Isnin, 9 Mac 2009

Menteri Pelajaran lawan Bos.

Kajian tentang keberkesanan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak akan dipercepatkan, sebaliknya akan mengikut jadual telah ditetapkan, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Kita ikut jadual macam biasa kerana ia perlu melalui proses-proses tertentu," kata beliau pada sidang media khas di kediamannya di sini malam tadi.

Tambah Hishammuddin, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan status PPSMI kerana hanya Jemaah Menteri yang akan membuat keputusan mengenainya.

"Ini bukan keputusan saya sebagai individu... kita kena tunggu Kabinet," kata beliau yang juga Ketua Pemuda Umno.

Hishammuddin mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang meminta supaya keputusan berhubung isu PPSMI dibuat segera bagi mengelakkan tercetusnya isu yang lebih besar pada masa akan datang.

Abdullah berkata, kerajaan mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khusunya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.

"Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti tekanantekanan dan tindakan-tindakan NGO (Badan Bukan Kerajaan) akan berterusan dan akan menjadi isu yang lebih besar," katanya.

Nampaknya Hishamuddin telah mula menunjukkan sikap menentang kenyataan yang dikeluarkan oleh PM. Hishamuddin yang juga sepupu kepada Najib Razak sedang berusaha keras membantu Najib memberikan tekanan kepada Abdullah Badawi agar proses peralihan kuasa dalam UMNO dan kerajaan akan berlaku mengikut yang telah dijadualkan, akhir Mac ini.

Pemerhati politik masakini yakin Abdullah Badawi tidak akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada timbalannya, Najib Razak sehingga pru-13.

Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 5,000 orang berarak membantah pelaksanaan PPSMI dari Masjid Negara ke Istana Negara petang semalam bagi menyerah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

petikan daripada : http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/2009
/03/hishammuddin-menyanggah-kenyataan.html

Tiada ulasan: