Ahad, 1 Mac 2009

Dalam Diam Najib Bakal DiTentang ???

emilihan Umno Mac ini pastinya ditunggu bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak penuh minat dan 'mendebarkan' kerana di  situlah titik mulanya sebarang kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri.

Namun mutakhir ini terdapat satu 'rumus' yang mula mengaitkan akan adanya calon lain yang bakal muncul dikalangan BN selaku bakal Perdana Menteri.



Mengulas isu ini, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, paling menarik apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz ada mengingatkan perihal pelantikan Perdana Menteri yang akhirnya terletak kepada kuasa Yang DiPertuan Agong.

"Saya pun nak tarik perhatian dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz semalam (24 Februari) di Parlimen apabila menyentuh tentang siapa yang akan jadi Perdana Menteri.

"Nazri tegaskan bahawa Agong itu ada pengaruh, dan sekiranya Agong tak mahu kepada TPM (Najib) sekarang ini pada bulan Mac nanti maka tidak akan jadi.

"Dan Nazri sebut dengan cara terus terang hal ini dan kita membacanya sebagai tanda bahawa memang ada ketidakpuasan hati orang-orang BN sendiri walaupun mungkin beluam dizahirkan sekarang tetapi mungkin Mac ini mereka akan tonjolkan," katanya.

Beliau menjangkakan sebelum Mac ini seorang lagi yang ada kepercayaan majoriti dan keyakinan majoriti yang lebih daripada Najib sendiri untuk jadi PM lebih-lebih lagi jikalau Agong sekalipun tak berkenan dengan perangai dan perwatakan dan isu yang mengelilingi Najib hari ini.

Persoalan iemj Najib yang sebenarnya akan mencemar imej Malaysia itu sendiri di pentas dunia dimana seorang yang ada tuduhan jenayah seperti itu sememangnya tidak layak jadi PM, katanya.

Semestinya akan datangkan kesan negatif kepada negara dalam jangka masa pajang, katanya.

Setakat ini katanya segala-gala mungkin dan apa yang berlaku ada banyak kemungkinan samada PM atau orang lain dalam BN yang akan ditonjolkan oleh BN yang akan menyatakan mereka ada majoriti melebihi Najib, katanya.

"Yang mana pada satu ketika pada masa tersebut mungkin boleh menyebabkan adanya pengaruh dari Pakatan Rakyat sendiri untuk menyatakan kami lebih redha dengan kepimpinan sipulan atau sipulan berbanding kepimpinan Najib kerana apa yang penting ialah orang yang dapat sokongan dalam Dewan Rakyat tidak semestinya hanya orang yang dapat majoriti daripada pihak BN itu sendiri.

"Jadi ada banyak kemungkinan dalam soal ini peranan Agong itu adalah lebih penting dan baginda saya yakin akan membuat keputuan yang mengambil kira kepentingan negara kita dalaman dan luaran teramsuk imej negara di peringkat antarabangsa," katanya.

Sebagai contoh iaitu satu hipotetikal sekiranmya Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa beliau dapat sokongan 50 orang BN dikalangan wakil Parlimen bercampur dengan 80 lebih daripada Pakatan Rakyat yang sokong Ku Li selaku PM untuk atasi Najib,

Sefahamnya kata Khalid, ia memenuhi keperaluan orang yang dapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat walaupun ia akan mengundang masalah dalam BN itu sendiri, katanya.

Namun dalam hal ini beliau melihat peranan Agong itu sendiri yang amat penting dimana jika Najib yang dicadangkan semada Baginda Agong sanggup atau menolak, katanya.

Seperti dalam kes MB Terengganu dan Perlis dimana Sultan ada pandangannya yang tidak mahu kepada calon yang dikemukakan PM dan mahu oarng lain, ujarnya.

"Itu boleh juga dan kalau orang yang ditunjukkan Agong itu dapat sokongan PR dan memenuhi syarat majoriti ahli dewan dan semua benda ini merupakan satu keadaan yang baru yang tak pernah berlaku sebelum ini.Tetapi segalanya berkemungkinan dan ada beberapa kemungkinan ini," katanya.

petikan daripada : http://www.detikdaily.net/v5/modules.php
?name=News&file=article&sid=528

Tiada ulasan: