Selasa, 22 Julai 2008

Penjelasan Dato' Seri Dr Khir Toyo mengenai Muzakarah PAS/UMNO dan beberapa isu...

Pertamanya, ada yang tersalah faham tulisan saya kali ini. Saya tidak mengatakan Pas dan UMNO perlu bergabung secara fizikal. Justeru tidak timbul isu muzakarah ini bertujuan menguatkan UMNO atau melemahkan Pas. Jika kita lihat hari ini pun, UMNO hanya kehilangan 5% sokongan berbanding tahun 2004. dan saya pun tidak melihat Pas sudah kuat sehingga boleh mempertahankan kedudukan agama Islam dan hak orang Melayu secara bersendirian. Bagi saya, apa yang penting ialah bersetuju atas isu-isu penting mengenai agama Islam dan orang Melayu.

Keduanya adalah tidak benar mengatakan saya hanya menjadi pejuang Islam dan orang melayu selepas kalah dalam pilihan raya lalu:


1. Ketika saya dilantik menjadi menteri Besar, kenyataan pertama saya ketika itu ialah "saya sanggup bermandi darah mempertahankan agama dan bangsa."

2. Ketika menjadi Menteri Besar selama lapan tahun, saya mungkin tidak vokal dan lantang di dada akhbar tapi saudara/i boleh melihat pembagunan IKS orang Melayu di Selangor. Lihat bagaimana pertumbuhan pasaraya besar dikuti dengan syarat pembabitan IKS bumiputera sebagai pembekal di pasaraya-pasaraya besar di Selangor.

3. Kadar kemiskinan tegar di Selangor juga jauh berkurangan dari 5% kepada bawah paras 1%

4. saudara/i juga boleh memeriksa dengan Lembaga Zakat Selangor mengenai kutipan dan jumlah agihan zakat di negeri Selangor sepanjang lapan tahun lalu.

5. Jika saudara/i ingat, ketika tahun-tahun awal pentadbiran saya, saya telah mengambil inisiatif secara langsung dalam menangani masalah kegiatan maksiat seperti pelacuran dan perjudian di negeri Selangor. Sehingga hari ini terdapat teori bahawa kekalahan BN di Selangor sebahagiannya turut disumbangkan oleh kemarahan kumpulan-kumpulan "underworld" yang terjejas akibat dasar pentadbiran di negeri Selangor. Saudara/i yang tinggal di Selangor boleh menilai sendiri keadaan hari ini, pasca pru 12.

6. Penempatan Setinggan pada masa saya juga tidak lagi dibuat dipinggir bandar dan luar bandar. Sebaliknya, banyak penempatan setinggan di buat di kawasan yang sama bagi memudahkan urusan kehidupan harian rakyat. Jika saudara/i masih ingat, kerajaan negeri Selangor juga pernah disaman oleh mereka yang kaya kerana membina pangsapuri penduduk setinggan di kawasan berhampiran perumahan mereka di sunway.Kerajaan Selangor juga memberi subsidi RM 7, 000 bagi setiap rumah kos rendah yang dibeli oleh penduduk setinggan. Siapakah majoriti yang mendapat faedah ini jika bukan orang Melayu? Memanglah pentadbiran saya tidak sempurna. Namun saya fikir saya telah buat yang terbaik dalam kemampuan yang ada untuk agama dan bangsa.

Bukanlah pula saya menulis untuk membangga diri atau takbur, cuma saya fikir sedikit sebanyak perlu saya nyatakan agar kita sama-sama dapat menilai hakikat sebenar.

Petikan dari blog Dato' Seri Dr Khir Toyo...

Tiada ulasan: