Muzakarah Demi Kebaikan Agama Islam Bangsa Melayu
Baru-baru ini heboh didalam media tentang muzakah/muqabalah antara PAS dan UMNO, saya sebagai generasi muda menyokong penuh usaha ini. Zaman telah berubah yang berlalu biarkan ia berlalu jika dengar cakap-cakap warung kopi dan kantin-kantin sektor awam dan swasta bahawa UMNO cuba meneguk di air yang keruh maka mereka telah silap. Pemimpin yang ada sekarang bukan pemimpin zaman dulu yang penuh dendam kesumat, pemimpin yang ada sekarang pemimpin yang berani dan lantang bersuara serta berkualiti, maka tidak hairanlah jika tekanan demi tekanan dikenakan kepada kerajaan pusat oleh pihak pembangkang untuk meneraju/ memerintah kerajaan telah mendapat cacian dan makian kerana menyusahkan rakyat ( merujuk kepada perhimpunan haram). Mungkin UMNO telah sedar siapa MUSUH dan siapa KAWAN. Maka musuh tentulah orang yang mahu menjatuhkan UMNO iaitu orang yang masih berdendam dengan kerajaan kerana kisah lama. Oleh yang demikian, sebelum negara ini di hancurkan oleh seorang yang berfikiran Islam Liberal yang sanggup mengadai maruah agama dan bangsa kita, maka UMNO cuba untuk menyelamatkannya dengan di ajak berbincang dengan PAS yang majoritinya kaum MELAYU. Saya selalu berdoa agar TUAN GURU NIK AZIZ, DR MAHATHIR, PAK LAH, NAJIB DAN ANWAR duduk semeja(ketepikan sementara kepentingan parti) dan berbincanglah sebaik mungkin demi kepentingan Islam dan rakyat di negara ini. Ingatlah apabila kita orang Islam merapatkan SAF/BARISAN maka orang kafir akan takut kepada kita. FIKIR-FIKIR KAN LAH ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan