Khamis, 5 Februari 2009

UMNO / BN merestui lompat parti

Rencana ini ditulis pada Khamis, 2009 Februari 05, jam 12.23 pm.
Penulis Blog: Lintang
Sumber: http://lintangsepukang.blogspot.com/2009/02/lompat-parti-sudah-bermula-strategi.html

Inilah yang dikatakan politik baru yang diperkenalkan oleh Anwar. Saya merasakan keputusan di Perak akan berpihak kepada BN. Dan secara jujurnya, saya memang mahu lihat Perak ditadbir dengan ramai EXCO dari kalangan orang-orang Melayu tetapi bukanlah seperti dengan apa yang Barisan Nasional lakukan ini.

Itu satu hal yang lain, sebenarnya isu di Perak ini bukannya hendak sudah sampai ke penghujungnya... Tetapi jika diikutkan, ianya sudah di uar-uarkan akan berlaku ketika pilihanraya umum Mac tahun lalu lagi. Dan sekarang hanya tinggal 1 bulan sahaja lagi benda yang disebut sebagai 'peralihan kuasa' yang dikatakan akan berlaku di dalam UMNO yang melibatkan Najib akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Mengapa UMNO yang suatu ketika dahulu mengatakan tindakan lompat parti ini ialah satu perkara yang tidak beretika dan melanggar hak demokrasi. Nah, lihatlah sekarang siapa yang mulakannya dahulu? Dan apabila berlakunya begini, maka akan ramailah mulai merestui tindakan wakil rakyat untuk melompat parti.

Dan Najib juga mulai suka dengan sistem yang baru diperkenalkan ini. Mungkin dia akan terasa nak berkata macam ni ("best juga ye mcm ni, lepas ni try negeri lain la pulak", kata Najib)

Dan apabila masuk bulan Mac nanti, kita akan lihat lebih ramai penghijrahan wakil-wakil rakyat untuk terus melompat ke sana atau ke sini. Tetapi kali ini mungkin tidak lagi hanya melibatkan kerusi Dun sahaja, tetapi ianya mungkin terus dilakukan oleh sebahagian besar Ahli Parlimen.

Jika MP BN yang melompat ke PR sepertimana yang dikatakan Anwar benar-benar berlaku, maka BN pimpinan Najib Tun Razak sudah semestinya akan tiba-tiba berasa terpinga-pinga kerana tindakan ini sudahpun mereka halalkan. Jadi mereka tidak akan berani lagi menentangnya.

Maka ketika itu, nama Anwar Ibrahim akan kembali bergema disulami dengan laungan reformasi dan suara-suara takbir berkumdang. Yakinlah, Allah sentiasa di pihak yang benar...

Tiada ulasan: