Pandang Hadapan Bukannya Belakang...
Baru-baru ini saya ada membaca di blog Dato' Seri Dr Khir Toyo berkenaan muzakarah yang akan diadakan di antara PAS dan UMNO(rujuk blog Dato' Seri), apa yang membuatkan saya bertanya pada diri saya sendiri, Kenapa baru sekarang Dato' Seri Dr Khir Toyo nampak muzakarah ini penting dan bukannya semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar Selangor selama dua penggal? jawapannya mudah, ini kerana Dato' Seri Dr Khir Toyo sekarang berada di bawah dan beliau dapat melihat dengan lebih jelas kepincangan orang melayu, dan apabila kelemahan demi kelemahan ditonjolkan oleh pentadbiran sekarang(PAS, PKR dan DAP) maka dengan itu beliau ingin membantu dengan pengalaman dan keupayaan beliau sebagai Bekas Menteri Besar Selangor. Sepatutnya kerajaan Pakatan Rakyat sekarang menggunakan peluang yang ada dengan memajukan orang melayu dan bukannya mencari gali keburukan dan kelemahan pentadbiran kerajaan sebelum ini untuk tatapan dan pengetahuan umum. Memang benar yang Dato' Seri Dr Khir Toyo katakan, kita mestilah pandang ke hadapan bukannya memandang kebelakang. Tetapi yang saya lihat sekarang ini kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor lebih gemar melihat kebelakang dan bukannya untuk maju kehadapan. Saya harap kerajaan Pakatan Rakyat dapat menggunakan masa yang Tuhan berikan ini unutk dimanfaatkan kepada semua rakyat...TIADA HARI ESOK BUATMU JIKA KAMU KECEWAKAN KAMI...SATU UNDI MERUBAH SEGALANYA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan