Khamis, 29 Januari 2009

Fitnah adalah kegemaran ahli dan penyokong UMNO

SIKAP MEMALUKAN DAN TIDAK BERMORAL BUAT PENYOKONG UMNO!!!

SHAH ALAM, 29 Januari - Kerajaan negeri akan memfailkan saman ke atas pemilik dan penulis sebuah laman web yang menyiarkan fitnah kononnya seorang anggota Exco wanita Selangor ditangkap basah.

Exco berkenaan, Dr Halimah Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang berkata tindakan itu diambil setelah mengadakan perbincangan dengan Dato’ Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Halimah yang dijangka bertemu dengan peguam beliau hari ini, tidak menolak untuk memfailkan saman sehingga RM40 juta.

“Kita hendak beri pengajaran (sama ada) kepada media elektronik atau media cetak agar tidak sebarangan membuat tuduhan terutamanya apabila melibatkan maruah orang. Kita tak mahu ‘penyakit’ seperti ini menular,” kata Dr Halimah yang ditemui di pejabatnya hari ini.

Dr Halimah berkata laman web berkenaan, My Kmu.net (Gerbang Tempur Maya Kumpulan Penyokong Umno) menyiarkan kenyataan ahli forumnya, Jamilisa yang mendakwa beliau ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Jamilisa atau ‘Brigade Commander Selangor’ dalam kirimannya pada 25 Jan bertajuk ‘Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah’ itu turut mendakwa Adun Selat Klang itu ditangkap dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Saya sendiri telah bertanya kepada penguatkuasa Jais di Shah Alam dan Klang yang menafikan adanya serbuan dibuat dalam seminggu ini,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Sehubungan itu beliau telah membuat laporan polis dan memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menggantung operasi laman web itu.

Dr Halimah berkata dakwaan itu adalah satu perkara yang sangat besar kerana membabitkan maruah beliau sebagai seorang wanita dan wakil rakyat daripada parti Pas.

Petikan daripada :http://www.selangorkini.com.my/my/berita/1807

konsert Rihanna perlu diteruskan...tetapi ...

Hmm ini satu hal juga, kalau batal peniaga tempatan negara akan mengalami kerugian berjuta ringgit dan jika konsert diteruskan maka dikatakan tiada sensitivi kepada rakyat Palestin dan negara ini. So macam mana? Macam ni lah...

Saya kira konsert ini perlu diteruskan cuma mungkin kita boleh meminta orang ISLAM jangan pergi ke konsert tersebut. Kita tidak boleh menafikan hak BUKAN ISLAM untuk berhibur, maka tugas kita sebagai orang ISLAM ialah jangan menyokong dan JANGAN PERGI ke konsert tersebut. Ingat ya, hanya orang ISLAM..lagipun ISLAM melarang kita pergi berhibur di tempat-tempat HARAM...

Mungkin cara ini lebih baik dan berhemah daripada kita memboikot, membantah atau membatalkan konsert tersebut, ini adalah kerana konsert ini melibatkan kos yang besar.

Ingat segala kos yang telah dibuat merupakan penyumbang kepada pemangkin ekonomi negara kita.

Biarlah orang BUKAN ISLAM berhibur dengan cara mereka dan kita sebagai ORANG ISLAM masih boleh berhibur dengan cara kita...

Berzikir lebih baik daripada Memekak Ntah apa-apa...

Fikirkanlah...

Sikap kurang ajar kaum INDIA melampau.

Kaum INDIA terutamanya pemimpin tertinggi mana-mana parti semakin kurang ajar. Terbaru isu kematian penjenayah A.Kugan. 2 Timbalan Menteri dengan sewenang-wenangnya masuk ke tempat yang boleh diklasifikasikan "TIDAK DIBENARKAN MASUK TANPA URUSAN" seolah-olah mereka pemilik tempat bilik mayat tersebut...

Mana pergi pengawal keselamatan di hospital tersebut ? adakah mereka telah di rasuah atau takut ? Dan apabila kesalahan 2 pemimpin tersebut di nyatakan oleh polis, maka ada pula seorang pemimpin INDIA yang ingin melindungi mereka dan dengan bangga mahu membela nasib 2 Timbalan Menteri tersebut. Inilah yang dikatakan cuba menaikkan isu perkauman di negara ini dan perasaan benci kepada POLIS.

Kesalahan tetap kesalahan walau macam mana sekalipun. Yang mati tetap mati, yang hidup ini perlu perbaiki diri dan hidup...

Isu kematian penjenayah A.Kugan

Hari ini saya mendapat berbagai reaksi berkenaan isu kematian penjenayah A.Kugan. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong.

Bagi yang menyokong, mereka lebih memikirkan apa yang telah dilakukan oleh mendiang semasa hayatnya. Fikirkanlah macam mana semasa mendiang merompak kereta mewah tersebut ? Mungkin mendiang pernah membunuh dan mencabul mangsa yang mendiang rompak, jadi fikirkanlah, ini mungkin balasan yang TUHAN berikan kepada mendiang atas dosa yang pernah mendiang lakukan. Mungkin mendiang memang sakit ataupun seorang penagih dan akibat daripada tidak dapat menagih dadah maka mendiang mati di dalam lokap selepas di soal siasat?

Bagi yang tidak menyokong pula, lebih bersifat kemanusiaan, memang kita tidak kisah memukul penjenayah untuk mandapat maklumat tetapi apabila sudah AJAL maka kesan-kesan dipukul itu menjadi pemangkin simpati kepada penjenayah yang telah mati dipukul itu.

Bagi saya pula ini adalah kehendak ALLAH SWT ,dan saya kira publisiti ayng berlebihan akan menjadikan remaja melihat penjenayah sebagai orang yang disanjung dan penjaga keamanan tempat tinggal kita sebagai musuh utama.

Kita perlu berfikir secara positif dan bukannya emosi, mungkin jika mendiang tidak menjadi penjenayah maka mendiang tidak akan mati.

Apapun di dunia ini kuasa menghukum masih di tangan HAKIM dan bukannya POLIS...

50 Tahun memerintah dan 10 Bulan memerintah ?

50 Tahun memerintah dan 10 Bulan memerintah ?

Kita ada akal untuk berfikir dan mengeluarkan kenyataan, So gunakanlah, takkan baru 10 bulan memerintah mahu semua agenda dan manifesto di laksanakan. 50 tahun Selangor di perintah oleh BN tetapi pernah ke memberikan air percuma tak banyak pun 20m padu je...

Kita orang ISLAM dan diajar oleh agama kita supaya bersabar dalam melaksanakan sesuatu perkara. Isu pembelian kereta tidak perlu dipersoalkan ini adalah kerana kepentingan rakyat yang perlu diutamakan, kereta ialah alat untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan pemimpin PR untuk melaksanakan agenda. Jika kereta asyik rosak buat apa? kan menyusahkan pemimpin PR untuk bergerak berkhidmat kepada rakyat, saya kira jika pemimpin BN menang semula pun mungkin akan menggunakan kereta tersebut juga.

PR baru memerintah selama 10 bulan tetapi takkan lah BN mengharapkan mereka (PR) membawa keuntungan kepada kerajaan negeri sebanyak 100 juta bilion !!! , fikirlah macam orang yang bijak, kita boleh kata Dr Khir berjaya memacu negeri Selangor sebab beliau memtadbir kerjaan negeri selama 8 tahun..ada beza tak ? antara memerintah 8 tahun dengan 10 bulan ???

Saya difahamkan oleh seorang YB PR, agenda dan manifesto PR akan diteruskan ... cuma keadaan sedikit berbeza apabila PR mengambil tampuk pimpinan di dalam suasana ekonomi yang kurang memuaskan..saya kira lambat atau cepat bukan faktor pengukur yang penting kerajaan PR akan melaksanakannya...dan jika kerajaan PR tidak melaksanakannya maka kira sebagai orang yang mempunyai kuasa mengundi boleh memilih yang terbaik antara yang terbaik...

Saya kira UMNO/BN masih lagi menanam rasa benci kepada mereka apabila cuba mengacau pentadbiran PR. Isu lembu misalnya, bukankah semua daging itu untuk rakyat di negara ini menikmatinya dan bukannya daging itu untuk digunakan oleh MB Selangor untuk berniaga di pasar ataupun kenduri kendara peribadi beliau.

Fikirkanlah, banyak isu yang teruk lagi semasa pemerintahan BN di Selangor. Saya pernah berbual dengan rakan yang bertugas di Pejabat Kewangan Selangor dan beliau memberitahu bahawa MB Selangor lama ( Dr Khir) kerap ke London..Buat apa beliau kerap ke London ? hampir setiap bulan Dr Khir ke luar negara...buat apa facial ke ???

Isu pembelian kereta juga menjadi tajuk utama pembangkang(BN) di Selangor. Cuba kita fikir, yang mana menguntungkan... Mercedes yang berharga 950 ribu seunit, dan 15 unit kereta bernilai 2 juta dengan jaminan servis yang terbaik dan berpatutan daripada TOYOTA...

Jika sayang kan bangsa kita perlu bersatu dan bukannya dengki apabila rakan sebangsa kita memerintah kerajaan negeri-negeri PR kecuali PP.

Apa makna kerajaan persekutuan, apabila dengan angkuh memutuskan jalinan hubungan baik dengan kerajaan negeri baru-baru ini? rujuk arahan daripada YB Ahmad Zahid Hamidi.

Apakah hanya BN sahaja yang layak memerintah ???
Apakah hanya BN sahaja yang pandai memerintah ???
Apakah hanya BN sahaja yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat ???

Berilah peluang kepada PR membuktikan kemampuan mereka ... saya kira 50 tahun memerintah pun ada banyak buat silap..dan mungkin lebih banyak kesalahan BN daripada PR sekarang ini.

Fikir-fikirkanlah...

Rabu, 28 Januari 2009

Seloka Buat Semua Umat ISLAM Oleh Ustaz Akill Hayy

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!

Selasa, 27 Januari 2009

Kelemahan Orang Melayu ...Adakah Orang Melayu Sahaja Perlu Bantuan ???

KELEMAHAN ORANG MELAYU KERANA MASIH MENGHARAP BANTUAN KERAJAAN 100%,
SEDANGKAN MALAYSIA HAK SEMUA KAUM,MAKA KERAJAAN YANG TERBENTUK SETIAP
PILIHANRAYA ADALAH JUGA MENJADI TEMPAT MENGHARAP SETIAP WARGANYA....TANPA MEMINTA-MINTA BERLEBIHAN KEPADA SATU-SATU KAUM SAHAJA....ADAKAH KITA BERANI MENGATAKAN KITA SAHAJA PERLU BANTUAN?

petikan daripada :
http://jiwakita-openminda.blogspot.com/2008/11/
kekuatan-orang-melayu-kerana-peranan.html

Untuk Renungan Bersama .

Peruntukan untuk pelajaran atau 'biasiswa' yg disediakan oleh kerajaan setiap tahun adalah amat besar kepada pelajar yg melanjutkan pengajian
dalam dan luar negara...mereka ini adalah aset negara yg amat bernilai.Ini dianggapkan suatu pelaburan jangka panjang kepada bangsa,agama dan
negara.

Pada masa yg sama kerajaan dibawah BN telah mewujudkan UMNO luar negara yg disertai oleh
para pelajar sebagai wadah sahsiah para pelajarnya.

Sudah sampai masanya mereka ini,setelah kembali
ke tanahair harus diberi peluang untuk
membuktikan kewibawaan mereka sebagai pemuda
pewaris untuk menerajui mana-mana bahagian atau cawangan UMNO.Ruang dan peluang harus diberi.



Mereka yg menjawat di caw. peringkat kampong
contohnya adalah mereka sekadar berkelulusan
sekolah menengah.Dan peringkat bahagian mungkin
berkelulusan tinggi sedikit, boleh dibilang jari.


Untuk direnungkan juga...

Pentadbiran negara diwar-warkan kelas dunia..
polisi dan pelaksanaan menampakan tiada tandingan oleh agensi kerajaan,kementerian jabatan.

Berlainan sekali dengan UMNO/BN tidak pula
mengambarkan yg terbaik -tidak seiring.

BN mempunyai senjata paling ampuh-agensi kerajaan sebagai pelaksana pembangunan untuk
rakyat.Tetapi pemimpin tidak menunaikan tanggungjawap sebagai wakil rakyat-mendekati,
menyelami dan mendengar masalah penduduk yg diwakilinya.

Mungkin benar,mereka hanya mengejar jawatan dan kekayaan? Lupa akan tugas paling asas-duduk sembang diwarong kopi dengan orang kampong!

petikan daripada :
(jiwakita comment :)

http://www.drkhir.com/2009/01/
selamat-tahun-baru-cina-tahun-lembu-isu.html#comment-form

Buang Budaya Sombong Dan Rasuah UMNO

Buang budaya rasuah UMNO
Oleh NORAINI ABD. RAZAK

TEMPOH berkabung kekalahan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Terengganu belum berakhir. Bedah siasat tersungkurnya pengaruh BN yang meletakkan calon UMNO di kawasan tersebut juga belum selesai.
Punca serta penawar penolakan UMNO oleh majoriti penduduk Kuala Terengganu sehingga sekarang masih belum diumumkan.

Hanya cakap-cakap mengenai apa punca tragedi kehilangan satu lagi kawasan Parlimen BN selepas Permatang Pauh berkumandang di sana sini.

Namun lakaran peristiwa pahit 17 Januari 2009 seolah-olah tidak lekat di fikiran ahli-ahli UMNO - tempoh berkempen untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu menjadi platform untuk mencanai undi bagi pemilihan UMNO.

Kegilaan berkempen termasuk menggunakan wang secara berleluasa bukan lagi cakap-cakap. Jawatankuasa Disiplin UMNO sendiri mendedahkan menerima aduan kira-kira 900 kes berkaitan salah laku itu - biar pun belum dapat dibuktikan.

Itulah keghairahan di kalangan ahli UMNO, bukan segelintir tetapi tidak mustahil lebih separuh daripada mereka mempunyai keinginan untuk berbuat demikian. Ramai juga yang telah pun melibatkan diri dalam gejala yang boleh memusnahkan parti itu.

Perkembangan terbaru menjadi petunjuknya. Di peringkat awal dua pemimpin UMNO dan seorang ahli berjawatan guru didakwa di mahkamah atas tuduhan memberi suapan berupa wang tunai bagi meraih undi.

Dan semestinya senarai panjang menunggu untuk diheret ke mahkamah sehingga memberi gambaran yang amat gelap kepada sebuah parti yang diberi mandat untuk memperjuangkan nasib serta masa depan bangsa Melayu.

Tidak usah ditanya apa akar kepada gejala yang satu ketika dulu diharamkan oleh UMNO tetapi sekarang telah menjadi budaya - sehingga ada pihak yang tidak segan-segan menyebut: ''Kalau nak kaya masuk UMNO''.

Sedangkan pejuang-pejuang UMNO terdahulu mewujudkan parti itu untuk memakmurkan Melayu dan menjaga segala hak Melayu supaya tidak tergadai di tangan bangsa lain.

Perjuangan murni kini dinodai oleh bangsa Melayu sendiri yang melihat di sebalik lambang keris dan bendera UMNO tersembunyi timbunan projek yang untungnya akan masuk ke poket sendiri.

Sebab itu persaingan sengit untuk memenangi hati pengundi berlangsung sedemikian rupa dan untuk memastikan undi memihak kepada mereka, wang ringgit ditabur sehingga mengaburi perjuangan asal UMNO itu sendiri.

Siapa yang tidak mahu menjadi kaya tanpa perlu bersusah payah melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi atau bertungkus lumus membanting tulang empat kerat.

Cukup dengan terpilih menjadi ketua bahagian atau jawatan-jawatan lain yang lebih tinggi, kehidupan mewah terbentang di hadapan mata dan tanpa rasa segan mereka mengaku menjadi ahli UMNO sambil menunjukkan kemewahan di sana-sini.

Ada pihak mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpukan siasatan kepada ahli-ahli UMNO sedangkan parti-parti lain juga tidak boleh 'berpisah' daripada budaya rasuah.

Soalnya mengapa diungkit tindakan SPRM sedangkan ahli-ahli UMNO sendiri digerakkan untuk berbuat demikian dan mengapa perlu dipersoalkan parti-parti lain.

Adakah kerana parti lain terutama yang tidak bercakap mengenai agama sebagai asas perjuangan mengamalkan politik wang maka UMNO juga selayaknya dianugerahkan 'logo halal' untuk terlibat dalam gejala seperti itu?

Hakikatnya UMNO tidak lagi boleh dicemari oleh gejala serta budaya yang entah dikutip dari mana dan kini amat sinonim dengan parti itu. UMNO mesti sedar bahawa turun naik prestasinya dalam setiap pilihan raya juga didorong oleh faktor politik wang yang kini menjadi amalan terbuka sehingga menimbulkan rasa sakit hati dan tidak puas hati di kalangan rakyat.

Semestinya rakyat terutama yang masih 'kais pagi makan pagi' tidak mahu bertuankan pemimpin seperti itu jauh sekali mahu dinaungi oleh sebuah parti yang kecenderungannya untuk mengamalkan politik wang amat terbuka luas.

Lantas pemimpin yang dilihat bersih biar pun mewakili parti yang belum tentu arah perjuangannya menjadi pilihan menyebabkan parti yang wadahnya Melayu dan Islam ditolak.

Sebab itu perkembangan terbaru yang dilihat memalukan serta menjatuhkan imej UMNO ini mesti diberi perhatian biar pun ramai bertanggapan mengapa UMNO mesti membuka pekung di dada.

Mengapa tidak menjadi seperti parti-parti komponen lain dan parti pembangkang yang juga dipercayai sarat dengan unsur rasuah tetapi menyimpannya di dalam lipatan sehingga tertutup dari pandangan umum?

Dan bolehkah UMNO dibiar begitu seperti mana yang terjadi puluhan tahun lalu sehingga membentuk rasuah itu sebagai budaya dan untuk melakukan pemulihan bukan lagi kerja yang mudah.

Dan percayakah kita suapan yang diberi hanya melibatkan ratusan ringgit dan anak-anak ikan, manakala jerung yang tidak mustahil menyuap kertas-kertas lebih berwarna-warni terlepas begitu sahaja.

Persoalan yang mesti dijawab oleh ahli-ahli UMNO baik di peringkat bawahan mahupun barisan kepimpinan ialah adakah rasa sayang dan cinta kepada parti didorong oleh wang ringgit? Adakah jika mereka tidak lagi diumpan dengan projek, maka UMNO tidak lagi mempunyai daya tarikan?

Adakah UMNO akan menjadi tidak relevan jika duit dan projek tidak menjadi keutamaan?

Persoalan yang berkait rapat dengan budaya rasuah dalam UMNO dan masa depan parti yang menjunjung agama serta bangsa itu mesti segera dijawab oleh ahli-ahli UMNO.

Jika mereka memilih wang ringgit dan projek maka masa depan UMNO sememangnya gelap kerana ahli-ahlinya tidak sayangkan parti sebaliknya sokongan mereka amat bergantung kepada paras penuhnya poket masing-masing.

Kesilapan ini mesti segera diperbetulkan dan ditangani oleh pucuk pimpinan parti yang serius mahu melihat UMNO kembali ke pangkal jalan dan masa yang diperlukan untuk merawat UMNO sudah tidak lagi panjang.

Kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu adalah petunjuk jelas mengapa UMNO semakin ditolak oleh rakyat.

Mereka memilih pakatan pembangkang bukan kerana parti itu cekap, telus dan menyakinkan tetapi kerana hanya itu saja pilihan yang ada.

UMNO mesti ingat, rakyat pelbagai peringkat semakin bijak membuat penilaian. Mereka bukannya bodoh atau buta untuk membezakan antara kekayaan hasil keringat dan 'bergoyang kaki' mengatur agenda menambah kekayaan.

PENULIS ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

petikan daripada :
(wonderful world comment :)
http://www.drkhir.com/2009/01/
selamat-tahun-baru-cina-tahun-lembu-isu.html#comment-form

Fikir-fikirkan ...

1.. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu p**a, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda bahawa ahli sains seluruh dunia bersepakat jika KFC dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. KFC juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila KFC yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita

petikan daripada : http://matpiang.blogspot.com/

Lawak Santai

Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

IstilahHardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan

Contoh
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.

"Translated"
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

petikan daripada : http://matpiang.blogspot.com/

Wahai Polis, Berani Buat Berani Tanggung...

Polis merayu macam pengemis apabila terpaksa meminta semua orang jangan menyertai perarakan mediang A.Kugan yang mati di dalam tahanan polis di Taipan beberapa hari yang lalu.

Ini lah permulaannya kebencian orang awam kepada polis dan saya kira inlah mulanya bibit rusuhan kaum.

Saya kira perkara ini tidak akan terjadi jika pihak polis faham mengenai soal siasat dan sebagainya.

Ingat pesan saya, polis tiada hak menghukum sebaliknya hanya hakim yang layak menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

Berani Buat Berani Tanggung la....!!!

Setiakah Pemimpin UMNO/BN ?

Macam budak sekolah apabila semua YB - YB BN di Perak menghadap TPM untuk berikrar kesetiaan kepada BN dan Parti.

Kenapa sampai macam itu sekali kesetiaan yang perlu ditunjukkan oleh semua YB BN/UMNO ?

Tidak kah mereka(pimpinan tinggi) yakin dengan kesetiaan YB - YB BN ?

Jika tiada angin masakan pokok akan bergoyang ...

Kita nantikan episod seterusnya ...

Inilah pimpinan jiwa rakyat yang BN terapkan.

Kuasa Menghukum Bukan Di Tangan Polis Sebaliknya Di Tangan HAKIM !!!

Jawapan di Dewan Rakyat pada tahun lepas, seramai 1,535 orang mati semasa dalam tahanan polis, hanya dalam tempoh 4 tahun iaitu 2003 hingga 2007. Adakah ini tidak menakutkan? Angkanya tak jauh dengan kematian ummat Palestin akibat serangan Israel!

Jika Najib berjanji BN akan lebih berjiwa rakyat selepas BN tewas di Kuala Terengganu, kenapa teragak-agak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Kugan dan 1,535 orang yang lain dalam tahanan?
Besok, Rabu, mayat Kugan akan disemadikan. Diharap rakan pimpinan dan petugas PAS dapat sama mengiringi jenazah beliau.
Jika polis sukar mengesan pembunuh adik Shireen, pembunuh Kugan ada sekitar lokap polis dan sukar untuk dikesan.
Al Qur'an menyentuh jiwa kemanusian manusia yang telah melakukan pembunuhan dan juga manusia lain yang perlu bertindak menyekat perbuatan seperti itu dengan pertanyaan abadi dunia sampai padang Mahsyar: "Atas dosa apakah ia dibunuh" "For what sin they had been killed?" - Al Qur'an, Surah At Takwir: Ayat 9.

petikan daripada : http://notoumno.blogspot.com/

MIC pertahan tindakan 2 Timbalan Menteri dan ikrar lawan kerajaan.

Presiden MIC akan mempertahankan tindakan 2 Timbalan Menteri di dalam kes ceroboh bilik mayat( A.Kugan). Beliau berikrar akan melantik seramai mungkin peguam untuk membela nasib 2 TImbalan Menteri tersebut.

So apa kata BN/ UMNO mengenai isu ini ???

Mari kita lihat dan tunggu semua ahli MIC menyertai Pakatan Rakyat !!!

UMNO dihukum sebab mengencam MB Perak - Tuan Guru Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Jan (Hrkh) - Penyertaan Adun Bota, Dato’ Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya ‘menikam’ diri.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan ‘penghijrahan’ Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohd Nizar selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu.

Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka.

“Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun.

“Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini,” ujarnya lagi.

Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.

“Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan,” ujarnya.

Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP. - mns

petikan daripada : http://dppwp.wordpress.com/2009/01/25/
kes-adun-bota-fitnah-dan-hasutan-umno-menikam-diri-nik-aziz/

PAS hanya ingatkan UMNO bukannya menghukum UMNO.

HUTANG TETAP HUTANG ...

Pas adalah parti dakwah dan menyeru kepada kebaikkan, menegur segala kemungkaran. Berhubung artikel “Enggan bayar hutang RM218 juta….peluang ahli Umno masuk neraka cerah” kami tidak menjatuhkan hukuman tetapi sekadar mengingatkan akan janji-janji Allah dan RasulNya.

Rasulullah pernah mengingatkan, bahawa;

“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)”
( Riwayat Muslim, 6/3 8)

Berdasarkan hadis berkenaan orang yang mati Syahid sekalipun masih tidak diampunkan Allah jika masih berhutang. Bagaimana pun keadaannya dengan Umno yang kita tidak tahu bagaimana cara matinya.

Kita semua tahu mereka berhutang tetapi enggan bayar dan memang ada janji khas untuk mereka yang berniat untuk enggan bayar hutang.

“Barangsiapa yang meminjam harta orang lain (hutang) dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya (hutang) dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya (dibalas dengan hukuman dunia atau neraka akhirat)”
( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Justeru itu menjadi satu peringatan buat ahli Umno bahawa sebelah tapak kaki mereka kini sudah diletakkan dalam neraka oleh kerana tindakkan biadap pemimpin mereka yang enggan bayar hutang.

Kami akui bahawa tidak semua ahli Umno itu jahat dan akan masuk neraka. Ramai juga yang baik, tetapi mereka terlalu naif dan mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin mereka yang berkepentingan.

Inilah natijahnya bila mana pemimpin mereka membuat hutang dan mereka bersama tanggung akibatnya kerana mereka jualah yang memilih pemimpin itu.

Maka jadilah mereka orang-orang yang rugi. Sesungguhnya pintu syurga itu banyak dan mereka boleh pilih sendiri. Tetapi perlulah bertaubat dan bayar hutang itu atau keluar tinggalkan pemimpin Umno yang korup itu.

Ahli-ahli yang memikirkan masa depan mereka diakhirat tidak akan kekal bersama Umno. Bak kata pepatah “orang lain makan nangka, mereka yang kena getahnya”.

Jadi tidak adillah buat ahli-ahli yang tidak tahu menahu dihukum. Jadi mereka ada pilihan-Bayar hutang itu atau tinggalkan Umno dan bertaubat.

Soal syurga neraka sudah Allah nyatakan ciri-ciri ahli, maka kami hanya menyebut apa yang Allah sebutkan. Hatta jika jadi ahli Pas sekalipun kami tindak janjikan syurga kerana Syurga itu Allah yang tahu sesiapa sahaja yang ingin diberikannya.

Tugas kami membimbing, dan menasihati agar kita sama-sama dapat masuk syurga. Setiap orang lakukan kesilapan dan taubat itulah jalannya. Tetapi jika tiada orang yang tegur, kesilapan itu mungkin akan berulang.

Hidup ini hanya sekali, kita telah lakukan banyak perkara. Ada yang baik dan ada yang buruk. Yang lepas itu kita tidak boleh tarik semula, tapi yang akan datang kita baiki. Moga kita akan jadi lebih baik dari semalam. Sama ada ia ahli Umno atau Pas, hakikatnya hanya orang yang berjuang dijalan Allah dengan kebenaran dan keinsafan sahaja yang akan berjay ke Syurganya.

petikan daripada : http://dppwp.wordpress.com/2009/01/23/
soal-syurga-neraka-pas-ingatkan-umno-bukan-jatuhkan-hukuman/

Relevenkah Lembaga Disiplin UMNO lagi ?

Lembaga Disiplin UMNO tidak mampu menanggani masalah politik wang sejak zaman TUN DR MAHATHIR lagi, oleh sebab yang demikian mereka terpaksa menggunakan SPRM untuk menanggani masalah ini. Kenapa ini berlaku ? saya kira ianya disebabkan tiadanya intergriti antara pemimpin UMNO yang lama dan juga pemimpin UMNO yang baru, semuanya sama sahaja. segalanya di tentukan oleh RM, beribu ahli UMNO telah dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO tetapi masih macam itu juga. Adakah Lembaga Disiplin UMNO juga bermasalah ? atau pun mereka juga korupsi dan tidak boleh DIPERCAYAI ? tepuk dada tanya selera ...

Yang penting sekarang, ada sedikit perubahan di dalam corak pentadbiran UMNO, perubahan ini yang diperlukan untuk memastikan nilai AGAMA dan BANGSA berada di tahap yang tinggi, dan bukannya diukur dengan nilai RM semata-mata...

Ingat, segala tindak tanduk kita diperhatikan ALLAH SWT...

Misi Kemanusian Selangor Ke Palestin Berjaya...

PETALING JAYA, 26 Januari - Ketua misi bantuan kemanusiaan Selangor ke Palestin menerusi Yayasan Amal Malaysia (Amal), Dr Abdul Rani Osman menyifatkan misi mereka berjaya apabila bantuan yang diberikan dapat disalurkan kepada rakyat di sana.

Menurutnya, walaupun pihaknya tidak sampai ke Gaza segala bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia termasuk daripada kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dapat disampaikan.

“Bantuan yang berupa ubat-ubatan dan makanan telah dapat kita salurkan kepada wakil Palestin di El-Arish dan rakyat Palestin terutama di Gaza akan menerimanya,” katanya ketika berucap pada sesi tayangan video di majlis ‘Malam Prihatin Palestin’ di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),di sini, malam tadi.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Program ‘Malam Prihatin Palestin’ yang diadakan semalam merupakan anjuran kerajaan negeri Selangor atas inisiatif Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama MBPJ.

Ia diadakan bagi menghayati dan memahami nasib serta penderitaan rakyat Palestin terutama di Gaza sejak menjadi mangsa kekejaman Israel akhir Disember lalu.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya malam tadi berkata rakyat negara ini perlu bersatu dalam menghadapi isu kekejaman zionis.

petikan daripada : http://www.selangorkini.com.my/
my/berita/1745

Kata Dato' Seri Najib... Iyer Ke ??


Hilang kelayakan bertanding jika didakwa di mahkamah

Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu menjelaskan mana-mana calon yang didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah kerana politik wang hilang kelayakan bertanding dalam pemilihan UMNO Mac ini.Namun katanya jika kes itu masih dalam siasatan mereka dibenar bertanding.Menurut Timbalan Perdana Menteri para perwakilan UMNO bahagian yang didakwa di mahkamah juga tidak dibenar menghadiri Perhimpunan Agong UMNO dimana pemilihan jawatan itu diadakan.- 24/1/2009


petikan daripada : http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp


Tiada Tolak Ansur Kepada Semua Pemimpin UMNO

Mana-mana ahli UMNO yang terlibat dalam politik wang kini tahu risiko yang bakal dihadapi.Mesej dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu cukup jelas bahawa tiada jalan keluar lagi bagi mereka yang kena cekup dan didapati bersalah.

Malah Presiden UMNO dan timbalannya itu memberi backing penuh kepada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyaksikan 3 orang didakwa di mahkamah Khamis dan 12 lagi diserbu di sebuah rumah Temerloh Rabu.

Ekoran tindakan SPRM itu timbul polimek dikalangan sesetengah ahli UMNO itu yang bimbang tindakan berterusan seumpama itu akan menjejaskan nama baik parti.Ada juga yang berpandangan agensi penguatkuasa kerajaan seperti SPRM tidak wajar dilibatkan dalam soal dalaman parti.

Perdana Menteri yang diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru itu semasa di Dubai Jumaat malam menegaskan UMNO tidak akan bertolak ansur lagi dengan amalan politik wang.

Abdullah berkata SPRM telah menjalankan peranan dan tugasnya dengan baik seperti yang diharapkan kerajaan.

''Tindakan yang mereka ambil baru-baru ini ke atas beberapa ahli UMNO, jelas membuktikan ia sebuah suruhanjaya yang bebas dan bertindak secara telus," ujar beliau.

Timbalan Perdana Menteri yang ditemui para wartawan di Pekan menegaskan tindakan SPRM itu perlu dalam usaha untuk membersihkan parti dari politik wang.

Beliau meminta semua pihak menerima hakikat ini.

Najib bertanya ,'adakah kita mahu melakukan pembaharuan kepada UMNO atau merosakkan parti dengan politik wang."

''Jika kita mahu membersihkan parti, ini adalah akibatnya. Kita kena buat keputusan dan menanggung akibatnya. Semua ahli perlu menerima hakikat ini," katanya.- 24/1/2009

petikan daripada : http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_
f1fcf5a0-7f000010-65178400-4e0bce78

Dr Khir Toyo Cuba Bermain Api.

Mantan Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terdesak dan cuba alih isu lembu korban bila ugut nak dedah perbelanjaan kerajaan negeri semasa dibawah pentabirannya dulu.

Menurut beliau, Menteri Besar Selangor itu sudah tersepit kerana beberapa kenyataannya yang bercanggah malah Khalid turut sudah mengaku menggunakan wang kerajaan negeri membiayai pemberian lembu korban ke kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

“Sebelum inipun beliau sebut perkara sama. Banyak kali Khalid kaitkan dengan Balkis (Badan Amal Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor) tetapi setelah siasatan, pihak berkuasa belum mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Isu Balkis panas setelah pertubuhan itu memindahkan dana yang ada kepada tabung BAKTI sebaik sahaja pakatan rakyat menerajui Selangor selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Dr Mohamad Khir dihubungi Agendadaily untuk mendapatkan respons terhadap kenyataan Khalid yang akan mendedahkan dokumen membabitkan perbelanjaan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Khalid dipetik sebagai berkata, tindakan ketua pembangkang dan bekas Menteri Besar Selangor itu yang mendedahkan dokumen mengenai pembiayaan lembu korban baru-baru ini telah mendorong beliau untuk melakukan tindakan yang sama.

Bagaimanapun, beliau berkata dokumen itu akan hanya didedahkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tindakan Khalid ini dilihat seolah-olah kerajaan Selangor pimpinannya tidak boleh dikritik sedangkan ketika membenmtuk kerajaan dahulu, beliau berjanji melaksanakan pentadbiran yang telus.

Menurut Dr Mohamad Khir, Menteri Besar itu kerap mengalih isu apabila sesuatu pendedahan atau perkara berkaitan pentadbirannya serta kerajaan pakatan rakyat di Selangor didedahkan.

Sebelum ini, beliau turut mendakwa Khalid seorang pembohong apabila menafikan ada menggunakan wang kerajaan negeri dalam isu lembu korban dan pembelian kereta Toyota Camry 2.4 menggantikan Proton Perdana Eksekutif sebagai kenderaan rasmi.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, Khalid harus melepaskan jawatannya sementara waktu kerana sudah mengaku menggunakan wang anak syarikat kerajaan negeri membekalkan lembu ke Bandar Tun Razak.

Katanya, Menteri Besar itu tidak harus berdolak dalih menyalahkan orang lain termasuk menuduh GERAK menyebelahi kerajaan mahupun UMNO apabila membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Menurut Mohd Nazree, beliau juga mendapat tahu Khalid juga mahu pakatan rakyat menubuhkan badan anti rasuah seperti GERAK.

“Selagi badan itu telus, berintegriti serta berjuang menentang rasuah, kita tidak menghalang tetapi jangan kerana sudah terkena batang hidung sendiri, baru hendak berbuat demikian…ini ibarat berdendam,” katanya. – 26/1/2009

petikan daripada : http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id
=com.tms.cms.article.Article_13c00a47-7f000010-65178400-4b7c6957

Isnin, 26 Januari 2009

Polis Malaysia macam binatang !!!

Polis Malaysia macam binatang, sengaja membangkitkan kemarahan rakyat berbilang kaum di negara kita ini. Sampai macam itu sekali, soal siasat yang di jalankan ?
Macam binatang di perlakukan penjenayah terbabit, KUASA MENGHUKUM bukan di tangan POLIS tetapi di tangan HAKIM, ingat itu....wahai semua polis malaysia.
Di mana perasaan kemanusian polis negara ini..?

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.

Difahamkan siasatan sedang dijalankan.

Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata satu siasatan penuh akan dijalankan terhadap kematian Kugan.

kugan ananthan 230109Menurutnya, siasatan terperinci akan dijalankan walaupun laporan bedah siasat mendapat Kugan mati kerana terdapat cecair dalam paru-parunya.

Bercakap kepada pemberita di Kuching, Musa berkata pihak polis tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dalam kes kematian Kugan.

Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta. Lima hari kemudiannya, dia meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya.

petikan daripada : http://www.malaysiakini.com/news/97072

Pemimpin UMNO tidak mahu bayar hutang .

22 Januari 2008

Begitulah jahat dan kejinya Umno. Mereka tahu mereka berhutang kepada Elegant Advisory tetapi mereka berusaha keras untuk tidak membayar hutang itu walaupun kes berkenaan telah diputuskan Mahkamah sebelum ini.

Elegant Advisory telah membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke-11 pada 2004 setelah diminta oleh Bendahari Umno, Abdul Azim ketika itu.

Perkara ini diketahui oleh seluruh pemimpin Umno dan rekod serta bukti yang ada mengesahkan bahawa Umno berhutang dengan Elegant Advisory.

Malangnya mereka mengunakan segala kuasa dan strategi teknikal yang ada untuk memastikan keputusan Mahkamah itu diubah.

Elegant Advisory mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun tahun lepas dengan menamakan bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Umno, sebagai defendan.

Peguam Umno, Mohd Hafarizam berkata timbalan pendaftar menerima alasan Abdul Azim dalam permohonan mengetepikan penghakiman tanpa kehadiran itu, bahawa writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan dibuat tanpa memenuhi Aturan 10 Kaedah 1 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 dan Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan.

Katanya dokumen-dokumen itu tidak diserahkan sendiri kepada defendan manakala Elegant Advisory telah menamakan pihak yang salah sebagai defendan kerana syarikat itu sepatutnya menamakan pegawai awam parti dan bukan bendahari Umno sebagai defendan.

Ini adalah satu alasan teknikal tetapi hakikat hutang itu wujud sudah sedia dimaklumi. Mengapa Umno masih ingin berdalih lagi. Kenapa mereka enggan bayar hutang itu setelah lebih dari lima tahun kes ini berlarutan.

Inilah bukti bahawa Umno sebenarnya parti yang keji, perompak dan penipu. Ini adalah hutang yang dibuat kepada sesama syarikat yang menyokong Umno, ia syarikat swasta. Kes ini terbuka.

Tapi bagaimana dengan agensi Kerajaan yang diuruskan oleh Umno. Apakah ada kemungkinan Umno tidak melakukan penyelewengan dan merompak dana negara. Jika dengan Syarikat swasta pun mereka boleh tipu sebanyak RM218 Juta dan boleh buat bodoh, bagaimana dengan duit rakyat yang hangus di tabung haji, perwaja steel, MAS, dan sebagainya?

Berapa banyak lagi hutang atau duit yang Umno rompak tapi rakyat tidak tahu? Kenapakah tiada seorang pun ahli Umno atau pemimpin mereka yang insaf tentang perkara ini dan berusaha membayar atau memulangkan semula duit yang mereka ambil.

Jika hutang ini tidak dibayar, maka confirmlah ahli dan pemimpin Umno akan ke neraka selepas ini kerana orang yang berhutang itu neraka sahajalah tempat di akhirat nanti.

Kami bukan menjatuhkan hukuman ini, tapi Allah dan Rasulnya telah janjikan hukuman ini. Ingat! hari ini kamu boleh kenyang dan bahagi-bahagi duit hutang itu, tapi esok…kamu bahagi-bahagilah pintu neraka yang Allah akan sediakan…..

Jika tidak mahu masuk neraka….bayar sahaja hutang itu…habis cerita.

petikan daripada : http://dppwp.wordpress.com/2009/01/22/enggan-bayar-hutang-rm218-juta
peluang-ahli-umno-masuk-neraka-cerah/
#comment-4794

Duit Konsert Kafir Untuk Derma ? Rihanna Sokong Israel Di Dalam Lirik Lagu...

Saya terkejut jika ada orang ISLAM yang menyatakan bahawa duit konsert kafir itu adalah untuk derma.

Derma itu adalah sesuatu perkara yang baik, tetapi jika duit itu datang nya daripada duit haram maka duit itu tetap haram.

Tidak boleh duit rasuah, duit judi dan duit loteri dan duit dll yang haram puncanya di dermakan untuk kebaikan kerana puncanya haram.

Islam itu suci dan sucinya itu datang daripada punca-punca yang baik.

Itu ajaran ISLAM daripada ALLAH SWT dan pesuruh- Nya dan bukannya daripada ajaran ISLAM HADHARI yang menjadi pegangan pemimpin UMNO.

Sila nayatakan apa kebaikan dan keburukan konsert kafir ini ?

Kebaikkan.
- Pelancongan.
- Ekonomi.

Keburukkan
-Pergaulan Bebas.
-Seks Bebas (lepas konsert menginap di hotel/rumah kawan/motel dll)
-Bersentuhan antara lelaki dan perempuan (dalam Islam Hukumnya Haram)
-Minum Arak.
-Tiket mahal. (membazir)
-Imej buruk yang menjadi ikutan remaja ISLAM.
-Tiada sensitiviti kepada umat ISLAM.
-Lirik lagu yang menyokong ISRAEL.
-Pakaian yang seksi menjadi ikutan remaja ISLAM.
-Tiada rahmat daripada ALLAH SWT.
-Pengambilan dadah (agar ada feel )

Lirik Lagu Rihanna Sokong Israel.
Rujuk youtube : Hip Hop and the Occult
p25 Rhianna's song Umbrella...

Kerajaan Islam Hadhari Setuju Luluskan Konsert Rihanna.

TIADA SENSITIVITI YANG DITUNJUKKAN KERAJAAN MALAYSIA KEPADA ISLAM DI DUNIA.


"Bagaimanapun semalam, kerajaan telah memutuskan untuk meluluskan penganjuran konsert tersebut seperti yang dirancang.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, beliau berasa kecewa dengan keputusan kerajaan itu walaupun pihaknya telah menyerahkan memorandum yang menyatakan alasan yang munasabah berhubung bantahan mereka terhadap penganjuran konsert itu.

“Kita amat kecewa dengan penolakan memorandum itu.

“Kita telah menerangkan (dalam memorandum) siapa Rihanna sebenarnya dan turut mengepilkan gambarnya tetapi nampaknya kementerian (Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) tidak ambil berat dengan masalah sosial yang berlaku dalam negara dengan membenarkan imej negatif seperti itu dibawa masuk.

“Imej Rihanna termasuk dari segi pakaiannya yang menjolok mata tidak sesuai dengan budaya negara ini.

“Persembahannya juga boleh dikatakan menghampiri lucah,” katanya."

petikan daripada : http://dppwp.wordpress.com/2009/01/24/
konsert-rihanna-pas-ancam-adakan-demonstrasi/

Boikot Konsert Kafir ...Kerajaan Malaysia Tiada Sensitiviti

Saya akan berusaha untuk memastikan semua rakan-rakan ISLAM saya tidak menyertai konsert kafir ini, dan semenagnya inilah kerajaan ISLAM HADHARI tajaan pemimpin UMNO mahukan kepada anak-anak muda ISLAM di dalam negara ini. Banyak lagi cara yang baik untuk berhibur, sekurang-kurangnya tunjukkanlah simpati kepada rakyat palestin yang menderita di bumi GAZA.

INGAT RAKAN -RAKAN SEMUA, ISRAEL DITAJA OLEH AMERIKA SYARIKAT !!!

JADI KITA BOIKOT PRODUK YANG MASUK DARIPADA AMERIKA SYARIKAT KE NEGARA KITA !!!

Kementerian diketuai oleh Shafie Apdal setuju dengan konsert asalkan tidak langgar adat ketimuran negara ini. (maksudnya beliau setuju dengan konsert dan secara umumnya beliau setuju dengan kehendak ISLAM HADHARI yang mana sukakan kepada konsert haram ini)

__________________________________________________

Beliau turut menyeru organisasi-organisasi badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik serta orang perseorangan untuk menolak konsert ini dan menyatakan bantakan mereka dengan menghantar bantahan kepada Celcom dan organisasi Kerajaan yang terlibat dalam mengeluarkan permit konsert ini.


"Kita sibuk menderma untuk tabung Gaza tapi dalam masa yang sama wajarkah kita menyumbang kepada tabung peperangan Israel melalui konsert Rihanna ini?" soal beliau.

petikan daripada : http://www.pas.org.my/index.php?option=
com_content&task=view&id=2019&Itemid=2

2 Timbalan Menteri Bakal Masuk Mahkamah Dan Penjara

Inilah sikap kurang ajar pemimpin BN, cuba langgar undang-undang negara.

Dua timbalan menteri kemungkinan menghadapi tindakan jika mereka didapati melanggar undang-undang dalam kejadian sekumpulan orang menyerbu dan menceroboh bilik mayat Hospital Serdang di Selangor pada Selasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Datuk K Devamany dan Senator T Murugiah, kedua-duanya timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, hadir di bilik mayat itu apabila sekumpulan orang memasuki premis itu untuk memeriksa mayat suspek curi kereta A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan polis.

"Tiada menteri atau anggota pentadbiran terkecuali daripada undang-undang dan jika mereka melakukan kesalahan, mereka perlu hadapi akibatnya," kata Syed Hamid kepada pemberita selepas menghadiri forum umum mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Johor Bahru malam tadi, lapor Bernama.

Beliau juga berkata 11 anggota polis yang sedang disiasat atas dakwaan mencederakan Kugan juga tidak akan terlepas daripada tindakan jika mereka didapati telah menyalahgunakan kuasa mereka.

Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Jan di balai polis Taipan di Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam kecurian kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, mati semasa disoal siasat pada Selasa.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata bedah siasat mendapati kematian Kugan akibat paru-paru berair tetapi keluarga Kugan mendesak diadakan bedah siasat kedua, mendakwa kematian Kugan akibat kecederaan.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kemudian menyatakan kematian Kugan telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Mengenai forum itu yang dianjurkan badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai "The Patriot" dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Syed Hamid berkata kementerian bersedia mengadakan forum serupa di seluruh negara bagi meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai ISA.

Katanya forum seumpama itu merupakan platform penting bagi kerajaan untuk mendapatkan input mengenai ISA daripada orang ramai.

petikan daripada : http://www.malaysiakini.com/news/97132 25 januari 2009

PKR Pulau Pinang Membuat Rombakan

PKR Pulau Pinang membuat rombakan drastik dalam jawatankuasa perhubungan negerinya dengan menggugurkan dua daripada tiga timbalan pengerusinya, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.

Seorang lagi timbalan pengerusi PKR negeri yang digugurkan ialah exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BukitTambun.

Tempat Mohd Fairus digantikan oleh Dr Mansor Othman manakala Law digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Tan Hock Leong.

Bagaimanapun Mohd Fairus dilantik sebagai ahli jawatankuasa jemputan.

Manakala Datuk Zahrain Mohamed Hashim kekal sebagai pengerusi PKR negeri dan Adun Batu Uban, S Raveentharan kekal sebagai timbalan pengerusi negeri.

Jawatan ketua Pemuda PKR negeri yang kosong sebelum ini diisi ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Mustafa Kamal Mohd Yusoff mengekalkan jawatan setiausaha perhubungan negeri, manakala Mohamed Fauzi Noordin kekal sebagai penolong setiausaha.

Dua lagi penolong setiausaha merupakan muka baru iaitu, Lim Boo Chang dan M Nyanasegaran.

Mustafa Kamal menggantikan exco kerajaan negeri, Abdul Malik Kassim dalam satu rombakan yang dibuat selepas pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos tahun lalu.

Manakala Diong Chong Mee dilantik sebagai timbalan ketua Wanita negeri.

Ketika dihubungi hari ini, Zahrain berkata, mesyuarat perhubungan negeri memutuskan bahawa semua exco kerajaan negeri dari PKR, tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti di peringkat negeri.

Katanya, ia melibatkan jawatan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan ketua penerangan.

Menurutnya, rombakan itu bertujuan untuk memantap prestasi jawatankuasa perhubungan negeri.

"Ia dilakukan supaya exco dapat memberi fokus kepada urusan kerajaan negeri," tambahnya.

Bagaimanapun, perubahan drastik mencetuskan andaian bahawa ia ada kaitan dengan prestasi Mohd Fairus yang dikritik oleh banyak pihak, termasuk mendapat teguran ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenainya, Zahrain berkata ia tiada kaitan dengan isu tersebut, sambil menyifatkannya sebagai satu spekulasi semata-mata.

"Saya tidak ada menerima aduan rasmi berhubung perkara itu," katanya.

Beliau mengakui ia adalah keputusannya tetapi telah dipersetujui oleh semua pihak, termasuk Anwar sendiri.

Tidak puas hati

Sementara itu, Bernama memetik Zahrain melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan negeri yang tidak berbincang dengan PKR terutamanya mengenai pelantikan penjawat sesuatu jawatan, umpamanya, langkah Ketua Menteri Lim Guan Eng melantik bekas
pemimpin Gerakan Datuk Lee Kah Choon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif embaga investPenang, iaitu badan pelaburan kerajaan negeri.

"Kita hanya dimaklumkan oleh Ketua Menteri mengenai perkara itu tetapi tidak dibawa berbincang. Jadi, kita mahu supaya beliau ambil kira kedudukan wakil ari PKR," katanya.

Pada mesyuarat malam tadi, PKR bersetuju supaya jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Majlis Perbandaran Seberang Perai, ahli majlis serta pegawai daerah disandang oleh orang politik.

Zahrain berkata PKR merancang mengadakan majlis makan malam secara besar-besaran pada Mac ini untuk mencari dana parti dan juga akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan St Anne di sini pada 1 Februari ini.


petikan daripada : http://www.malaysiakini.com/news/97023 Jan 23, 09 11:06am

MB Selangor Sokong (OSA) dimasuhkan.

Inilah akibatnya jika pemimpin UMNO tidak faham mengenai (OSA). semua perkara hendak didedahkan kepada UMUM...rasailah akibatnya...

KUALA SELANGOR, 25 Januari - Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan pandangannya yang menyokong Akta Rahsia Rasmi (OSA) dimansuhkan.

Katanya, akta itu hanya perlu diguna pakai dalam hal-hal mempertahankan keselamatan negara sahaja.

“Dari awal lagi saya katakan saya tidak bersetuju tentang terlalu merahsiakan, itu sebab saya menyokong OSA dimansuhkan …hanya perkara untuk keselamatan negara sahaja (maklumat) itu perlu dirahsiakan, tapi untuk jual lembu dan sebagainya ia tidak jadi masalah pada saya (untuk mendedahkan),” katanya ketika diminta mengulas mengenai dokumen kerajaan negeri berhubung isu derma lembu korban yang dikatakan diterima ketua pembangkang, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Katanya, OSA tidak boleh digunakan hanya untuk menjaga kepentingan satu-satu pihak sahaja.

Abdul Khalid berkata beliau mungkin mendedahkan penyelewengan yang dilakukan kerajaan yang lepas di dalam persidangan dewan undangan negeri (Dun) yang akan datang.

“Saya belajar dari dia (Dr Khir), tapi saya hanya dedahkan di dalam Dun, bukan didedahkan macam ini. Saya akan buat dan saya percaya dia setuju…dalam proses keterbukaan ini,” katanya.

Beliau turut meminta pihak-pihak berkenaan agar tidak mengaitkan isu derma lembu korban berkenaan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata beliau bersetuju dengan cadangan reformis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu mewujudkan sebuah ‘Gerak’ baru.

Menurut kumpulan itu Gerak atau nama penuhnya Gerakan Rakyat Anti Korupsi tidak lagi bebas dan seolah-olah dimiliki Umno.

Abdul Khalid berkata reformis PKR yang turut sama dalam penubuhan awal Gerak mahu mewujudkan sebuah gerakan seperti mula-mula ia ditubuhkan.

“Saya setuju… ada 10 Gerak lagi bagus (dalam mengatasi) masalah ketelusan dan kebertanggungjawaban. Ini satu era baru dalam politik,” katanya.- NOOR ALLIA KASSIM

petikan daripada : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/1735

Syukur pada ALLAH , Kapten Zahar Masuk PAS (Pakatan Rakyat)

barat kisah orang baru berkasih atau dapat isteri. Semuanya manis, baik dan indah belaka. Namun, bila berpisah, pasti ada yang dipersalahkan.

Budaya menyalahkan orang lain juga bukan baru dalam masyarakat di negara ini termasuk dalam dunia politik.

Ada pemimpin yang kecewa kerana tidak dicalonkan pada pilihan raya, tidak dilantik memegang jawatan atau kalah pemilihan parti bertindak keluar parti dengan sebahagian mereka akan menyalahkan parti.

Sebelum ini dua pemimpin Gerakan, iaitu Datuk Dr Tan Kwee Kwong menyertai PKR diikuti Datuk Lee Kah Chon di Pulau Pinang.

Kemudiannya, Naib ketua wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew juga keluar parti itu dan sertai PKR di Selangor.

Bekas setiausaha parlimen itu ketika keluar MCA pada Julai lalu juga menyalahkan parti yang sekian lama dianggotainya dan memperolehi macam-macam nikmat jawatan serta pangkat.

Terbaru, bekas ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim keluar parti dan menyertai PAS bersama 28 ketua cawangan termasuk 13 ahli jawatankuasa bahagian itu.

Dalam bahagian Petaling Jaya Selatan semuanya ada 96 cawangan UMNO.

Beliau juga menyalahkan UMNO dengan mengatakan parti itu yang mengkhianatinya

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan itu turut mendakwa pemimpin atasan parti yang ada sekarang sudah tidak berkualiti malah ada terbabit rasuah.

Zahar, 61, ketika berucap di majlis menyerahkan borang keahlian PAS kepada timbalan presiden parti itu, Nasaruddin Mat Isa di Ampang, Rabu berkata, beliau tidak kesal keluar UMNO walaupun sudah menyertainya lebih 26 tahun.

Kapten tentera bersara itu bagaimanapun menafikan tindakan penggantungan yang diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO pada 2 Disember lalu punca beliau melompat parti.

Katanya, sejak keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu,beliau bersama penyokongnya sering berbincang baik buruk sama ada untuk kekal dalam UMNO, bersara politik atau sertai parti lain.

“Bila Majlis Tertinggi UMNO gantung saya, UMNO sudah buat keputusan untuk kami dan kami terus keluar,” katanya di majlis yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Dalam ucapannya, Zahar berkata, beliau tidak lagi menghormati pemimpin tertinggi UMNO yang didakwanya membuat keputusan dengan tidak mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat, khasnya orang Melayu.

Katanya, PAS dan UMNO adalah sama tetapi PAS lebih baik dari UMNO yang pernah beliau sertai sejak 26 tahun lalu.

Ditanya kenapa beliau memilih PAS dan bukan PKR, Zahar berkata, PKR bukanlah parti yang memperjuangkan Melayu.

Beliau juga menyatakan, keputusannya menyertai PAS bukan untuk memegang jawatan kerana sudah tiga pilihan raya umum beliau tolak cadangan menjadi calon.

“Begitu juga apabila ditawarkan mengambil alih jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,menggantikan Tan Sri Onn Ismail yang uzur, saya tolak,” katanya.

Bagaimanapun, pada sidang media kemudiannya, Zahar nampak lebih banyak menyalahkan pemimpin UMNO termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa melalui pelan peralihan kuasa.

Beliau turut membidas Tan Sri Muhamad Muhd Taib yang masih menjadi menteri, ketua Penerangan UMNO dan Senator sedangkan bekas Menteri Besar Selangor itu pernah berdepan macam-macam masalah.

Zahar turut mendakwa, Muhamad bersama tujuh atau lapan ketua UMNO bahagian di Selangormenemui Perdana Menteri meminta supaya beliau dilantik sebagai ketua perhubungan UMNO Selangor, menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo selepas Selangor jatuh kepada pembangkang.

Katanya, beliau juga tidak kesal meninggalkan UMNO kerana orang Melayu sudah meluat dengan kepimpinan parti termasuk di Selangor.

Beliau juga menjawab soalan wartawan mengenai isu pembelian Eurocopter yang pernah dibangkitkan sebelum ini.

Syarikatnya adalah antara beberapa syarikat yang memasuki tender untuk mendapatkan kontrak pembelian tersebut.

Ditanya mengapa beliau meninggalkan UMNO selepas mendapat kemewahan dari parti tersebut, Zahar berkata, sebelum beliau masuk parti itu, beliau sudah pun ada banglo dan kereta mercedes.

Zahar berkata beliau akan bersama jentera PAS untuk membantu kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, yang berlangsung antara 6 sehingga 17 Januari ini. 24/12/2008

petikan daripada : http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.
Article_6b6e6451-7f000010-1ab7a890-447b98b3

MB bakal dedahkan keburukan BN Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau akan mendedahkan dokumen membabitkan perbelanjaan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Beliau berkata tindakan ketua pembangkang dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mendedahkan dokumen mengenai pembiayaan lembu korban baru-baru ini telah mendorong beliau untuk melakukan tindakan yang sama.

Bagaimanapun, beliau berkata dokumen itu akan hanya didedahkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Ini sebab saya belajar daripada dia (Dr Mohamad Khir) tetapi saya akan dedahkan hanya di dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) Selangor...bukan di tempat sembarangan.

"Kita mesti hormati OSA (Akta Rahsia Rasmi) kerana kita telah angkat sumpah tetapi saya akan buat (pendedahan) dan saya percaya dia (Mohamad Khir) setuju," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Projek Perintis Laman Dapur Dewan Undangan Negeri Ijok , Ahad.

Baru-baru ini Dr Mohamad Khir mendedahkan beliau mempunyai salinan minit mesyuarat bertarikh 28 Nov tahun lepas yang disahkan Menteri Besar yang mengarahkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selangor Incorporated Corporation (SIC) membiayai RM110,400 untuk pembelian 46 ekor lembu bagi ibadah korban dan peruntukan itu perlu ditanggung anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Bekas Menteri Besar Selangor itu juga mendakwa mempunyai resit pembayaran bagi lembu berkenaan berjumlah RM110,400 bertarikh 16 Dis dan memberitahu kesemua bukti itu telah diposkan kepadanya.

Ditanya sejauh mana kebenaran dakwaan Dr Mohamad Khir itu, Abdul Khalid berkata: "(Dakwaan) Tidak berapa betul kerana saya hanya beri senarai surau di Bandar Tun Razak apabila PKNS putuskan untuk serah lembu di kawasan itu setelah mendermakan lembu di seluruh kawasan Selangor. PKNS dan anak syarikatnya hanya menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya sahaja."

Bernama melaporkan mengenai dakwaan Mohamad Khir bahawa segala hasil negeri perlu dimaklumkan kepada Sultan Selangor, Abdul Khalid berkata ketua pembangkang itu tidak sepatutnya membabitkan sultan dalam isu itu.

Sementara itu, beliau berkata dalam pertemuannya dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini, baginda bersetuju sebanyak RM1 juta daripada hasil kutipan zakat disumbangkan kepada Palestin.- 25/1/2009

petikan daripada : http://www.agendadaily.com/cmspreview/
content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d553c9f0-7f000010-65178400-1aa15dae

Syukur Kekuatan PR semakin bertambah.

Berikut adalah kenyataan Dato Nasarudin Hashim berhubung kemasukan beliau ke dalam PKR:

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

  1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
  2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
  3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
  4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

ADUN BOTA NEGERI PERAK

petikan daripada :

http://anwaribrahimblog.com/2009/01/25/adun-bota-dato-nasarudin-hashim-menyertai-pkr/

Ahad, 25 Januari 2009

Keangkuhan pemimpin UMNO, masih tidak berubah.

Selepas tewas inilah hadiah buat semua rakyat ...

Inilah keangkuhan pemimpin UMNO, anda sendiri boleh menilai macam mana rakyat nak bersatu jika di pecah belahkan macam ni? Sepatutnya semua agensi perlu menjalinkan hubungan baik maka tiada lagi percanggahan maklumat yang benar dan telus...

Oleh yang demikian, maka reformasi yang dilakukan oleh UMNO dan BN akan berjaya mencapai matlamatnya...

Arahan berkuat kuasa serta-merta, kecuali agensi diguna sama


IPOH: Semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan semua ketua jabatan hendaklah mematuhi arahan berkenaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

Bagaimanapun, katanya, ketua jabatan daripada agensi yang diguna sama seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan dikecualikan daripada arahan itu.

"Ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan juga tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Majlis Tindakan Ekonomi Daerah dan mesyuarat yang dipanggil oleh Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Perak di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Pusat juga tidak mengiktiraf tandatangan dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu untuk sebarang urusan dengan agensi Kerajaan Pusat.

Katanya, semua agensi Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf tandatangan Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) yang dilantik oleh Kerajaan Pusat.

"Orang ramai yang hendak berurusan dengan agensi Kerajaan Persekutuan mestilah mendapatkan tandatangan Pengerusi JPPP jika surat atau salinan dokumen memerlukan pengesahan.

"Jabatan Persekutuan tidak mengiktiraf tandatangan Pengerusi JKKK atau Penghulu kerana mereka dilantik oleh kerajaan negeri," katanya.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat itu juga memutuskan setiap wakil rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional di Perak akan menerima dana khas daripada Jabatan Pembangunan Perak sebagai tabung kecemasan.

Katanya, peruntukan itu dikhususkan untuk mangsa kemalangan jalan raya, kebakaran atau ditimpa bencana alam.

Mangsa terbabit juga tidak perlu memohon kerana wakil rakyat atau Ahli Parlimen akan turun padang untuk membantu rakyat pada peringkat bawahan.




Islam Hadhari Boikot Israel tetapi sokong Konsert Rihanna ?

INILAH HADIAH KEPADA RAKYAT PALESTIN ...

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan penganjuran konsert Rihanna, yang akan diadakan 13 Februari ini di Stadium Putra Bukit Jalil, walaupun Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah konsert itu.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata: "Mereka (Dewan Pemuda PAs) boleh bantah tapi keputusan akhir di tangan kementerian."

Beliau berkata, apa yang penting ialah pihak penganjur telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan kementerian.

"Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia, tetapi memandangkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat kita mendapat akses untuk itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Tahun Baru China 2009 di sini, hari ini.

petikan diambil daripada : http://dialograkyat.blogspot.com/

Inilah wajah sebenar Kerajaan Islam Hadhari yang kononnya simpati dengan nasib rakyat palestin di gaza dengan menyokong KONSERT RIHANNA di Kuala Lumpur. Tak sampai pun beberapa hari selepas gencatan senjata Kerajaan Malaysia meraikannya dengan konsert RIHANNA...

Inilah boikot yang sebenar di lakukan oleh pihak Kerajaan Islam Hadhari....!!!

Adakah UMNO semakin berani , atau ....?

Ramai terkejut dengan 12 Ahli UMNO yang disoal siasat atas tuduhan RASUAH iaitu menggunakan politik wang untuk melobi jawatan tertinggi di dalam cawangan mahupun bahagian. Ini lah wajah perubahan di dalam UMNO jika kita lihat semuanya merupakan orang KUAT paklah dan dalam erti kata lain orang kuat Khairy.

Adakah ini pembersihan etnik puak Pak Lah di dalam pentadbiran Najib kelak? Najib akan menggunakan semua saluran yang ada bagi memastikan hanya orang-orang kepercayaan beliau sahaja yang akan ada di dalam pentadbiran beliau.

Inilah nilai bangsa melayu sejak 50 tahun memerintah masih tiada yang berkualiti dan tidak yakin dengan diri sendiri. Nilai bangsa melayu di dalam UMNO ialah sekitar RM100 sehingga RM500 sahaja... Itu baru peringkat cawangan dan bahagian..

Untuk makluman Dato' Norza Zakaria merupakan orang kuat Pak Lah dan Khairy Jamaluddin.

Bagaimana dengan peringkat atasan UMNO? saya rasa nilainya akan bertambah...

Inilah perjuangan bangsa yang dilaung - laungkan oleh ahli UMNO...
Inilah nilai bangsa melayu yang diletakkan oleh pemimpin UMNO..

Anda Nilaikanlah sendiri...!!!

Inilah wajah sebenar orang gila talak ( Dr Khir Toyo).

23 JAN 2009 PKNS MENJELASKAN PENGAGIHAN LEMBU KORBAN BANDAR TUN RAZAK

Friday, 23 January 2009 | Ruangan: Kenyataan Media

PETALING JAYA - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menaja 390 ekor lembu korban yang diagihkan kepada surau dan masjid di seluruh negeri selangor sempena sambutan hari raya haji yang lepas. Dalam menguruskan penajaan lembu korban untuk negeri Selangor, beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah berminat untuk menjalankan tanggungjawab sosial dan telah bersetuju untuk menderma lembu korban di kawasan Bandar Tun Razak.

PKNS sangat prihatin kepada segala laporan dan kenyataan berhubung derma lembu korban kepada masjid, surau dan madrasah di kawasan Bandar Tun Razak. Ingin dijelaskan bahawa keputusan untuk menderma 46 ekor lembu korban kepada 46 masjid, surau dan madrasah di Bandar Tun Razak dibuat selepas satu perbincangan di peringkat kumpulan pengurusan PKNS dan beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah bersetuju untuk menyertai pembayaran program ini.

Bayaran sebanyak RM110,400 untuk 46 ekor lembu korban yang didermakan telah diuruskan oleh Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) yang kemudiannya membahagikan bayaran itu kepada enam (6) syarikat yang telah menyatakan persetujuan mereka untuk menderma.

Syarikat-syarikat yang menderma adalah:

1. Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) (5 ekor bernilai RM12,000)
2. Selaman Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
3. Damansara Impian Sdn Bhd (6 ekor bernilai RM14,400)
4. Pembinaan K.K.Wong Sdn Bhd melalui Sunway Damansara Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
5. PKNS Infra Berhad (5 ekor bernilai RM12,000.00)
6. Must Ehsan Development Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
7. PKNS Engineering & Construction Berhad (5 ekor bernilai RM12,000)

Pihak PKNS hanya memaklumkan kepada Dato’ Menteri Besar Selangor tentang derma lembu korban ini setelah semua perancangan telah diatur. PKNS ingin menjelaskan bahawa pihak Dato’ Menteri Besar Selangor atau pegawainya tidak pernah menghubungi PKNS ataupun SIC Berhad berkenaan pendermaan lembu korban ke kawasan Bandar Tun Razak. Dato’ Menteri Besar Selangor juga tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen untuk mengarahkan Selangor Industrial Corporation Bhd (SIC) membuat pembayaran. PKNS juga ingin menjelaskan Dato’ Menteri Besar Selangor bukanlah pengerusi SIC Berhad seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Sebaliknya, Datin Paduka Low Siew Moi selaku merangkap pengurus besar PKNS, adalah pengerusi SIC Berhad.

Adalah diharapkan kenyataan ini akan melenyapkan segala kekeliruan yang telah timbul berkaitan dengan isu ini.

MOHD. WAZIR BIN ABDUL GANI
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR


petikan daripada : http://www.selangorkini.com.my/en/

Sabtu, 17 Januari 2009

Ya ALLAH ... Bantulah Rakyat Palestin ...

Saya menyeru kepada semua agar membantu rakyat palestin yang sangat menderita...




Semoga ALLAH membantu semua umat ISLAM di dunia ini... AMIN...

ALLAH MAHA BESAR... PAS MENANG DI KUALA TERENAGGANU

Sudah lama saya tidak menulis untuk blog ini...maka di kesempatan yang Allah berikan ini saya ingin mengucapkan salam kepada semua yang sudi membaca blog ini...

Syukur PAS menang lagi .. dan ini membuktikan bahawa PR menang bukan hanya protes kepada BN tetapi sebenarnya rakyat sudah bijak membezakan Parti yang akan benar2 membela nasib mereka kelak...

Semoga kemenangan ini akan menjadi kesinambungan sehingga hukum HUDUD terlaksana di bumi tercinta ini..

Semua ini di tentukan oleh Allah SWT...