Selasa, 17 Mac 2009

UMNO bacul, pecahkan blok demokrasi !!!

Ya betul... pagi tadi aku dapat sms khabarkan yang Plak bawah Pokok Demokrasi telah dimusnahkan oleh Jembalang. tak tau sape punya kerja dan tak payah nak tuduh sape-sape sebab tak dak bukti. tapi memang sahih dah kene musnah.

Aku gerak ke tempat kejadian jam 10:45 pagi dan sampai lebih kurang jam 11:00 pagi. masa aku sampai dekat sana, tak ramai lagi yang ada dekat sana. ada la dalam 20 orang. jadi sempat la aku amik sikit gambar-gambar sementara tempat tu tak sesak.

Yang best... dalam ramai-ramai tu ada la sepasang pelancong dari Swede. sempat jugak aku tanya pelancong tu depa datang buat apa? pelancong ka wartawan? mana tau cerita Plak ni?

Depa habaq depa pelancong dan depa tau pasal Plak ni dari kawan depa yang sebelum ni dok sini.

Jadi, pada aku... Plak dan jugak Pokok Demokrasi ni dah jadi salah 1 produk pelancongan yang tinggi harganya dan patut dipertahankan. aku difahamkan oleh pelayaan kedai berhampiran pokok tu, dalam masa sehari, tak kurang dari 20 orang pelancong datang melawat tempat tu dan bergambar kenangan.

Bila aku dengar macam tu, aku tak heran dah kalau ada orang pi tebang atau hancurkan Pokok Demokrasi dan jugak Plak tu sebab setiap tindakan yang dilakukan atas tempat tersebut impaknya ialah semacam 1 promosi kepada nilai sejarah yang berlaku dekat bawah pokok tu.

Pada UMNO/BN, Pokok itu adalah simbol Kemuncak penderhakaan Kerajaan Pakatan Rakyat kepada Raja Melayu khususnya DYTM Sultan Perak, tapi bagi aku pulak (pendapat seposen aku) pokok itu adalah simbol kebaculan UMNO/BN kepada Kuasa Rakyat dan juga simbol Pencabulan nilai Demokrasi, Perlembagaan dan Undang-Undang di Negara Malaysia.

Kalau UMNO/BN tak mulakan pencabulan terhadap Undang-Undang, Demokrasi dan jugak Perlembagaan di Malaysia khasnya di Perak, tak akan tercatat dalam sejarah dunia bahawa satu Sidang Tergempar DUN Perak akan berlaku dekat bawah pokok tu.

Kalau UMNO/BN tak cabul semua yang aku sebut tadi, jangan harap walau sebesar zarah pun pandangan sati dunia akan terarah pada apa yang berlaku dekat bawah pokok tu.

Kalau UMNO/BN tak mulakan semua tu, tak de sape pun yang peduli dekat pokok tu. tak betul ka apa yang aku cakap? korang ingat kalau UMNO/BN tak mulakan semua tu, korang sendiri perasan ke kehadiran pokok tu dekat situ? jangankan korang... aku sendiri pun sikit tak peduli pasal pokok tu sebelum ni.

Jadi tak betul ka bila aku cakap, pokok tu sebenarnya adalah simbol kebaculan UMNO/BN kepada Kuasa Rakyat dan juga simbol Pencabulan nilai Demokrasi, Perlembagaan dan Undang-Undang di Negara Malaysia..?

Terserahlah pada korang...

petikan daripada : http://perisik-rakyat.com/
2009_03_13_archive.html

Tiada ulasan: