Isnin, 9 Mac 2009

Laksana dulu baru kaji.

Bekas Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolonel Profesor Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, kebanyakan guru masih tidak fasih berbahasa Inggeris terutamanya di kawasan luar bandar.

"Sudahlah kefahaman bahasa Inggeris di kalangan murid luar bandar berada pada tahap membimbangkan, ia ditambah pula dengan masalah guru yang bertutur salah dalam bahasa itu.

"Akibatnya, pelajar gagal menguasai ilmu yang diajar selain penguasaan bahasa Inggeris mereka turut menjadi lebih bercelaru dan lemah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - lagi
terbukti bahawa para bijak pandai sebenarnya sedar bahawa guru guru yang mengajar matematik dan sains di dalam bahasa inggeris pun mempunyai masalah untuk mengajar. sendiri pun tak paham, macamana nak ajar murid.

6 tahun orang membantah, tapi menteri degil. sombong dan dengan keupayaan kongkol media, diorang belasah orang ramai yang membantah. pulak dah !

perkara yang cuba di sembunyi adalah, usaha membawa masuk buku rujukan dari luar negara di dalam bahasa inggeris untuk di edar terus ke sekolah sekolah. kemudian meminggirkan tanggung jawab dewan bahasa dan pustaka untuk menukar bahasa inggeris ke bahasa malaysia.

kenapa tak tutup saje dewan bahasa dan pustaka? dan yang menarik untuk di lihat adalah adanya usaha menutup kelemahan kerajaan yang menjalankan kaedah belajar bahasa inggeris ni tanpa persediaan yang rapi. guru guru yang dulu di ajar menggunaakn bahasa malaysia, sekarang berputar lidah untuk menyebut terma terma bahasa inggeris.

bila murid bodoh, melayu terpinggir.
bila melayu terpinggir, kuota kelulusan peperiksaan di rendahkan untuk naikkan peratus.
bila itu berlaku, di universiti anak melayu tercicir.
akhirnya jumlah anak melayu yang professional semakin berkurang
ramai yang kena tendang.
atau malaysia masih di dalam usaha proses di TURKI kan.

Tiada ulasan: