Khamis, 5 Februari 2009

UMNO sanggup makan najis sendiri...

Begitulah jijiknya perangai Umno ini. Mereka sumpah seranah dan tuduh Jamaluddin dan Osman ini dengan rasuah tetapi kini mereka jilat semula kahak dan ludah yang mereka hamburkan kepada Jamaluddin dan Osman.

Jamaluddin dan Osman sudah tentu termakan umpan besar yang disediakan oleh Umno/ BN. Kita tidak tahu sebesar mana umpan itu, tapi pastinya tentulah besar.

Apa ertinya Dollah dan Najib yang konon mahu menghapuskan rasuah dengan menubuhkan SPRM kalau orang yang sedang menghadapi tuduhan rasuah di umpan pula dengan rasuah ?

Dollah dan Najib boleh menafikan tetapi adakah rakyat yang sedang memerhatikan sandiwara tersebut bodoh bangang seperti mana mereka?

Kalau tidak percaya lihatlah nanti bila pilihanraya kecil Cangkat Jering dan Behrang diadakan; rasuah akan muncul merata-rata.Najib dan Dollah Badawi tetap bertegang leher menafikannya.

petikan daripada : http://alhusseyn51.blogspot.com/

Tiada ulasan: