Ahad, 8 Februari 2009

DAP Dan PKR Bergolak... PAS fikir gabung dengan UMNO.

PR bergolak lagi.

Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut, demikian menurut The Star.

Bercakap dalam sidang akhbar di Georgetown, Karpal berkata tindakan mengalu-alukan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Bota melompat menyertai Pakatan, sebelum beliau balik semula ke BN, telah mencetuskan ketegangan dalam Pakatan sehingga menyebabkan Perak jatuh ke tangan BN.

Pemimpin DAP itu berkata, Anwar telah menimbulkan cukup masalah dan sudah tiba masanya bagi beliau (Anwar) bertaubat.


petikan daripada : Malaysia Kini

Tiada ulasan: