“Hormati peranan Sultan dan bentuk kerajaan melalui pilihan raya,” tegas ahli parlimen Gua Musang yang lebih dikenali dengan KuLi dalam blognya ketika mengulas kemelut politik di Perak.
Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tegas beliau telah diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar dan selagi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan jawatan tersebut kekal.
Beliau berkata jawatan tersebut akan terlucut jika Nizar meletak jawatan secara sukarela atau undi tidak percaya dibuat ketika sidang Dun.
“BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti,” tegas beliau.
Tindakan Adun Bota yang kembali menyertai Umno selepas menyertai KeADILan selama 11 hari dianggap sebagai menghina intelektual rakyat.
KuLi seterusnya menegaskan, jika BN memilih untuk menubuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya, ia akan membangkitkan kemarahan rakyat.
“Apa yang akan berlaku nanti dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat bukan hanya menolak BN di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan,” tegas KuLi. ,P. Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar pilihan raya peringkat negeri Perak diadakan supaya rakyat Perak menentukan kerajaan yang mereka mahukan. - MKS
petikan daripada : http://dppwp.wordpress.com/2009/02/05/perak-ku-li-kutuk-pemimpin-umno/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan