Selasa, 17 Mac 2009

Bloggers UMNO bacul !!!

Tak sangka pulak BPN boleh melompat naik hangin bila aku tulis artikel BLOGGERS PEJUANG VS BLOGGERS UPAHAN. Aku tulis artikel tu selepas baca komen Panglima Perang Cyber (PPC) kat posting wak raden banjar tentang dana bloggers. PPC ayatkan "tak ada duit lepas Nizar jatuh ke?". Lebih kurang maksudnya, geng BloggersNetwork@Perak/Malaysia (blognet) ni jenis makan upah la. Bila kerajaan Perak dah dirampas maka blognet pun tak berduit. Begitulah khayalan BPN.

Mula-mula ada sorang guna nama Undi Pas Dapat Syurga? meracau kebengangan tulis komen. Macam biasa, tak ada point pun. Aku respon komen tu sikit. Just ulang balik point dalam artikel asal, betapa kelirunya jiwa raga UMNO. Lepas tu terus ParpuKari dan GOMO mengamuk. Macam biasa la, almaki walhamun. GOMO berkobar-kobar mencabar blognet berdebat. Cabaran itu disambut .... GOMO meracau begini;

SEMEMANGNYA DAH ADA BUKTI YANG BLOGGER PAKATAN NI ADALAH BLOGGER UPAHAN ANWAR AL-JUBURI. JANGAN NAK BERSELINDUNG LAGI DENGAN HAL INI.

FITNAH TAK PERNAH PUTUS-PUTUS PUAK LU ORANG NI.
BILA AJAK BERDEBAT TAKUT.
MELARIKAN DIRI.
SOALAN YANG DI AJUKAN TIDAK DAPAT DIJAWAP.
HAPRAK LAH LU ORANG NI SEMUA PUAK PEMBANGKANG.

LU ORANG CAKAP SAHAJA BILA DAN DI MANA UNTUK KITA BERDEBAT DALAM MASAALAH RAKYAT.
KAMI DI BPN SEDIA DAN TERIMA PERDEBATAN INI.

JANGAN MENYALAK TAK TENTU PASAL SAHAJA.

APA ANWAR AL-JUBURI DAH SEMAKIN PANAS SEKARANG DAN KAU ORANG PULA YANG DAPAT TEKANAN????

Aku dah jawab kat komen tu, macam ni;

Tuan GOMO, inilah yang aku tunggu-tunggu. Kalau tuan-tuan sedia berdebat, aku sanggup uruskan majlis tu.

Cadangan aku:

Tempat : Sekitar Taiping
Tarikh : antara 20 Mac - 6 April (di kesempatan ramai orang ada kat Bukit Gantang)
Pendebat : 2 BPN - 2 BloggersNetwork
Format :
(a) Setiap pendebat berhujah selama 30 minit satu pusingan.
(b) Dua pusingan -
pusingan satu: blognet - bpn - blognet - bpn
pusingan dua : bpn - blognet - bpn - blognet
Wakil (cadangan):
- bpn - (2 antara 5): PPC/PB/ParpuKari/Gomo/Taiping Mali
- blognet - (2 antara 5): MSK/PakKaramu/KulupSakah/TopengPerak/CyberBoron

Ok. Setakat ini dulu cadangan aku. Harap dapat maklum balas dan kerjasama daripada tuan-tuan BPN.

So, sekarang aku tunggu maklum balas daripada BPN. Harap-harap debat ini jadi kenyataan. Kawan-kawan kat Taiping tolong bagi cadangan tempat yang sesuai. Kalau dapat mana-mana dewan yang besar sikit lagi baik. Tentu ramai nak tengok muka bloggers UMNO yang mencarut siang malam tu. Jangan bawak kasut spare sudah la.

AKU TUNGGU!!!

petikan daripada : http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/03/debat-blognet-sambut-cabaran-bpn.html?showComment=
1237291800000#c1549000925555631700

Tiada ulasan: