Pengukur Kejayaan Sesebuah Organisasi...
Apa yang ingin saya ketengahkan ialah jika sesebuah orgasnisasi itu ingin maju atau pun di pandang tinggi maka ahli didalam sesebuah organisasi itu perlulah seorang yang berpendidikan tinggi dalam erti kata lain mestilah seorang yang professional. Maka hendaklah jika kita memilih pemimpin ataupun ketua perlulah mempunyai pendidikan yang tinggi, berpengaruh, berkarisma, berbakat mampu serta tahu melakukan kerja yang di amanahkan dengan cekap dan bertanggungjawab. Di sarankan agar selepas ini pemilihan seseorang pemimpin itu dilihat dari sudut yang berbeza dan bukannya "kipas cap udang"... Apa yang saya lihat Pakatan Rakyat mempunyai semuanya pada pemimpin dari segi pendidikan dan ketrampilan cuma yang tiada dalam diri mereka ialah pengalaman untuk mentadbir kerajaan, oleh yang demikian sepatutnya mereka rujuklah dengan orang yang ada pengalaman, maka tidak timbullah kejadian pecat-memecat, tampar-menampar dan maki-memaki...Mereka masih mencari gali kesalahan, kelemahan dan keburukan orang lain, walhal diri sendiri yang tidak betul...fikir-fikirkan lah...Saya harap rakyat pandai memilh pemimpin yang terbaik untuk menjaga kebajikan mereka dan pemimpin yang sedia ada letakkanlah wakil mereka yang ada ciri-ciri yang saya sebutkan tadi...sebab tak molek jika seorang yang cuma lepas darjah 3 ingin bercakap mengenai ekonomi negara dan tak molek jugalah jika setakat SPM ingin bercakap mengenai hal ehwal negara...maka letakkanlah satu standard yang terbaik untuk calon-calon/ wakil-wakil anda...PILIHLAH YANG TERBAIK DIKALANGAN YANG TERBAIK...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan