Saya juga tercari-cari sejauh manakah penerimaan kepada putar-belit bahawa Sultan terpaksa menjatuhkan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin kerana kononnya dia dilembukan oleh DAP dan memberi tanah tapak rumah sebanyak 3,000 ekar kepada orang-orang Cina (tiga ribu ekar). Saya tahu Sultan marah dengan tindakan itu. Ada rakan dari Kelantan yang memberitahu bahawa perkara itu dinyatakan oleh Sultan dalam pertemuan dengan seorang kepala NGO yang dicipta selepas Umno dan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi dan peluang mentekedarah duit dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu.
Semua orang tahu Umno sedang berusaha keras untuk merampas kembali Selangor dan Perak terutamanya. Semua orang tahu bahawa Selangor adalah jelapang duit bagi Umno.
Perak juga jelapang duit Umno. Parti itu kerugian besar apabila kalah dalam pilihan raya 8 Mac lalu dan hilanglah peluang buat duit. Mestilah marah apabila terkubur peluang buat duit dengan menggadai tanah-tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor serta dalam daerah Kinta dan Perak Tengah sedangkan perkara itu telah mereka janjikan kepada tauke-tauke untuk memuktamadkan penggadaian tersebut selepas pilihan raya 8 Mac tahun lalu.
Marah sangat sebab bagi 3,000 ekar tanah tapak rumah kepada Cina? Kalau marah sangat, kenapa tak sebak dan menangis apabila melayangnya entah berapa ribu ekar tanah kerajaan dan tanah rezab Melayu di Perak semasa zaman pemerintahan Umno Barisan Nasional sebelum 8 Mac 2008 lalu? Antaranya:
1. 22,000 ekar - Ya! dua puluh dua ribu ekar - tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung
2. 5,000 ekar di Beruas
3. 500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)
4. 12,000 ekar kepada semua petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor
5. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin Umno kepada YTL. Ini tanah rezab melayu di Padang Rengas!
6. Dan, banyak lagi jumlah keluasan yang kecil di sana-sini di seluruh Perak.
Ketika kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional membuat pesta melelong tanah kerajaan dan tanah rezab Melayu tersebut, di mana air mata? Di mana budak-budak yang diupah semurah RM50 seorang untuk menunjuk perasaan? Itu bukan "mencuri hak tanah kepunyaan Melayu". Adakah Cina yang mencuri atau Umno yang mencuri?
Marah sangat sebab bagi 3,000 ekar tanah tapak rumah kepada Cina? Sila baca petika berita Utusan Malaysia yang berikut:
(Setiausaha Perhubungan Umno Perak, Datuk) Ramly (Zahari) berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah berusaha memastikan penduduk di 134 kampung baru di Perak memiliki suratan hak milik secara sah.Sekurang-kurangnya sudah 90 peratus suratan hak milik yang sah diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional Umno kepada penduduk kampung baru di Perak. Kenapa istana tak gunakan isu itu sebagai alasan untuk menghambat Menteri Besar Perak ketika itu?
Katanya, usaha ini dilakukan sehingga sanggup memberi diskaun premium beberapa kali bagi penyambungan tempoh hak milik.
"Semasa BN dahulu kita telah berjaya mengeluarkan sebanyak 48,183 hak milik mukim dan 4,672 hak milik berdaftar.
"Kita percaya tidak sampai 10 peratus daripada jumlah lot kampung baru yang belum memiliki suratan hak milik. 10 peratus ini pun sebenarnya hanya tinggal di peringkat untuk membuat pendaftaran sahaja," katanya.
Come on la! Bukan semua orang boleh diperbodohkan seperti mereka yang telah berjaya diperbodohkan. Kulaan suruh takut dan taat perintah yang mana? Kalau di zaman Revolusi Islam Iran dahulu, Imam Khomeini quddisa sirruh mengarahkan para pendukung Revolusi Islam mencampakkan serban ulama jahat ke dalam longkang! Babi lebih mulia dari depa, itu aku kata!!
(Nota: Saya tak suka sakitkan hati Sultan Perak. Dia lebih tua dari saya dan Islam menyuruh saya supaya hormat yang tua dan kasih yang muda. Saya juga sentiasa menyanjungi dan mengenang jasanya menandatangani pindaan Perlembagaan 1993. Tapi, ada masanya saya tak mampu duduk diam macam lembu kenyang. Saya memohon maaf kepadanya dan sentiasa menghormatinya sebagai seorang yang lebih tua dari saya. Saya juga akan sentiasa menyanjungi jasanya menandatangani pindaan Perlembagaan itu.)
petikan daripada : blog sokong PR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan