Hari ini seluruh umat Islam meraikan 12 Rabi'ul Awal sempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Richard Hart dalam bukunya "The 100 most influential person in the history of the world" menyatakan tanpa keraguan bahawa manusia yang paling utama dan menduduki tempat pertama dalam carta itu adalah Nabi Muhammad. Walaupun seorang Kristian, namun kata Richard Hart, Nabi Muhammad adalah seorang manusia yang sempurna. Daripada seorang bapa, suami, rakan, jiran, tentera, panglima, hakim, pemerintah, presiden dan lain-lain, Nabi Muhammad adalah sempurna dari semua aspek.
Bagitupun, suka saya memperingatkan diri saya dan sdr/i semua bahawa tarikh 12 Rabi'ul Awal bukan sahaja kelahiran Rasulullah, malah beberapa peristiwa besar lain juga berlaku pada tarikh itu.
Antaranya, 12 Rabi'ul Awal 11H hari Isnin adalah tarikh kewafatan Nabi.
Begitu juga Rasulullah tiba ke Yathrib dalam peristiwa Hijrah, ianya berlaku pada hari Jumaat 12 Rabi'ul Awal. Namun kalau ditanya kebanyakan orang Melayu mereka akan menjawab Nabi berhijrah pada 1 Muharram kerana amalan kita menyambut ma'al hijrah pada tarikh tersebut. Begitulah kelabunya kita dengan sejarah kita sendiri.
Sebelum berhijrah, Rasulullah telah mendirikan solat Jumaat di sebuah tempat tidak jauh daripada Masjid Quba. Tempat itu sekarang didirikan sebuah masjid dinamakan Masjid Jumaat.
Itu adalah solat jumaat pertama yang didirikan oleh Rasulullah. Dan pada hari itu juga Rasulullah menyampaikan khutbah..itu adalah khutbah yang pertama disampaikan dalam sejarah Islam.
Jadi kita dapat melihat bahawa 12 Rabi'ul Awal mengandungi banyak peristiwa besar dalam sirah Nabawi. Agak malang apabila kita dibesarkan hanya untuk mengingatinya sebagai hari kelahiran Nabi..sedangkan banyak lagi peristiwa yang penting yang boleh kita ingati untuk iktibar, pengajaran dan panduan kita.
Sebagai contoh, kita selalu memperingati tarikh lahir Rasulullah pada tarikh 12 Rabi'ul Awal iaitu tarikh yang menurut taqwim atau kalendar Islam. Entah berapa belas, mungkin juga berpuluh tahun kita memperingati tarikh lahir Nabi ini menurut kalendar Islam.
Namun kita renung dan bertanya adakah kita sendiri mengetahui tarikh lahir kita menurut kalendar Islam. Adakah kita mengetahui tarikh lahir anak isteri menurut kalendar Islam.
Boleh dikatakan ramai yang tidak mengetahuinya. Sebaliknya kita lebih mengamalkan kalendar Kristian, ataupun dikenali sebagai taqwim masihi. Walaupun nampak saperti isu kecil, kita perlu ingat menghayati amalan Islam akan menyuntik roh Islam kedalam jiwa kita.
Sebagai contoh, ramai diantara kita jika ditanya berapa umur Rasulullah semasa wafat, kita akan jawab 63 tahun. Tetapi pernah kita bertanya 63 tahun apa? Nabi lahir tahu 571M dan wafat pada 632M. Jika dikira, ianya berjumlah 61 tahun. Mengapa kita katakan 63 tahun. Kerana Islam mengukurnya menurut taqwim hijrah. Beza kita dengan kalendar masihi ialah 11 hari tiap tahun, maka tiap 30 tahun kita tambah setahun hijrah. Nabi sudah mencapai 61tahun masihi. Maka kita tambah 2 tahun maka jadilah ia 63 tahun hijrah.
Pada saya perkiraan ini sangat penting kerana kadangkala kalau kita tersalah kira berat padahnya. Contohnya zakat. Rukun zakat ada dua iaitu cukup hisab & cukup haul. Cukup nisab maknanya cukup jumlahnya. Makna kalau menurut anggaran pasaran emas sekarang, nisab adalah lebihkurang RM3500-RM4000. Soalnya sekarang cukup haul. Apakah yang dikatakan cukup haul? Jawapannya setahu, soalannya setahun apa?
Kebanyakan kita akan mengira zakat menurut kalendar masihi iaitu dari 1 Jan ke 31 Dis. Cukup setahun kita keluarkan zakat. Sedangkan yang dikatakan haul itu adalah cukup setahun hijrah. Kalau selama ini kita menggunakan kalendar kristian dalam perkiraan haul, maka tiap tahun kita akan short 11 hari. Kalau 30tahun maknanya kita kurang setahun. Cuba bayangkan kita tidak membayar zakat selama setahun. Sedangkan zakat itu rukun Islam. Setahun kita tidak membayar zakat bermakna setahun kita tidak mendirikan rukun, saperti setahun kita tidak solat!
Saidina Abu Bakr ra mengisytiharkan mereka yang tidak membayar zakat sebagai murtad lalu diperangi dan dibunuhnya!
Sebab itulah sdr/i, dalam memperingati 12 Rabi'ul Awal, renungkanlah kembali betapa jauhnya kita daripada amalan Islam. Sekurang-kurangnya untuk tahun ini, mari kita peringati tarikh lahir kita dan anak isteri kita menurut Islam. Sdr/i boleh peri ke laman web www.islamicfinder.com untuk mengira tarikh kelahiran sdr/i menurut Islam. It's just a cllick away.
Jadi sempena 12 Rabi'ul Awal saya doakan moga ALLAH memberikan petunjuk & hidayah kepada kita untuk kembali kepada keimanan yang sebenarnya. Amiin.
Grasias & jazakallah..
Zulkifli Bin Noordin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
petikan daripada : http://zul4kulim.blogspot.com/
2009/03/12-rabiul-awwal.html
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan