Selasa, 27 Januari 2009

Kelemahan Orang Melayu ...Adakah Orang Melayu Sahaja Perlu Bantuan ???

KELEMAHAN ORANG MELAYU KERANA MASIH MENGHARAP BANTUAN KERAJAAN 100%,
SEDANGKAN MALAYSIA HAK SEMUA KAUM,MAKA KERAJAAN YANG TERBENTUK SETIAP
PILIHANRAYA ADALAH JUGA MENJADI TEMPAT MENGHARAP SETIAP WARGANYA....TANPA MEMINTA-MINTA BERLEBIHAN KEPADA SATU-SATU KAUM SAHAJA....ADAKAH KITA BERANI MENGATAKAN KITA SAHAJA PERLU BANTUAN?

petikan daripada :
http://jiwakita-openminda.blogspot.com/2008/11/
kekuatan-orang-melayu-kerana-peranan.html

4 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Ya, Mak Cik rasa Orang Melayu masih perlukan bantuan. Kuota 30% yang pernah kita targetkan pada awal 1970an dulu masih belum kita kecapi.

Kita TIDAK Melarang kaum lain buat duit dan harta di Malaysia ini, memang ini pun negara mereka. Tetapi apanya kita mahu adalah agihan kek ekonomi yang sama rata itu pun 30% sahaja dari 100%.

Maka kerajaan adakanlah MARA, Giat MARA, dan banyak agensi lain yang Mak Cik pasti graduan bijak macam kamu sudah tahu.

Mak Cik pernah bekerja sebaik habis MCE lewat 70an di tempat Cina yang terpaksa ambil Mak Cik kerana Kuota Kerajaan. Gaji permulaan RM 170 sebulan + Kola RM30. Dalam Syarikat Kewangan inilah Mak Cik dapat kejutan betapa jauh ketinggal orang Melayu dalam segi kewangan dan kekayaan dan bekerja dengan mereka sebagai seorang sahaja Melayu di tempat Cina bukanlah mudah.

Jadi janganlah kamu cuba nak jadi hero mempertahankan mereka dan memperkecilkan sendiri bangsa kamu semata mata kerana kamu seorang graduan bijak tanpa mengetahui sejarah susah payah orang Melayu hendak capai atau sampai ke tahap mereka sekarang.

Kalau dulu nak cari Doktor Melayu, Engineer Melayu, Akauntan Melayu, Peguam Melayu memang susah sangat. Terima Kasihlah dengan bantuan Kerajaan ramailah lahir anak anak desa dan kota diberi bantuan dan biasiswa sehingga ramai yang berdaya saing atau lebih hebat lagi dari bangsa bangsa lain di dunia ini.

Lihat kita ada Pakar Bedah Jantung Melayu yang hebat heabt, Pakar Tulang yang dulu Orang Melayu hanya pakar bedah ayam dan ikan sahaja dan semata-mata.

Walaupun kita mungkin graduan hebat IT dan Teknologi elok juga kita faham sejarah. Sejarah tanah Air, bagaimana negara bermula dan semua yang telah dilalui datuk nenek moyang kita dahulu.

Memang, kita semua simpati pada kematian M Kugan. Walaupun ramai yang dah kena dengan genster India punya penangan kita masih simpati. Mak Cik pun ada anak muda dan faham perasaan ibu bapa Kugan.

Yang paling sedih mungkin kerana Kematian beliau diPolitikkan. Mengapa baru sekarang SEMUA pihak tiba tiba simpati.

Mengapa Simpati pada yang mati?? Sepatutnya MIC simpati pada anak anak muda India yang ramai jadi gengster. Ini adalah hakikat, semua orang maklum.

MIC dan Orang kaya kaya India patut cari SEBAB dan PUNCA mengapa ramai sangat yang minat nak jadi gengster, adakah ini salah pembawakan keluarga atau pengaruh filem Tamil???

Mak Cik setuju sangat diadakan kertas Putih, hijau atau kuning dalam hal ini.

Cari, gali sebab mengapa ini boleh berlaku. Kugan telah mati dengan keadaan begitu. Mengapa??

Dan yang penting Selamatkan yang hidup, MIC patut aggressive dan kurang bercakap untuk mencari penyelesaikan anak anak muda mereka.

Tidak salah kita sayangkan bangsa sendiri. Ini Lumrah hidup. Naluri insan semua sayangkan bangsa mereka. Apa salah UMNO tolong Melayu?

Kalau MIC nak tolong orang India SILAKAN.

Kalau MCA juga begitu. Dengan kekayaan yang melimpah ruah begitu banyak organisasi Cina dan Persatuan Persatuan itu dan ini, yang Hokkien lah yang Cantoneses lah masing masing menolong bangsa mereka dalam berniaga, net working, biasiswa pada penuntut Cina, membina sekoloh sekolah Cina. Kita orang Melayu tak bising tak marah. Dirikanlah banyak manapun asalkan jangan di tapak yang haram.

Haji A. Ali, HS berkata...

Terima Kasih kerana memberikan ulasan,

Saya setuju sangat dengan pandangan yang anda berikan.

Cuma apa yang ingin saya katakan saya bermula dengan perit jerih iaitu membiayai pengajian saya dengan kerja sambilan, mejadikan bahan buangan dan dijual semula untuk mengisi minyak motor.

Saya cuba merasai dan berdiri tanpa bantuan kerajaan kerana saya fikir lebih ramai lagi yang mamerlukannya.

Bukan niat saya hendak menjulang bangsa lain, saya masih membantu rakan-rakan bangsa saya cara bernaga yang baik. Saya measih mengutamakan bangsa melayu sebagai bangsa utama jika saya mempunyai projek. Walau teruk macam mana pun saya masih mahu memberikan projek kepada melayu.

Pernah saya ditipu oleh bangsa sendir tetapi saya masih tidak serik, kerana mungkin suatu hari nanti mereka akan sedar.

Pelajaran, Jalanraya dan lain-lain perkara merupakan tanggungjawab kerajaan. Seperti tanggungjawab ibu dab bapa memberikan makan, minum, tempat tinggal dan pendidikan kepada anak-anak mereka, ini merupakan tanggungjawab.

Isu Kematian A.Kugan sepatutnya tidak berlaku jika polis memainkan peranan yang baik di dalam melaksanakan tugas mereka. Saya cuma mempersoal di mana sifat kemanusiaan mereka (polis)? Apa yang kita tahu mendiang suspek kes curi kereta mewah, dan orang yang layak menjatuhkan hukuman ialah HAKIM bukannya POLIS...Itu yang cuba saya tekankan...POLIS sepatutnya menggunakan sifat kemanusian bagi membuat soal siasat..bukannya membunuh mendiang..

Buat apa kita nak marah orang cina jika mereka berjaya sepatutnya semangat ingin berjaya mereka menjadi pemangkin supaya kita terus ingin berjaya dalam perniagaan dan kehidupan..Ingat hanya ambil yang halal dan buang yang haram...

Saya belajar sedikit mangenai cara cina berniaga..iaitu tiada sifat sombong dan sentiasa membantu antara satu sama lain..

Saya kira oarang melayu perlu seadr kerana telah 50 tahun dibuai lena dengan otngkat kerajaan..

FIkirkanlah..

Haji A. Ali, HS berkata...

Saya kira oarang melayu perlu sedar kerana telah 50 tahun dibuai lena dengan tongkat daripada kerajaan..

FIkirkanlah..

Watie berkata...

untuk penghayatan kita semua apa yang berlaku di singapura bila cina memerintah ...http://singaporedissident.blogspot.com/2012/03/singapores-betrayal-of-non-chinese.html