Ahad, 25 Januari 2009

Inilah wajah sebenar orang gila talak ( Dr Khir Toyo).

23 JAN 2009 PKNS MENJELASKAN PENGAGIHAN LEMBU KORBAN BANDAR TUN RAZAK

Friday, 23 January 2009 | Ruangan: Kenyataan Media

PETALING JAYA - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menaja 390 ekor lembu korban yang diagihkan kepada surau dan masjid di seluruh negeri selangor sempena sambutan hari raya haji yang lepas. Dalam menguruskan penajaan lembu korban untuk negeri Selangor, beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah berminat untuk menjalankan tanggungjawab sosial dan telah bersetuju untuk menderma lembu korban di kawasan Bandar Tun Razak.

PKNS sangat prihatin kepada segala laporan dan kenyataan berhubung derma lembu korban kepada masjid, surau dan madrasah di kawasan Bandar Tun Razak. Ingin dijelaskan bahawa keputusan untuk menderma 46 ekor lembu korban kepada 46 masjid, surau dan madrasah di Bandar Tun Razak dibuat selepas satu perbincangan di peringkat kumpulan pengurusan PKNS dan beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah bersetuju untuk menyertai pembayaran program ini.

Bayaran sebanyak RM110,400 untuk 46 ekor lembu korban yang didermakan telah diuruskan oleh Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) yang kemudiannya membahagikan bayaran itu kepada enam (6) syarikat yang telah menyatakan persetujuan mereka untuk menderma.

Syarikat-syarikat yang menderma adalah:

1. Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) (5 ekor bernilai RM12,000)
2. Selaman Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
3. Damansara Impian Sdn Bhd (6 ekor bernilai RM14,400)
4. Pembinaan K.K.Wong Sdn Bhd melalui Sunway Damansara Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
5. PKNS Infra Berhad (5 ekor bernilai RM12,000.00)
6. Must Ehsan Development Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
7. PKNS Engineering & Construction Berhad (5 ekor bernilai RM12,000)

Pihak PKNS hanya memaklumkan kepada Dato’ Menteri Besar Selangor tentang derma lembu korban ini setelah semua perancangan telah diatur. PKNS ingin menjelaskan bahawa pihak Dato’ Menteri Besar Selangor atau pegawainya tidak pernah menghubungi PKNS ataupun SIC Berhad berkenaan pendermaan lembu korban ke kawasan Bandar Tun Razak. Dato’ Menteri Besar Selangor juga tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen untuk mengarahkan Selangor Industrial Corporation Bhd (SIC) membuat pembayaran. PKNS juga ingin menjelaskan Dato’ Menteri Besar Selangor bukanlah pengerusi SIC Berhad seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Sebaliknya, Datin Paduka Low Siew Moi selaku merangkap pengurus besar PKNS, adalah pengerusi SIC Berhad.

Adalah diharapkan kenyataan ini akan melenyapkan segala kekeliruan yang telah timbul berkaitan dengan isu ini.

MOHD. WAZIR BIN ABDUL GANI
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR


petikan daripada : http://www.selangorkini.com.my/en/

Tiada ulasan: