HUTANG TETAP HUTANG ...
Pas adalah parti dakwah dan menyeru kepada kebaikkan, menegur segala kemungkaran. Berhubung artikel “Enggan bayar hutang RM218 juta….peluang ahli Umno masuk neraka cerah” kami tidak menjatuhkan hukuman tetapi sekadar mengingatkan akan janji-janji Allah dan RasulNya.
Rasulullah pernah mengingatkan, bahawa;
“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)”
( Riwayat Muslim, 6/3 8)
Berdasarkan hadis berkenaan orang yang mati Syahid sekalipun masih tidak diampunkan Allah jika masih berhutang. Bagaimana pun keadaannya dengan Umno yang kita tidak tahu bagaimana cara matinya.
Kita semua tahu mereka berhutang tetapi enggan bayar dan memang ada janji khas untuk mereka yang berniat untuk enggan bayar hutang.
“Barangsiapa yang meminjam harta orang lain (hutang) dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya (hutang) dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya (dibalas dengan hukuman dunia atau neraka akhirat)”
( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Justeru itu menjadi satu peringatan buat ahli Umno bahawa sebelah tapak kaki mereka kini sudah diletakkan dalam neraka oleh kerana tindakkan biadap pemimpin mereka yang enggan bayar hutang.
Kami akui bahawa tidak semua ahli Umno itu jahat dan akan masuk neraka. Ramai juga yang baik, tetapi mereka terlalu naif dan mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin mereka yang berkepentingan.
Inilah natijahnya bila mana pemimpin mereka membuat hutang dan mereka bersama tanggung akibatnya kerana mereka jualah yang memilih pemimpin itu.
Maka jadilah mereka orang-orang yang rugi. Sesungguhnya pintu syurga itu banyak dan mereka boleh pilih sendiri. Tetapi perlulah bertaubat dan bayar hutang itu atau keluar tinggalkan pemimpin Umno yang korup itu.
Ahli-ahli yang memikirkan masa depan mereka diakhirat tidak akan kekal bersama Umno. Bak kata pepatah “orang lain makan nangka, mereka yang kena getahnya”.
Jadi tidak adillah buat ahli-ahli yang tidak tahu menahu dihukum. Jadi mereka ada pilihan-Bayar hutang itu atau tinggalkan Umno dan bertaubat.
Soal syurga neraka sudah Allah nyatakan ciri-ciri ahli, maka kami hanya menyebut apa yang Allah sebutkan. Hatta jika jadi ahli Pas sekalipun kami tindak janjikan syurga kerana Syurga itu Allah yang tahu sesiapa sahaja yang ingin diberikannya.
Tugas kami membimbing, dan menasihati agar kita sama-sama dapat masuk syurga. Setiap orang lakukan kesilapan dan taubat itulah jalannya. Tetapi jika tiada orang yang tegur, kesilapan itu mungkin akan berulang.
Hidup ini hanya sekali, kita telah lakukan banyak perkara. Ada yang baik dan ada yang buruk. Yang lepas itu kita tidak boleh tarik semula, tapi yang akan datang kita baiki. Moga kita akan jadi lebih baik dari semalam. Sama ada ia ahli Umno atau Pas, hakikatnya hanya orang yang berjuang dijalan Allah dengan kebenaran dan keinsafan sahaja yang akan berjay ke Syurganya.
petikan daripada : http://dppwp.wordpress.com/2009/01/23/
soal-syurga-neraka-pas-ingatkan-umno-bukan-jatuhkan-hukuman/
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan