Sultan Perak memang seorang yang bijak. Baginda tidak memihak kepada satu suara sahaja. Baginda melihat kepada 2 dimensi dan persepsi.
1. Apabila berlaku pergolakkan di Perak. Baginda terus bertanya kepada MB Perak ( Nizar) mengenai masalah yang berlaku. MB Perak (Nizar) pada ketika itu terus memberikan pandangan untuk membubarkan DUN kerana terdapat ADUN PR yang mungkin akan lompat parti. Tetapi baginda tidak terus membuat keputusan. Baginda mahukan bukti dan pihak PR telah membuat surat perletakkan jawatan yang mungkin PALSU dan diberikan kepada SPR untuk tujuan pilihanraya kecil. Perkara ini dinafikan oleh 2 ADUN (Bebas) tersebut.
2. BN melihat ini suatu peluang yang baik, dan TPM pada ketika itu mendapat peluang menghadap Sultan Perak dan menyatakan bahawa BN mendapat majoriti untuk membuat kerajaan berdasarkan sokongan padu oleh 3 ADUN PR. Bermakna pada ketika ini BN 28+3 kerusi dan PR 28 kerusi.
3. Oleh yang demikian, baginda Sultan Perak ingin mendergar sendiri pengakuan daripada 3 Adun PR tersebut. Maka baginda telah menitahkan semua ADUN BN termasuk 3 ADUN BEBAS menghadap baginda dan terbukti ianya BENAR.
4. Maka dengan KUASA SULTAN dan demi memastikan Perak dapat meneruskan agenda ekonomi dan kemajuan dengan baik dan pada masa yang sama baginda telah mendapat bukti yang MB Perak (Nizar) telah hilang majoriti maka baginda memberi MANDAT kepada BN untuk mentadbir negeri Perak.
5. Cuma perkara ini telah mengejutkan PR dan mereka tidak boleh menerimanya, melainkan dipanggil sidang DUN( Undi tidak percaya) ataupun pilihanraya umum bagi negeri Perak.
6. Dalam agama Islam kita perlu redha pada ketentuan-Nya dan perlu muhasabah diri sentiasa. Mungkin ada hikmah disebalik perkara ini berlaku...
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan