“Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan dan kerugian,”.
Itulah pendirian Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin setelah menerima notis Parti Keadilan Rakyat (PKR) memintanya memberi tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya dalam isu bantahan forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.
Sekadar catatan, Zulkifli adalah Ahli Parlimen yang bertanding menggunakan lambang PKR tetapi daripada segi keanggotaan parti, beliau adalah ahli PAS.
Tindakan beliau mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos selain dipertikai pucuk pimpinan PKR turut dikritik sekutu parti itu, DAP.
Menerusi blognya, Zulkifli berkata, kesalahan yang beliau didakwa lakukan adalah kerana menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" yang jelas menghina Islam dan institusi Islam yang dianjurkan secara terbuka oleh Majlis Peguam walaupun bantahan jelas dibuat oleh umat Islam dari pelbagai lapisan dan latar belakang.
“Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak.
“Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept,” katanya lagi.
Menurut Zulkifli, biarlah beliau rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi.
Beliau yang akan berdepan dengan Jawatankuasa PKR seperti dijadualkan pada 9 September nanti yakin yang hak tetap akan dilindungi Allah.
petikan daripada : http://www.agendadaily.com/
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
4 ulasan:
salam...
mcm mana dgn cerita datok ahmad ismail?? dia pun kire pengkhianat BN, btol?? apa tindakan?? kita same2 tak tahu setakat buang keahlian umno?? tu je? klu org2 lain atau PR yg cakap mcm tu apa ko agak tindkan yg akan dikenakan?? sudah semestinyer ISA kan?? adil ke ko rase?? mcm mana lah ko boleh sokong UMNO pelik pelik?? ko tak rase ganjil ke?? klu aku l;ah yg koyak kan gambar tan rsi koh ksu koon tu mesti aku skang dalam tahanan ISA tak kire lah aku ni ahli PR atau tak menyertai mana2 parti politik mesti aku dah dalam tahanan ISA, tapi klu aku ahli UMNO dan ade kad keahlian, aku boleh masuk tv lagi buat kenyataan, siap bole tunggu MT UMNO buat keputusan, apa kerja polis?? polis boleh tunggu keputusan MT UMNO plak!! pelik2 malaysia ku kini.. ko taleh pikir ke? aku tgk profile ko belajar lah tinggi jugak akn, takdelah tahap SPM je.. tak kan ko tajkleh pikir kot.. namapak sgt kuasa UMNO lagi besar klu nak bandingkan dgn kuasa undang2 dalam malaysia ni.. ni ke embela nasib melayu?? hanya mementingkan kroni nyer sahaja, tak mcm PKR tak hipokrit klu ambik tindakan trus amik tindakan, ni tak nak buat meeting lah buat itulah jmpa org ni lah org itulah...
last2 apa tindakan pak lah, 'kita lucut kan keahlian dia selama lamanyer..' tu je yg pak lah cakap. tak gerun langsung org lain nak buat.. janji poket dia penuh, walhal BN melaungkan yg parti dia lah berbilang kaum tak mengenal bangsa agama, last siap koyak2 kan gambar org.. wahai PEMILIK BLOG 'SESUATU TENTANG ORANG MELAYU' AWAK FIKIR2 KAN LAH YER... SIAPA YG MAINKAN ISU PERKAUMAN NI?? UMNO ATAU PKR?? SIAPA YG BOLEH MENYEBABKAN NEGARA KITA HURU HARA?? BN KE PKR?? SIAPA YG MENUMPANG DALAM DUNIA INI?? MELAYU KE INDIA KE CINA?? KITA SEMUA MAKHLUK ALLAH, BTOL KAN?? KITA SEMUA MENUMPANG DALAM DUNIA NI?? BTOL KE MALAYSIA NI MELAYU PUNYER?? ADE KE DALAM AL-QURAN?? ADE KE DALAM HADIS?? CUBE SAUDARA FIKIR2 KAN LAH, KITA SEMUA SAMA JE APABILA DI AKHIRAT NANTI... SEMOGA ALLAH MEMBUKA KAN PINTU HATI SAUDARA SUPAYA BERFIKIR SECARA WARAS...
AMIN...
Memang benar apa yang awak katakan itu, tetapi bagi saya tidak perlu kita menggunakan ISA untuk menghukum kesalahan seseorang itu. Saya memang tidak bersetuju jika menggunakan ISA untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.Pihak polis tidak mahu mengambil tindakan ialah kerana mereka tidak mahu ketenteraman yang ada akan menjadi lebih keruh lagi.
saya akui memang UMNO memainkan isu perkauman ini tetapi apa yang dikatakan oleh Dato Ahmad Ismail itu benar.Saya kira anda mempunyai masalah tekanan perasaan yang amat sangat, iaitu terlalu terdesak ingin melihat pemimpin pujaan anda menjadi PM. Kita perlu bersabar jika ingin kan sesuatu. Saya tidak menafikan hak pemimpin PR tetapi jangan kita mewujudkan suasana tidak tenteram di dalam negara kita.
UMNO/BN parti yang memerintah maka mereka mempunyai kuasa untuk menentukan sesuatu. UMNO ada lembaga disiplin maka perlu dirujuk dahulu. Saya rasa jika PR memerintah pun PR akan menggunakan kuasa yang ada untuk menghapuskan segala sistem yang akan menetang mereka(PR) terutamanya ISA...
maka perkara ini tidak menjadi kehairanan.
salam...
semangat saya tgk penulis blog ni menjawab pertayaan saya.. bgs2...
"saya akui memang UMNO memainkan isu perkauman ini tetapi apa yang dikatakan oleh Dato Ahmad Ismail itu benar."... saudara sendiri yg mengatakan bahawa UMNO sendiri yg bermain dgn isu perkauman jadi mengapa saudara mengatakan "Pihak polis tidak mahu mengambil tindakan ialah kerana mereka tidak mahu ketenteraman yang ada akan menjadi lebih keruh lagi."...
nampak sgt UMNO meletak kan undang2 di bawah pemerintahan atasan, btol tak?? sekiranya ina terjadi pada rakyat biasa yg menyokong pembangkang khusus nye adakan anda rase polis akan membiarkan sahaja?? jadi tak perlu pemimpin2 umno melaungkan yg parti umno memperjuang kan demokrasi?? adakah saudara tahu makna demokrasi secara am nye??
mungkin saya tidak lah sepandai pemimpin2 umno tapi saya tidak sebodoh org yg berada dalam umno, saya tak nafikan yg umno memperjuang kan bangsa melayu, tapi tu dulu bkn sekarang yg lebih mementingkan kroni2 nyer sahaja...
saya bkn lah org yg tak sabar, saudara jgn tersalah anggap.. saya dan rakan2 yg lain tak pernah nak mewujudkan rase tak selamat di malaysia, tanah tumpah darah lah katakan.. saya nak tya saudara siapakah yg cube mewujudkan suasana huru hara?? saya atau ahmad ismail??? saudara sendiri dah mengakui bahawa UMNO yg memain kan isu perkauman, saya rase sudara dah membuka pekung di dada saudara sendiri, saudara sendiri yg menulis begitu.. jadi saudara fikir2 kan lah org2 yg taksud dgn UMNO ATAU org2 PR???
saudara dah terjerat diri sendiri sebenanyer bkn saya, malah apa yg saudara tulis menggambarkan UMNO cube mewujud kan suasana perkauman, apalah salah nyer jika MT umno menyuruh ahmad ismail meminta maaf, bukan kah maaf bermaafan itu amalan islam, tak salah memeinta maaf, tak jatuh maruah melayu jika ahmad ismail meminta maaf pada kaum cina, susah sgt ke?? jika di lihat pada profil sadara penulis berglar 'haji' jadi pa pendapat saudara?? kita umat islam terkenal dgn sifat bertolak ansur.. zaman nabi pun terdapat puak2 yg berlainan, tapi masih mengamal kan sikap toleransi..
kita jadi kan amalan.. tak salah jika ahmad ismail meminta maaf, tak luak org melayu malah akan di pandang tinggi oleh kaum lain,
saudara fikir fikirkan lah..
salam...
puas sya menunggu jawapan saudara tentang hal yg kita bincng kan, ntah lah seumpama saudara diam membisu sahaja...
ke tgh memikiran jawapan yg sesuai... same lah kita berdoa agar ISA di mansuh kan...
Catat Ulasan