mendapatkan ketenangan jiwa.

“Saya meminta pihak media supaya jangan menganggu saya, anggota keluarga saya dan rakan-rakan saya. Janganlah terus menerus memalukan saya dan keluarga saya, supaya kami juga berpeluang hidup seperti rakyat biasa yang lain,” katanya.

petikan daripada : laman web dewan pemuda PAS.

BN gunakan unsur jahat kepada ADUN Bukit Lanjan.

Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.

Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.

Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.

Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.

Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihan raya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberikan saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.

Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.

petikan daripada : http://dppwp.wordpress.com/2009/02/16/
elizabeth-wong-jawab-isu-penyebaran-foto-bogel-beliau/

UMNO rampas kuasa raja-raja.

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemimpin Umno telah mengambil kuasa mutlak daripada Raja-raja untuk menyalah guna kuasa serta mencelarukan negara.

“Apa yang berlaku di Perak, kita tidak mahu bertempur dengan raja, kita mendukung raja berperlembagaan yang sebenarnya. Tetapi apa yang berlaku, pemimpin umno mengambil kuasa mutlak dari raja-raja,”beliau berkata demikian sewaktu menjawab kenyataan Tahuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mencelah ucapannya sewaktu membawa usul menjunjung kasih titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, dalam pertanyaan yang sama Tajuddin meminta Abdul Hadi menjelaskan soal kezaliman yang ditunjukkan oleh kerajaan.

“Di manakah yang menunjukkan keadaan bersikap tidak adil dan di manakah yang dilaungkan sebagai kezaliman. Jika terdapat kes-kes tertentu bukan menunjukkan kezaliman. Mungkin terdapat kepincangan dari segi pelaksanaan dan pentadbiran.

“Saya dapati kontra apa yang dinyatakan YB Marang dengan apa yang dipraktikkan pimpinan PAS. Saya ingin bertanya jika atas dasar tidak asabiyyah dan tidak fanatik, bolehkah YB mengutuk dan tidak merestui apa yang dilakukan oleh pengikut PAS di Istana Kuala Kangsar tempoh hari,” kata Tajuddin.

Sementara itu, Abdul Hadi menjelaskan terdapat persepsi terhadap makna keadilan dan kezaliman.

“Tanggapan orang kampung apabila dipukul dan dibelasah maknanya zalim. Tidak meletakkan pada yang sewajarnya maknanya juga zalim. Kita melihat langkah-langkah yang diambil terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam mengagihkan pelaburan dan ada kempen tidak menggalakkan pelabur ke negeri-negeri selain di bawah BN.

“Kita sebagai sebuah negara yang mengamal federalisma yang mengiktiraf negeri-negeri yang dipilih rakyat kerajaan tertentu. Dalam hal tertentu, sebagai contoh di Terengganu sewaktu kita memerintah, dirampasnya royalti petroleum. Walaupun ada perjanjian. Kami tidak lupa peristiwa ini. Begitu juga dengan apa yang telah disebut oleh YB Kinabatangan. Di Sabah masih tidak terdapat pembangunan walaupun sudah merdeka lebih 50 tahun dan kemiskinan belum lagi diatasi. Ini termasuk dalam kezaliman,” tegas Abdul Hadi.

Jelas Abdul Hadi dalam menghadapi krisis ekonomi, satu pembelaan yang sewajarnya harus diberikan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja.

Beliau memberi contoh, sebuah negara komunis yang zalim turut menyediakan peruntukan untuk memberi bantuan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Dalam isu ini katanya, amalan tersebut perlu dijadikan contoh oleh kerajaan.

Abdul Hadi juga menegaskan, beliau tidak menyanggah titah Yang DiPertuan Agung yang mana titah tersebut menggambarkan perpaduan yang makin rapuh yang perlu ditegakkan.

“Dalam membina perpaduan rakyat, kita mesti membina modal insan. Untuk membina modal insan kita harus membinanya dengan akhlak. Dan ilmu adalah asas untuk membangun manusia yang menjadi masyakat madani dan bertamadun.

“Jika kita lihat ramai anak muda berada di pusat serenti, ini menunjukan modal insan kita dalam keadaan bercelaru. Sebab itu kita mesti mengilmukan rakyat,”katanya.

Sehubungan itu dalam ucapannya Abdul Hadi menekankan pentingnya ilmu diajar dalam bahasa ibunda.

“Tidak salah kita mendalami bahasa asing. Tetapi untuk mengilmukan rakyat sebanyak-banyaknya haruslah dengan bahasa ibunda. Kita sendiri telah menonjolkan slogan ‘bahasa jiwa bangsa’. Apabila kita membuang bahasa kita, kita menghilangkan jiwa bangsa kita.

“Kita telah menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mengilmukan rakyat. Pada masa yang sama, kita menerima bahasa ibunda yang digunakan oleh bangsa-bangsa di Malaysia ini,”katanya. - mks.

petikan daripada :

http://dppwp.wordpress.com/2009/02/19/
umno-rampas-kuasa-raja-raja-huru-harakan-negara/

MB Selangor saman Khir Toyo (Penyapu)

Malaysiakini : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid bulan lalu berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Kedua-dua saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada jam 11.57 pagi melalui firma guaman S N Nair & Partners.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir telah mengucapkan atau membuat dua kenyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di dalam suratkhabar The New Straits Times bertajuk “Lexus is my own, says Khalid” pada 15 Januari lalu dan di dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertajuk “Lepaskan Jawatan MB” pada 23 Januari lalu.

khalid ibrahim on klang bas terminal 090109 03Menteri Besar itu mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam, lapor Bernama.

Abdul Khalid mendakwa tindakan Dr Mohamad Khir itu antara lain didorong oleh niat jahat untuk mencetuskan kebencian dan kemarahan terhadap beliau serta merendahkan taraf beliau pada pandangan umum.

Ia juga berniat untuk memperkecilkan beliau dalam kapasiti persendirian dan rasmi, termasuk kapasiti beliau sebagai Menteri Besar, anggota Parlimen Bandar Tun Razak dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Ijok, dakwanya.

Dr Mohamad Khir juga didakwa telah secara salah menerima dan menunjukkan dokumen rasmi rahsia berkaitan dengan andaian salah laku dalam hal ‘lembu korban’ tanpa mengesahkan ketepatan fakta yang berkaitan dan seterusnya membuat tuduhan palsu.

khir toyo interview 121207 seriousSeterusnya Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir juga enggan meminta maaf walaupun satu surat tuntutan untuk beliau memohon maaf telah dihantar kepadanya pada 3 Februari lalu.

Justeru, Menteri Besar itu memohon gantirugi pampasan, gantirugi teruk, gantirugi teladan dan perintah injunksi bagi menghalang Dr Mohamad Khir daripada terus melafazkan, bercakap atau menulis atau menerbitkan kenyataan terbabit yang didakwa memfitnah beliau.

Sementara itu, S.N. Nair ketika ditemui pemberita selepas memfailkan saman itu berkata Menteri Besar bertindak memfailkan kedua-dua saman itu setelah Dr Mohamad Khir enggan meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau walaupun telah diberi tempoh selama tujuh hari untuk berbuat demikian.

“Jumlah gantirugi kita tidak nyatakan, terpulang kepada mahkamah untuk tentukan. Apa yang penting buat Tan Sri (Abdul Khalid) ialah untuk membersihkan namanya kerana jelas sekali semua dakwaan terbabit tidak benar dan kenyataan terbabit juga dibuat tanpa dipastikan kebenarannya terlebih dahulu,” katanya.

petikan daripada : http://dppwp.wordpress.com/2009/
02/19/mb-sgor-saman-khir-toyo/