Isnin, 9 Mac 2009

Perbezaan Antara PAS dan UMNO.

oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia

Sejak sebelum kemerdekaan lagi PAS sinonim di kalangan rakyat marhaen dengan slogan Islamnya manakala UMNO pula dengan slogan " Hidup Melayu" nya. PAS ditubuhkan untuk menegakkan sebuah daulah islamiah ( negara islam ) di Malaysia. Berbeza pula dengan UMNO yang ditubuhkan untuk memperjuangkan bangsa melayu. Apakah selepas 51 tahun negara Malaysia mengecapi nikmt kemerdekaan, matlamat perjuangan kedua- dua parti terbesar itu masih releven dengan persekitaran politik negara dan kehendak rakyat marhaen pada hari ini. Apakah kedua- dua parti masih kekal dengan perjuangan masing- masing pada hari ini ????? Untuk itu kita akan melihat sejauh mana perbezaan kedua- dua parti tersebut


1) DASAR
PAS
PAS terus komited dengan perjuangan menegakkan negara Islam hingga hari ini. Buktinya PAS yang memerintah negeri- negeri Pakatan Rakyat berusaha memperbanyakkan program- program keagamaan. Sekolah Agama Rakyat pula diperkasakan melalui penyaluran bantuan kewangan dan infrastruktur. Peraturan ke atas papan iklan pula digubal dimana mensyaratkan model- model papan iklan menutup aurat. Begitu juga kebajikan guru- guru agama, Sekolah Agama Rakyat dan KAFA terus diberi keutamaan. UMNO 51 tahun pemerintahan UMNO sudah cukup membuktikan segalanya. UMNO sendiri terangan- terangan meminggirkan bahasa melayu. Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kadar kemiskinan melayu yang tinggi, merempatnya melayu di Pulau Pinang dan bandar- bandar besar adalah contoh terbaik kegagalan UMNO menjayakan dasar penubuhannya.


2) BERBILANG BANGSA vs PERKAUMAN


PAS


PAS bejaya membuktikan ia parti berbilang kaum apabila mula menubuhkan kelab penyokong PAS yang dianggotai oleh penyokong - penyokong PAS bukan muslim. Slogan " PAS FOR ALL " sendiri telah berjaya membuktikan PAS adalah sebuah parti berbilang kaum. Kesudian Pemimpin- pemimpin PAS mengangkat Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti setaraf dewan pemuda, ulama dan muslimat menguatkan lagi hujah PAS adalah sebuah parti Islam untuk semua kaum dan agama. Terakhir sekali persetujuan pemimpin- pemimpin PAS untuk menerima keahlian bukan islam membuktikan dakwaan dan tanggapan Mahathir bahwa PAS adalah parti hanya untuk melayu salah sama sekali.

UMNO


UMNO terus kekal sebagai sebuah parti berasaskan kaum. Bahkan UMNO baru - baru ini menolak mentah- mentah cadangan Parti Progresif Rakyat untuk menggabungkan semua parti dalam Barisan Nasional ke arah membentuk sebuah parti berbilang kaum sama sebagaimana parti- parti dalam Pakatan Rakyat. Berbeza dengan PAS yang mengetengahkan slogan " PAS FOR ALL ", UMNO dengan slogannya " HIDUP MELAYU " membuktikan segala- galanya bahawa UMNO adalah hanya sebuah parti perkauman yang berkecenderungan untuk memperjuangkan nasib bangsa melayu sahaja. Namun demikian, UMNO telah terbukti gagal membela dan membangunkan orang melayu di negara ini.


3) RASUAH vs TAQWA


PAS

Ahli- ahli PAS teelah ditarbiah ( dididik ) dengan pelbagai program termasuklah usrah, ceramah, kuliah keagamaan dan tazkirah. PAS sendiri sebagai sebuah Gerakan Islam menerapkan konsep taqwa iaitu takut dan patuh trhadap perintah Allah. Amalan konsep taqwa dalam PAS berjaya membasmi masalah rasuah atau politik wang dalam PAS. Buktinya sejak PAS ditubuhkan, belum ada pimpinan PAS yang dipenjarakan atas dakwaan rasuah. Malahan tinjauan rambang yang dilakukan menunjukkan PAS parti paling bersih dan paling boleh dipercayai di dalam negara. Usaha UMNO BN mengaitkan PAS di Kelantan dengan rasuah pembalakan juga terbukti adalah hanya tohmahan jahat semata- mata.

UMNO


Rasuah atau politik wang dalam UMNO bukanlah satu perkara baru. Rasuah dan UMNO bolehlah diibaratkan seperti aur dengan tebing ataupun isi dengan kuku. Masalah rasuah dalam UMNO diakui sendiri oleh pemimpin no1 nya, no2 nya, pemimpin tertinggi nya dan bekas pemimpin no1 nya. Lihatlah setiap kali persidangan agung UMNO, ahli- ahli dalam jumlah yang begitu ramai ( ratusan ribu ) dibekalkan dengan penginapan di hotel- hotel mewah di sekitar lembah klang, elaun perjalanan dan sebagainya. Bahkan segelintir besar perwakilan dirasuah untuk memilih pemimpin tertentu. Buktinya pada persidangan sebelum ini, naib presidennya ( orang no3 parti ) sendiri digugurkan keahlian atas dakwaan rasuah. Lebih buruk lagi beberapa Ketua Bahagian UMNO sendiri membuat laporan di BPR mengenai rasuah yang berlaku dalam UMNO dimana melibatkan pemimpin no1 dan no2 nya. Malangnya kes tersebut berkemungkinan dimasukkan ke dalam bakul sampah oleh kerana hingga hari ini BPR ataupun Polis masih belum menjalankan siasatan ke atas Pak Lah dan Najib.

4) KEBAJIKAN RAKYAT vs KEBAJIKAN DIRI dan KRONI

PAS


PAS terbukti sebagai sebuah parti yang mementingkan kebajikan rakyat. Buktinya, sejak tahun 1990 an lagi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat telah memotong 50% daripada pendapatannya untuk dimasukkan ke dalam tabungan kerajaan Kelantan. Bahkan Nik Aziz enggan mengambil peruntukan tahunan yang diperuntukkan kerajaan pusat untuk Menteri- menteri Besar mengadakan majlis atau jamuan hari- hari perayaan. Sebaliknya Nik Aziz menggunakan wang poketnya sendiri untuk menganjurkan rumah terbuka dan wang peruntukan hari raya tersebut dimasukkan ke dalam tabung kerajaan negeri. Perkara yang sama dilakukan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan dimana memotong RM 10, 000. 00 pendapatannya setiap bulan sebagai Menteri Besar untuk menambah kewangan negeri. Langkah yang sama diawajibkan kepada semua Ahli Parlimen, ADUN dan EXCO PAS di seluruh negara dimana wakil- wakil rakyat PAS ini diwajibkan memotong antara 30% - 50% pendapatan sebagai Ahli Parlimen, ADUN dan EXCO untuk disumbangkan kepada kawasan yang diwakili masing- masing juga kepada negeri pentadbiran Pakatan Rakyat.

UMNO


Lihat sahaja kehidupan pemimpin- pemimpin UMNO di kawasan berhampiran anda. Daripada Ketua Pemuda Bahagian hinggalah pemimpin no1 nya, hidup mereka terlalu mewah. Peliknya gaji seorang menteri penuh tidak pun lebih RM 30, 000. 00 sebulan. Namun harta yang dimiliki oleh menteri- menteri ini melebihi kekayaan seorang ahli perniagaan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Rumahnya sahaja berharga lebih RM 3, 000, 000. 00. Belum dikira kereta, saham dan perbelanjaan harian. Lebih pelik lagi kehidupan mewah yang sama boleh dinikmati oleh ADUN- ADUN, Ahli - ahli Parlimen UMNO/ BN dan Ketua- ketua Bahagiannya. Begitulah ceritanya dengan kroni- kroni UMNO. Projek- projek pembagunan tidak kiralah dalam sektor pembinaan, penyelenggaraan ataupun perkhidmatan, kontrak- kontrak hanya diagihkan kepada kroni walaupun harga yang ditender kroni- kroni ini berkali- kali ganda melebihi harga pesaing lain. Akibatnya wang rakyat dibazirkan oleh kerana kroni dan pemipin UMNO diberikan projek dengan margin/ kadar keuntungan yang terlampau tinggi .

Tiada ulasan: