Kita sedia maklum keadaan ekonomi sekarang tidak menentu, tetapi masih ada pemimpin cuba melawan arus dengan menunjuk-nunjuk kemewahan kerajaan negeri mereka. Lihat isu Negeri Terengganu membeli kereta Mercedes bernilai RM3.4 Juta untuk kegunaan rasmi. Ini bukan masa yang sesuai untuk pembelian tersebut. Walaupun niatnya baik iaitu untuk mengurangkan kos penyelenggaraan kerana katanya, kereta nasianal (Proton Executive V6) yang agak mahal tetapi Kerajaan Negeri Terengganu seolah-olah tidak faham dengan sensitiviti keadaan ekonomi semasa. Bagaimana pula dengan petrol yang akan diisi kelak? Banyak yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri dengan wang sebanyak itu, seperti menaiktaraf keadaan ekonomi masyarakat kampung dan sebagainya. MB Terengganu masih lagi tidak pandai menghormati kerajaan pusat dan ketua negara dengan melakukan pembelian kereta mewah tersebut. Saya berharap MB Terengganu menyiasat pembinaan Masjid Kristal (lebih membazir) di Terengganu daripada membazirkan wang rakyat dengan membeli benda-benda yang tidak berfaedah. Ingat lah Allah beri kita kuasa buat sementara sahaja maka gunakanlah sebaik mungkin. Berbanggalah dengan barangan buatan kita. Jika kita rasa mahal sepatutnya kita tanya kepada Proton. Untuk makluman kita ada beberapa syarikat yang dimiliki oleh Malaysia iaitu Perodua dan Perodua ada menghasilakan kereta untuk kegunaan lasak, kenapa tak beli kereta tersebut ??? Jangan lah kita aibkan negara kita dengan perkara-perkara seperti ini. Harap MB Terengganu Insaf dengan perbuatan beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan