Isnin, 26 Januari 2009

MB Selangor Sokong (OSA) dimasuhkan.

Inilah akibatnya jika pemimpin UMNO tidak faham mengenai (OSA). semua perkara hendak didedahkan kepada UMUM...rasailah akibatnya...

KUALA SELANGOR, 25 Januari - Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan pandangannya yang menyokong Akta Rahsia Rasmi (OSA) dimansuhkan.

Katanya, akta itu hanya perlu diguna pakai dalam hal-hal mempertahankan keselamatan negara sahaja.

“Dari awal lagi saya katakan saya tidak bersetuju tentang terlalu merahsiakan, itu sebab saya menyokong OSA dimansuhkan …hanya perkara untuk keselamatan negara sahaja (maklumat) itu perlu dirahsiakan, tapi untuk jual lembu dan sebagainya ia tidak jadi masalah pada saya (untuk mendedahkan),” katanya ketika diminta mengulas mengenai dokumen kerajaan negeri berhubung isu derma lembu korban yang dikatakan diterima ketua pembangkang, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Katanya, OSA tidak boleh digunakan hanya untuk menjaga kepentingan satu-satu pihak sahaja.

Abdul Khalid berkata beliau mungkin mendedahkan penyelewengan yang dilakukan kerajaan yang lepas di dalam persidangan dewan undangan negeri (Dun) yang akan datang.

“Saya belajar dari dia (Dr Khir), tapi saya hanya dedahkan di dalam Dun, bukan didedahkan macam ini. Saya akan buat dan saya percaya dia setuju…dalam proses keterbukaan ini,” katanya.

Beliau turut meminta pihak-pihak berkenaan agar tidak mengaitkan isu derma lembu korban berkenaan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata beliau bersetuju dengan cadangan reformis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu mewujudkan sebuah ‘Gerak’ baru.

Menurut kumpulan itu Gerak atau nama penuhnya Gerakan Rakyat Anti Korupsi tidak lagi bebas dan seolah-olah dimiliki Umno.

Abdul Khalid berkata reformis PKR yang turut sama dalam penubuhan awal Gerak mahu mewujudkan sebuah gerakan seperti mula-mula ia ditubuhkan.

“Saya setuju… ada 10 Gerak lagi bagus (dalam mengatasi) masalah ketelusan dan kebertanggungjawaban. Ini satu era baru dalam politik,” katanya.- NOOR ALLIA KASSIM

petikan daripada : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/1735

Tiada ulasan: