Oleh rashitt
"ASSALAMU ALAIKUM.. Sebelum teman memulakan bicara,suka teman mengingatkan dan mohon kerjasama dari seluruh warga Pakatan Rakyat agar kita tidak lari dari matlamat asal,iaitu "BUBARKAN DUN,BIAR RAKYAT MEMILIH". lUPAKANLAH lain-lain isu "aksesori terpakai" seperti derhaka,penghianat,lompat dan sebagainya.
Teman sebenornyer rase sedih apabila melihat begitu banyak cerca dan dusta dilemparkan ke atas Sultan Perak walaupun hakikatnya pahit untuk kita telan. Langkah begini sebenarnya merugikan kita dan kemungkinan TKO akan diBan dan kite semua yang rugi..
Untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham,teman mencadangkan ..
1. Kita utuslah sebanyak mana perutusan kepada Sultan samada melalui surat,fax,email,poskad (sebanyak mungkin ),namun kita tulis cuma ayat ini " BUBARKAN DUN,BIAR RAKYAT MEMILIH",selain dari 2 ayat itu,kita anggap bukan dari sumber PAKATAN.
2. Kita hantar pula "HADIAH " samada melalui pos,email ,fax dan sebagainya (juga sebanyak yang mungkin) kepada 3 orang ADUN TAK BEBAS ini dan bangunan UMNO negeri ..kita hantar kasut,selipar,terompah YOB!! Biar deme rase begitulah hinanya mereka.
Pohon kerjasama "Wonderpet" untuk mendapatkan alamat,no fax dan yang sewaktu,dan paparkan di TKO ini, CARI YOB!!!..
Kita GUNAKAN pendekatan baru,kurangkan demo (lebih kebaikan kepada UMNO sebenarnya-Media mereka putar belit ) gunakan cara baru sempena malaysia baru..kita cipta SEJARAH POLITIK ALAF BARU !!!!
Itu sajalah pada pendapat teman,kalau molek bebenor,kita buat dan sebarkan,kalau idak teman tak upaya nak memaksa..
berbalik pada fakta menarik yang teman dapat dari pelbagai sumber..
1. Antara sebab dan alasan utama rampasan kuasa berlaku di Perak menurut pendapat umum (sumber UMNO) ialah kerana takutkan pengaruh DAP,tetapi jika UMNO benar-benar ikhlas,tidakkah boleh UMNO
dan PAS atau PKR bersama-sama menentang sekiranya DAP mahu membuat onar?.
2. Lebih menarik lagi,sebelum terbentuknya pakatan,yang memerintah Perak ialah UMNO,jadi isu Melayu makan melayu seharusnya tidak timbul kalau mereka " SEDAR ".
3. Guru sekolah dan mereka yang pakar bahasa , bermula di saat ini kemungkinan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat bila ditanya "APA MAKNA BEBAS".
4. Apabila berlakunya demontrasi dan penentangan,rakyat dan pemimpin pembangkang dipersalahkan oleh media,tapi percayalah sekiranya Sultan berkenan membubarkan DUN,pasti UMNO pula akan buat onar dan demontrasi.
5.Mana-mana CEO atau pegawai tinggi kerajaan dan swasta bolehlah tidak datang kerja seminggu,walaupun telah tandatangan akujanji,tiada siapa boleh buang mereka, "Tidak Sah dan meragukan "... hehe
6. Jika salah seorang dari tiga Adun tak bebas ini dilantik sebagai EXCO,satu rekod telah dicipta di Malaysia..
7. Kesilapan DS Anwar dalam isu lompat tidak boleh kita ambil ringan,ibarat kata kerana mulut badan binasa...
8. Macam biasa,Polis akan cepat ,mesra,cekap dan betul bertindak ke atas pemimpin pembangkang kononnya "menjejaskan sekelamatan negara".
9. DS Najib rupanya tidak berani datang ke majlis Fa Chai,bila terdengar adanya ura-ura orang ramai mahu " MERAIKANNYA"..
10. Jika anda mahu melihat bagai mana rupanya orang sakit boleh senyum " lihatlah senyuman 3 orang ADUN tak BEBAS ini.
11. ADUN Bota dalam diam-diam rupanya berniat mahu merampas gelaran "RAJA LOMPAT " yang disandang oleh Ibrahim Ali.
12. Kita boleh membantu ADUN tak BEBAS, Hee Yit Fong dari DAP yang keluar parti untuk menambah ketinggiannya sekiranya kita bersedia meng HADIAHkan beliau sepasang kasut tumit tinggi yang diperbuat dari campuran BELERANG DAN JERING ..
13. Selepas SPR,Sultan,pakar Undang-undang,penganalisis politik,Badan NGO dan sewaktu,Polis , Siapakah lagi yang akan terlibat dalam konflik di Perak selepas ini,adakah Mahkamah? dan sekiranya Mahkamah pun terlibat (tidak memihak pada kita ) manakah lagi pilihan rakyat..?
14. Jika ditakdirkan berlaku PRK,Adakah 4 calon ini akan dikekalkan atau mereka hanya boleh dibenarkan sebagai calon PMR sahaja.
15. JIKA DISELIDIKI DENGAN MENDALAM,TIDAK ADA SEORANGPUN PEMIMPIN DARI PARTI KOMPENAN BN YANG BERANI KELUAR KENYATAAN KEMELUT DI PERAK..kenape ek!!!
16. Apakah nasib Tajol Rosli yang pernah seminggu malu tak keluar rumah bila BN kalah,Adakah beliau menyokong MB yang baru atau adakah akan berlaku Sabotaj sesama mereka seperti si Idris Jusoh (Ganu kite).
17. Bolehkah kita bertahan lama untuk menuntut keadilan?..bukankah kita selalu TERLUPA..
18. Jika di tengok pada dari 28 senarai ADUN dari BN,cuma satu dari MCA, puas hatikah nanti orang Cina bila mereka cuma ada 2 orang ajer wakil berbanding 18 sebelum ini.
19. Media utama "kera" jaan dapat melaksanakan misinya dengan berkesan,tapi percayalah anda misi mereka itu sebenarnya cuma berjaya mententeramkan sementara pemimpin mereka..
20. Teman-teman semua perasan tak,setakat ini tidak ada satupun ulasan yang diambil dari KJ..mengapa ek!!!
21. KU LI dan Dr. Mahathir bolehlah dianggap " Wira Tua Sedar Diri " dan masih berusaha untuk menyelamatkan UMNO,tapi apakan daya,kapal UMNO terlalu berat untuk diangkat oleh mereka berdua.
22. Siapa dan berlakukah "yang bakal di ISA kan " demi menyelamatkan maruah UMNO di PERAK..
Wassalam..
petikan daripada :http://www.tranungkite.net/v8/
modules.php?name=News&file=article&sid=2313
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan