Selasa, 17 Mac 2009

Parti PERASUAH NO 1 MALAYSIA !!!

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati terlibat dengan politik wang.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.


keputusan Lembaga Disiplin terhadap 900 aduan politik wang telah menampakkan sedikit pergerakkan..

Ahli-ahli yang digantung keahlian selama tiga tahun:

1. Rosli Hasan (AJK bahagian Bukit Katil)

2. Zalina Ismail (Naib Ketua Puteri bahagian Bukit Katil)

3. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (Ketua Pemuda bahagian Maran)

4. Datuk Japlin Akim (ahli bahagian Kota Belud)

5. Salmah Pin (ahli bahagian Bandar Tun Razak)

Ahli-ahli yang digantung keahlian selama setahun:

6. Datuk Mokhtar Samad (Ketua bahagian Bandar Tun Razak)

7. Datuk Manan Ismail (ahli bahagian Paya Besar)

8. Amran Mat (Timbalan Ketua Pemuda bahagian Kuala Krai)

9. Mohd Zuki Mohd Zain (Ketua Cawangan Gua Musang)

10. Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (Timbalan Ketua bahagian Paya Besar)

Ahli-ahli yang diberi amaran:

11. Mohd Zali Besar (AJK bahagian Paya Besar)

12. Mohd Shohaimi Jusoh (Naib Ketua bahagian Paya Besar)

13. Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda Rembau)

say goodbye to Ali Rustam....ni nak tanya la sikit..bila dah sah ada terlibat dengan politik wang..SPRM takde nak ambik port ke..??

tapi keputusan lembaga disiplin ni nampak macam pilih kasih aje..apa komen korang..??


NAJIB WOIT...KO PUN PERASUAH DAN PEMBUNUH

petikan daripada : http://webpanas.blogspot.com/2009
/03/umno-parti-penuh-perasuah.html

Tiada ulasan: